CARIAN PILIHAN


Sunday 18 September 2011

Penjagaan Muka Cara Saya




asalamualaikum.

penjagaan muka. ok setiap orang mesti ada cara masing-masing dan produk kulit yang digunakan pun berlainan kan. jadi, ni lin nak kongsikan cara lin ye. cara lin menjaga muka.

ok, first lin gunakan CLEANSER AIKEN untuk mencuci muka. Selalu cuci muka guna Aiken setiap hari.


ini dia si comel Aiken Spot Away Facial Cleanser. sangat sesuai untuk avoid pimples sebab dia ada tea tree oil. so far, cleanser ni tak mengeringkan kulit & buat kulit lembut, bersih, bebas jerawat. =) 

untuk penjagaan muka juga, lin gunakan produk SAFI BALQIS PERFECT 10. lin takdalah guna semua tapi ni kat bawah ni list produk yang lin gunakan ye. produk ni best sebab lembut pada kulit, tak mengeringkan kulit & yang paling penting sekali produk safi balqis ni suci, murni & HALAL. tak payah nak was-was ye untuk menggunakannya.

1. TONER 

lin gunakan toner setiap kali selepas cuci muka untuk mengecilkan liang roma, menyegarkan kulit. bagi fresh sikit muka tu.

2. SERUM

serum pula pakai lepas toner. bagi manfaat la kat kulit, bagi moist sume.

3. MOISTURIZER (KRIM SIANG)

ni pula untuk melembapkan kulit, kurangkan blackhead & whitehead. lagi tak ingat la. dia ada 10 manfaat. nama pun safi balqis perfect 10 kan.

4. MOISTURIZER (KRIM MALAM)

ni pakai waktu sebelum tidur. untuk menganjalkn kulit muka.

5. SCRUB APRIKOT

scrub aprikot ni lin pakai seminggu sekali untuk hilangkan sel-sel kulit mati kat muka.

bedak ni kegunaan harian lin. bedak ni ok sangat. 




ok, untuk bibir pula, lin pakai vaseline petroleum jelly. untuk elakkan bibir kering. lin juga pakai kat cracked heel. alhamdullilah tumit pecah2 tu dah kurang.

kalau nak pergi kerja @ jalan2, lin prefer pakai ni. sebab ni khas untuk bibir. packaging pun comel, senang nak grab masuk handbag.  =)


ok, ni je lah yang lin nak kongsikan pasal produk2 yang lin gunakan untuk penjagaan muka. kalau berminat, boleh ikut cara lin eh. sharing is caring right. ok bye!











Carian Popular Ke Sini:


  • cara pakai moisturizer aiken
  • kebaikan toner aiken
  • kebaikan toner aiken tea tree oil
  • cara pakai produk aiken
  • cuci muka aiken