Wednesday, 30 November 2011

Tudung Bawal, Shawl, Inner, Syria

asalamualaikum.


tu dia, tajuk sikit punya jenis tudung nak canang. walau apapun, ni lah dia evolusi perkembangan pemakaian tudung ku. 


first-first mestilah pakai tudung sekolah dulu kan. masa tadika tak perlu nak cerita. toncet dua kiri kanan dah macam anak cina terlepas dah. -,-


ok, selain ke sekolah dengan pakai tudung sekolah (ada pakai tudung lain ke pergi sekolah), jalan-jalan pakai tudung bawal. masa tu, shawl-shawl semua belum ambil port lagi. memasing pakai tudung bawal. konon time tu dah cool habis, letak lilin bagai nak kasi tak berganjak kedudukan tudung walaupun angin betiup kencang.


tudung bawal pujaan ramai


masuk Poli, masih dengan tudung bawal tapi dengan kematangan budak lepas SPM (uwek!) la pakai tudung tu. start Sem 5 kot, mula berjinak-jinak dengan shawl. shawl first ialah shawl jojet warna hitam. masa tu shawl tu harga RM10. sekarang RM5 pun boleh dapat (cis!)


lepas tu, mula pakai shawl chiffon ada corak-corak sikit. time tu, memang masih mentah dalam pemakaian shawl, setakat senget benget tu biasa la kan. lama-lama, start expert pakai shawl. tak dinafikan duit melencong juga ke sana.


ni contoh shawl chiffon ye


sampai lah habis belajar, pakai shawl pun ada selang seli dengan tudung bawal lagi tapi nisbah 3:1. 3 shawl, 1 tudung bawal. tudung bawal memang main rembat-rembat mak punya. sendiri punya pun dengan ikhlas & rela bagi dekat mak sebab da pakai shawl (chewah!)


dah start kerja, mula lah keluar macam-macam jenis shawl. sampai tak tahu nak pilih yang mana. pashmina la, satin lah. lepas tu sibuk dengan hana tajima & yuna pulak. keluar pula inner pakai dengan shawl. pelbagai warna.


contoh pashmina & inner hitam, gambar rembat kat google

pelbagai pashmina




ni hana tajima

hana tajima & yuna

seriously, lin takdalah follow sangat. pakai apa yang ada je lah. dengan shawl dah banyak tu, tak perlu nak beli banyak-banyak sangat dah. terkesan juga duit gaji dengan habit beli shawl ni. selain terkesan separuh kerana bayar kereta. hehe. lagi ada inner neck dah pula sekarang.

sekarang ni, tudung syria ialah penyelamat sedunia sebab senang ringkas & mudah. macam in case tertidur nak pergi kerja, masa rehat terlebih tidur, syria penyelamat paling best! dalam 5 minit pun siap beb or kurang kot. macam jumaat lepas, rehat lama sikit tengahari tu, sedap punya landing last-last dah tinggal setengah jam dah nak office hour 2.30 pm. (padan muka). mampuih dengan nak mandi, solat lagi. terus dengan mamai masih bersisa terus mandi, solat & luckily tudung syria ada. terus sarung & taraaaa! dah siap walaupun kelam kabut masih kelihatan sweet dalam memakai syria. kalau pakai shawl? alamat tercucuk pin kat kepala. hehe.

ok lah, nanti cerita lagi eh. time ada idea, kemain panjang entry, time takda tu, memang gambar pun seketul ayat seperenggan. ok bye! =)






0 comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers