Saturday, 30 July 2011

Kak Piah, This Is Specially For You : CHICKEN GARLIC SPAGHETTI

asalamualaikum,


kan lin ada cerita pasal lin masakkan officemate chicken garlic spaghetti kan. tak ingat? dekat entry ni.

dan kak piah tidak datang masa tu. jadi dia rugi la sebab tak dapat makan. hehe. ok jangan jahat lin! kak piah ada mintak resepi tapi biasalah lin malas nak tulis. jadi, lin gantikan dengan entry dalam blog lin ye kak piah. special la sikit.


ok, here's the recipe :


ingredient :


* Mentega secukupnya
* 1 1/2 biji bawang besar (dicincang halus)
* 5 ulas bawang kecil (dicincang jugak)
* Cili padi (ikut suka nak letak berapa banyak, kalau lin letak banyak sebab nak pedas)
* 1 paket ayam cincang
* Brokoli, kubis bunga, tomato cherry, carrot (ikut suka nak letak banyak mana & potong la kecil2 ikut kreativiti ya)
* 1 bungkus Spaghetti (lin gunakan brand SAN REMO), rebus dahulu ya, jangan masukkan time keras kejong tu. kang takda orang nak makan pulak.
* Salt & black pepper


method :


1. Tumiskan bawang besar, bawang putih & cili padi yang da dicincang & dipotong tadi dengan mentega. Tumis sampai garing tau. Kasi rasa lemak2 sikit.


2. Masukkan ayam cincang. Tumis sampai ayam tu masak & colour dia jadi putih sikit. Boleh lah masukkan salt & black pepper(kisar dahulu). Ikut citarasa ye nak masin ke pedas ke.


3. Agak2 dah sebati, masukkan pula sayur2 tadi (brokoli, kubis bunga, tomato cherry, carrot). Gaul2 kan lagi.


Sambil tu boleh la nyanyi2 lagu Ning Baizura ke. hehe!


4. Then, masukkan pula spaghetti. Gaul sampai rata & sayur masak.


5. Tadaaaa! dah siap dah untuk dicekik @ mentekedarah. hehe. takda lah. Dah siap untuk dihidangkan ya.


ok bye! & SELAMAT MENCUBA..




Dear Me...

0 comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers