Tuesday, 4 September 2012

Baked Macaroni

asalamualaikum.

lately, aku suka buat makaroni bakar ni sebab tak cerewet, senang, bahan pun senang nak cari. Dan paling penting sedap. InsyALLAH jadi walaupun buat sambil pejam mata (ok tipu!).

Terus kepada resepi ye ;)


BAHAN-BAHAN :

1 paket macaroni elbow
Parmesan cheese
2 tin prego cheese & herbs
1 paket sosej (potong kecil)
Sedikit mentega
2 sudu besar lada hitam
5 biji telur


CARA-CARA :

1. Rebus macaroni elbow dan toskan.
2. Sediakan bekas untuk macaroni bakar. Sapu mentega pada bekas yang ingin digunakan.
3. Dalam bekas lain, gaul macaroni elbow dengan prego cheese & herbs. Gunakan 1 setengah tin sahaja.
4. Kemudian masukkan lada hitam & sosej. Gaul lagi. Boleh masukkan cendawan kalau suka.
5. Letakkan dalam bekas untuk membakar.
6. Letakkan baki prego cheese & herbs kemudian taburkan parmesan cheese dan sedikit butter di atas.
7. Tambah sikit lagi lada hitam kalau suka.
8. Godak telur dan tuang rata-rata ke atas makaroni tadi.
9. Bakar dalam oven suhu 180 darjah celcius selama 20-30 minit. Siap!!!

sebelum masuk oven

selepas keluar oven.

selamat mencuba!


Monday, 23 July 2012

Ramadhan Al-Mubarak

asalamualaikum

Alhamdulillah, kita dah pun masuk hari ketiga dalam bulan Ramadhan. Dah 2 hari berlalu, ni hari ketiga dan Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menikmati keberkatan dalam bulan Ramadhan ini.

So far, aku masih puasa penuh lagi, hehe. Moga-moga Allah beri nikmat untuk puasa penuh lagi tahun ni macam tahun lepas. Tau tak best gila bila tak payah fikir nak puasa qada'? hehe.

Masa puasa pertama, aku dan keluarga berbuka di rumah keluarga Pak Andak. Dapat menunaikan solat tarawikh bersama jemaah di sana. Nikmat sungguh bila dapat melakukan solat terawikh, suatu kepuasan yang abadi ;')

Puasa kedua pula, aku berbuka di rumah sahaja bersama mak, adik-beradik dan sepupu. solat terawikh tidak dilupakan ;)

Setakat ini, aku baru 2 hari melakukan solat tarawikh, maknanya masa malam sebelum 1 Ramadhan tu aku tak solat terawikh. Al maklumlah baru nak warm-up katanya.

Antara perkara bermanfaat yang boleh dilakukan dalam bulan Ramadhan ialah berpuasa (wajib!), membaca Al-Quran, solat terawikh, solat malam, sentiasa bersabar dan bersedekah.

InsyALLAH, marilah kita sama-sama memperbanyakkan ibadah di bulan mulia, bulan penuh barakah ini.

Lagi 26 hari, kita akan menyambut kedatangan Syawal pula! yeay!!! raya raya raya! ok, honestly, budak-budak lah yang paling happy masa raya. Ye lah dapat pau semua orang termasuklah aku ni hah. Aku dah start beri duit raya tahun lepas, maknanay tahun ni kena bagi lagi eh? boleh tak kalau tak nak? hehe

Satu ending yang tak baik bila semakin lama, semakin sedikit pendapatan duit raya aku dari tahun ke tahun seiring pertambahan usia aku, adakah ini normal? hehe

Ok, selamat berpuasa dan selamat menyambut lebaran lagi 26 hari, hehe. Maklumlah malas update blog ;)

Ya Allah, istiqamahkanlah kami dalam melakukan ibadah dan berpuasa dalam bulan Ramadhan yang sungguh mulia ini. Bantulah kami menjadi hambaMu yang sentiasa sabar, berjiwa tenang dan sentiasa dalam lindunganMu, Bimbinglah kami sehingga satu hari nanti, kami menjadi penghuni JannahMu. AllahuAkbar

Aminn ;)

Sunday, 17 June 2012

Soal Jawab Mengenai Braces

Asalamualaikum

Sejak pakai braces ni, aku dah tahu serba sedikit mengenai braces. Ada yang tanya pasal braces dekat aku. So, aku jawab dekat sini je lah ye ;)

Aku pasang braces dekat Klinik Pergigian Haslinda. Deret-deret dengan Marrybrown, Sebelah bangunan Majlis Daerah Kulai. Klinik dia dekat tingkat 2.


Mahal tak nak pakai braces?
Biasanya kos untuk pakai braces ialah 4k - 6k. Bergantung kepada jenis braces. Yang biasa orang pakai 4.5k - 5.5k je. Macam akulah, jenis metal. As far as I know, braces ni ada 4 jenis. Boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut. Masa first time datang, doktor akan buat acuan gigi kita dan soal jawab macam-macam lagilah. Tanya kenapa nak pakai braces semua kan.

Then, kena x-ray. X-ray perlu sebab takut ada gigi lagi kat dalam gusi ke dan nak tengok kedudukan tulang gigi kita. Masa first time datang ni, kena bayar RM300. Kalau kena cabut, gigi geraham RM60 untuk sebatang gigi. Aku cabut 4 batang so, total RM240. Lepas cabut, baru pasang braces, masa ni bayar RM1500. Check-up tiap-tiap bulan RM200.

Sakit tak pakai braces?
Memang tipu kalau aku kata tak sakit. Nampak sangat aku promote suruh orang pakai braces kan? hehe. Sakit tu adalah rasa tegang kat gigi masa mula-mula pakai sebab masih bengkang-bengkok lagi susunan gigi tu. So, aksi tarik-menarik berlakulah antara gigi tu. Gigi akan rasa macam sengal-sengal sikit terutama selepas check-up. Maklumlah getah warna-warni tu masih ketat lagi. Lepas seminggu lepas check up, guarantee lupa pasal braces sebab dah rasa selesa ;)

Berapa lama nak kena pakai braces tu?
Bergantung kepada susunan gigi. Kalau tak teratur sangat tu kena pakai lamalah. Bergantung juga kepada tulang gigi anda, lembut atau keras. Kalau lembut dan senang bergerak, cepatlah gigi jadi tersusun. Biasanya, sebulan tak nampak lagi perubahan. Kalau dah 3 bulan baru nampak gigi tersusun.

Mesti kena cabut gigi ke?
Bergantung kepada susunan gigi anda. Macam aku, gigi takda ruang untuk gerak kalau tak cabut. Kalau tak cabut, gigi akan ke depan. So, aku kena cabut gigi geraham kecil (sebelah taring) untuk memberi ruang kepada pergerakan gigi. Kalau gigi korang dah okay, cuma berlapis sedikit je, tak payah cabutlah maknanya.

Dan PERINGATAN!! cabut gigi adalah tidak sakit. Diingatkan tidak sakit ye! sebab doktor akan bius, jadi tak rasa sakit masa cabut tu. Lepas dah cabut, letak kapas. Memang tak rasa apa-apa. Cuma darah memang banyak, sebab aku muda lagi, gigi tu dah tegap dah. 1 hari juga lah, baru darah berhenti.

Tiap-tiap bulan kena check up ke?
YES! tiap-tiap bulan kena pergi check up. Setiap bulan memang kena buat appointment untuk jumpa dengan dentist anda. Setiap bulan, doktor akan tukar getah braces (yang warna-warni tu), wire (jika perlu), tengok perubahan gigi kita. Doktor akan bagi tools baru yang korang perlukan.

Example : semalam aku pergi check up, doktor bagi elastic band (latex) yang berfungsi untuk merapatkan gigi. Kan aku ada cabut gigi, tu kena pakai latex tu, Latex disangkut pada metal gigi taring dan metal gigi geraham belakang. Doktor kata pakai 14 hours tapi aku nak pakai 24 hours. Sebelum ni, masa pasang braces, doktor bagi bees wax untuk diletakkan pada bahagian metal yang kita tak selesa.  Bulan depan, doktor kata nak tukar wire besar sikit. See, Tiap bulan mesti ada progress dia.

Apa tools untuk pemakai braces?
Paling pamakai braces perlukan ialah berus gigi khas untuk braces, berus gigi orthodontic. Kepala dia kecil dan sesuai untuk membersihkan di celah-celah. Ada juga benda alah kecil untuk bersihkan celah-celah bracket.

Bees wax juga diperlukan untuk diletakkan pada bahagian metal yang kita tak selesa. Atau pada wire. Kalau tertelan bees wax ni takpa sebab ia berasal dari lebah.

Elastic band (latex) - penggunaan berdasarkan saranan doktor. Tak semua pakai. Macam aku ni kena pakailah, sebab nak rapatkan gigi pada ruang yang dicabut tu. Latex juga berguna untuk selarikan gigi. Ikut saranan doktorlah, kalau doktor suruh, pakai je ok ;)

Berapa jam nak pasang braces?
At least 1 hour. Masa doktor pasangkan braces kat aku, It takes 1 hour tapi aku rasa macam 15 minit sebab sekejap lah rasanya.

Apa yang boleh dan tidak boleh dimakan?
Doktor cuma pesan jangan makan makanan yang keras dan melekit. Contoh : pulut, kuih koci, sate, kerepek, etc. Masa mula-mula pakai braces, aku makan nestum sebab memang tak boleh mengunyah langsung. Bila dah seminggu, mula rasa selesa, aku dah makan roti, nasi, ayam. Tapi selalu susah nak bersihkan. Biasanya aku jadi malas nak makan sebab malas nak bersihkan bracket, bagus juga ek? hehe.

So, ada apa-apa soalan, tanya je ;) insyALLAH, aku jawab kaalau aku tahu. PEACE!

p/s : Jangan takut nak pakai braces. Sakit sikit je, kalau nak dibandingkan dengan gigi yang tersusun cantik nanti apela sangat kan.

Pavlova

Asalamualaikum

ni pavlova

ni pun pavlova

laa, gambar pavlova lah, dah aku nak share resepi pavlova. terliur tak? ambik resepi ni & try buat. don't lazy lazy okay!


RESEPI :

Bahan-bahan :
4 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung

Topping :
1 cawan whipping cream
1 1/2 gula icing
1/2 sudu esen vanila



Tips :
1. Ketika mengasingkan telur putih dan telur kuning, pastikan tiada sedikit pun telur kuning termasuk ke dalam telur putih. Nak senang, masukkan telur dalam peti ais dulu, lepas tu baru asingkan. Tapi masa nak guna, telur putih mesti dalam suhu bilik ye. Maknanya kena tunggu lah.

2. Pastikan peralatan yang digunakan tiada kesan air & minyak.


Cara-Cara :
1. Pukul putih telur dengan kelajuan perlahan sehingga putih telur tu ada buih banyak-banyak.

2. Dengan kelajuan tinggi, masukkan gula sesudu demi sesudu. Adunan akan menjadi berwarna putih.

3. Teruskan memutar adunan sehingga menjadi putih dan berkilat. Jika hand mixer diangkat, adunan akan jadi bertanduk (macam adunan terikut sedikit pada mixer menghasilkan semacam tanduk, haha).

4. Kalau dah bertanduk tu maknanya jadilah meringue. Kalau tanduk belum tajam, maknanya adunan belum mantap. teruskan pukul sehingga mantap ye.

5. Masukkan esen vanila dan pukul sehingga sebati.

6. Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaul menggunakan spatula atau senduk.

7. Buat garisan bulat atas kertas minyak dan letakkan adunan tadi.

nampak tak tanduk sikit sikit kat atas tu, macam tu lah tanduknya ye. tajam dan mantap ;)

8. Panaskan oven pada suhu 150'C. Masukkan adunan dalam oven. Selepas 15 minit, turunkan suhu pada 140'c. Bakar selama lebih kurang 1 jam. Kalau tak masak lagi, tambah masa.

Pavlova yang masak sempurna berwarna coklat muda. Luar garing, dalam lembut. Selepas pavlova masak, jangan keluarkan terus, biarkan dia menyejuk sendiri dalam oven.

Hiasan :
1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Seeloknya, di bawah bekas tu, ada satu bekas lain mengandungi ais. Senang sikit whipping cream tu nak kental.

2. Letak esen vanila. Lepas dah kental, bolehlah simpan dalam fridge. Bila nak makan, baru letak atas pavlova, lepas tu letak fruits. Jangan letak awal, takut pavlova tu berderai pula nanti.


SELAMAT MENCUBA & GOOD LUCK!


Saturday, 19 May 2012

Braces

asalamualaikum.

so, kali nak bercerita mengenai braces yang baru menapak kat gigi aku ni tak sampai pun 12 jam.

hasrat untuk pakai braces ni dah lama tau aku pendam-pendam. dah lama dah berhasrat nak repair gigi yang tak berapa tersusun ni. tapi setelah mengumpul duit gaji selama berbulan-bulan, akhirnya! dapat juga pakai.

aku mulakan langkah pertama, google klinik pergigian berdekatan. memandangkan di bandar kota tinggi takda dental yang buat pemakaian braces, bila aku tanya kat dental kota tinggi, dia kata kat johor bahru ada buat, kat wisma maria. aduh! aku dah lah tak mahir jalan kat JB then agak jauh la.

aku decide nak cari dental kat kulai je. lagi dekat, jalan pun senang. plus, ada rumah abag aku,pok su & pok teh kat sana. aku berjaya menemui 'KLINIK PERGIGIAN HASLINDA'. masa perjalanan 1 jam atau kurang kalau  maintain bawa 100 km/j tanpa ada lori atau kereta yang lembap. kalau ada lori atau kereta lembap, masa perjalanan 1 jam lebih sikit sebab ambil masa untuk memotong mereka.

aku catit nombor telefon dan alamat. aku kepam dalam laci meja solek sebab takda keberanian lagi nak telefon. pada masa yang sama juga, aku menggantikan bahagian HR di pejabat sebab akak HR tu cuti bersalin. if anything happen to me, who will handle? so, tunggu akak tu naik kerja dulu.

dan, akhirnya, aku telefon jugak. akak pembantu klinik tu kata, datang first time kena ambil gambar, x-ray dan buat replika gigi kita, kosnya RM 300.00. appointment dibuat pada 28 april 2012. pada appointment pertama ini, pok su aku yang baik hati telah sudi membawa aku ke sana sebab first time pergi kan. mesti nak ingat jalan semua. dan aku pergi ditemani mak dan isya (anak pok su).



alhamdulillah semua berjalan lancar. citcat dgn DR. NASRUL tentang gigi aku, nak buat macam mana semua. beliau cek gigi aku semua, beliau kata setahun pun dah tersusun cantik dah ni. geraham cantik, kena cabut 4 batang gigi geraham kecil. AKU MACAM WHAT??! CABUT?!! seriously aku seriau dengar cabut gigi. sebab mindset dah macam tu dari kecil. tapi, aku redha sebab gigi perlukan ruang untuk bergerak.

next appointment, 12 Mei 2012, cabut 2 batang gigi belah kanan. 1 atas 1 bawah. kena bius 4 jarum. tapi tak sakit. diulangi tak sakit ok! siap ada tv depan aku tayang cerita happy feet 2. ok suka! lupa nervous semua. RM 120.00 (aku bawa balik gigi aku, mak aku tanam belakang rumah)

appointment ketiga, 17 Mei 2012, cabut 2 batang gigi belah kiri pula. prosedur sama je masa cabut gigi belah kanan. RM120.00 (dr kata nak bagi dekat student pergigian, ok aku redha untuk sedekah gigi aku ;) )
masa ni aku dah ger ready beli brus gigi untuk braces dan ape ntah nama dia :

berus gigi

ape ntah nama dia (bersihkan di celah-celah bracket)

appointment keempat, 19 Mei 2012 (tarikh keramat), braces is on my teeth. yahooo!!! tak sakit sangat pun. rasa tegang je kat gigi ni. take about 1 hour. aku rasa macam 15 minit je dr nasrul pasang. dr nasrul cuci dulu gigi pakai machine, macam berus je rupanya. then pakai besi kecil-kecil tu seketul demi seketul. tau tak seketul besi kecil tu berharga RM 50.00 tau! then pakai wire. then getah colour pink. masa ni bayar RM 1500.00. dr bagi bees wax untuk letak pada mana-mana bahagian besi yang tak selesa. protect the mouth.

kalau pakai braces ni, dr kata jangan makan benda keras dan melekit. ok dr! i will!

nasihat aku untuk mereka yang nak pakai braces ialah :

1. think positive, jangan fikir takutlah, sakitlah, apalah. ianya tak sakit ok! kalau kena cabut gigi pun, kan kena bius. (bercakap dari pengalaman)

2. jangan tengok jarum atau mende alah peralatan dr tu. buat kau seram sejuk je. just lay down relax and peace!

3. telan pain killler lepas balik rumah (aku tak, sebab kesakitan tu masih boleh ditahan)


RM   300
RM   120
RM   120
RM     10 (toothbrush)
RM      5
RM 1500

= RM 2055 (jumlah yang sudah aku belanjakan) fuh!

selepas ini, every month aku akan pergi check up braces. RM 200 setiap kali pergi check up.

aku rasa aku bertuah sebab dapat cari tempat yang dekat, senang dan dr nasrul tu baik. sudi je nak jawab soalan subjektif aku, haha. pembantu klinik tu pun ok, layan pelanggan dengan mesra, senyum sokmo dan rela jawab soalan subjektif aku jugak. aku siap tanya "kak, nanti boleh drive tak lepas pakai braces?" macam-macam lagi la aku tanya. siap wish "Chaiyok" kat aku tadi pagi sebelum aku pasang braces.

alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH kerana sudi memakbulkan doa dan memudahkan segala urusam hambamu ini. alhamdulillah ;)



Saturday, 5 May 2012

Tips Diet


Asalamualaikum

Setiap wanita/perempuan/gadis mesti mahukan bentuk badan yang slim & tak nak nampak gemuk kan. termasuklah orang yang tulis ni. tu dah memang naluri seorang perempuan. so, jom! nak share sikit la tips yang diamalkan untuk kurangkan sikit berat badan tu secara sihat.

pernah juga rasa naik berat macam mana. seluar ketat, kain baju kurung jadi ketat & ada ramai yang tegur badan dah naik. uwaaa! masa tu memang down & berazam nak diet. nak tahu cara lin diet? ni ada senarainya macam mana nak turun berat badan.

1. Reduce your meals, not skip your meals

ramai sangat yang salah faham. kalau diet, mesti tak makan, tak makan. last2, badan tu tak cukup tenaga, penyakit lain pula yang datang. masa lin diet start diet dalam bulan 11. lin sarapan susu + oat atau milo + oat sahaja. mihun goreng, roti jala, nasi lemak tu semua memang dah tolak jauh-jauh. tu punca lin menambahkan berat dengan jayanya sebelum ini. tengahari pula, makan sedikit nasi + lauk. masa mula-mula diet, tengahari lin memang tak makan nasi. lin minum RX LITE. dah seminggu, lin stop RX LITE & gantikan dengan makan nasi yang sedikit. alhamdulillah weight reduce. malam pula, lin buat la air apa-apa, horlicks ke, milo ke, nesvita. janji dapat alas perut. tak payah makan berat-berat ok.

2. Banyakkan berjalan kaki

masa belajar dulu, nak pergi kuliah jalan kaki dari rumah sewa, nak pergi kedai pun jalan kaki. jalan kaki ni dapat membakar lemak tahu. patutlah masa belajar dulu, badan tak naik mendadak walaupun makan banyak nasi. sekarang, lin kerja di pejabat, so, memang susah nak jalan banyak-banyak. parking kereta pun dekat. so, apa lin buat? lin guna mesin exercise yang macam basikal tu. sekarang mesin exercise tu dah takda sebab mak cik lin dah ambil semula. lin gantikan dengan mencuci kereta & kalau pergi shopping, parking kereta satu tempat & pergi dari satu kedai ke satu kedai yang lain dengan berjalan kaki. =) lagi banyak berjalan lagi bagus. elakkan naik lif, kalau boleh gunakanlah tangga tu. hujung minggu, luangkan masa untuk jogging sikit @ boleh juga buat kerja rumah.

3. Kuat semangat & sabar

semasa berdiet, mesti sabar & kuat semangat, memang pelbagai godaan datang terutamanya makanan yang sedap-sedap di depan mata. kalau dah tak tahan sangat, jamahlah sikit. ingat! jangan melantak, jamah je ok. jangan harapkan penurunan berat badan secara drastik, penurunan berat yang perlahan adalah lebih baik sebab itu akan berkekalan. kalau berat badan turun secara drastik, maka naik pun akan secara drastik kalau tak jaga pemakanan. sabar ok!

4. Makan makanan yang pedas, sayur-sayuran, buah-buahan, lada hitam, air limau

ni memang lin amalkan. lin akan makan nasi goreng bersama cili padi sekali. lada hitam pun letak dalam makanan seharian. goreng sayur letak lada hitam, kari pun letak lada hitam, telur goreng letak lada hitam. lada hitam boleh membakar sehingga 25% kalori. bagus kan? kalau pergi pasar, beli sayur & buah. kalau lapar time malam-malam tu, makan buah ye. air limau pula membantu menyingkirkan lemak. sekarang, lin akan buat air limau kasturi & bawa bekal ke pejabat. kalau haus, minum air limau tu. kalau tak suka air limau, gantikan sahaja dengan air masak.

5. Kurangkan makan makanan ringan

makanan ringan/junk food atau nama kampungnya jajan atau cikides, haha. kurangkan ye. banyak garam, msg & lemak. kalau dah teringin sangat, makan sikit je tau. kalau boleh, tahan la nafsu tu, baik makan buah. ;)


setakat ni, ni sahaja la tips diet untuk kamu semua. nanti kalau lin ada tips lagi, akan di share pada kamu semua. :)  ni semua memang pengalaman, harap dapat membantu mendapatkan berat badan & bentuk tubuh yang ideal. good luck!






Friday, 17 February 2012

Lasagna & Oreo Cheesecake

asalamualaikum

last tuesday, i've made lasagna and oreo cheesecake. lasagna tu atas permintaan keluarga cik na tersayang dan oreo cheesecake tu atas kehendak sendiri. alhamdulillah, dua-dua dish ni menjadi. happy!

so, ada ke yang nak resepi dari aku ni hah? hehe. takpe, tunjuk gambar dulu, lasagna je ada gambar. yang oreo cheesecake tak sempat nak ambil gambar. sebabnya, lepas je kek tu keluar dari oven, terus pergi rumah mak andak. gambar pulak dalam dslr cik na. malas nak transfer.

LASAGNA


RESEPI (BAHAN-BAHAN) :

Sos :
2 biji bawang besar (cincang halus)
5 batang cili padi (kalau suka pedas, letak banyak lagi)
6 ulas bawang putih (cincang halus)
1 paket daging ayam cincang
1 tin cendawan butang
1 botol besar Prego (aku selalu guna Prego Fresh Mushroom)
Sedikit sos cili
Sedikit tepung gandum untuk memekatkan sos
kalau suka, letak sayur-sayuran seperti tomato cherry, broccoli atau kobis bunga.

Lapis - lapis nanti :
1 kotak pasta lasagna (bentuk leper dan lebar, rebus ikut kegunaan bukan semua habiskan satu kotak)
Cheesedale (yang keping-keping tu, guna ikut kesesuaian)
Sedikit daun parsley yang dihiris halus

CARA-CARA :
1. tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau or sweat.
2. masukkan daging ayam cincang dan tumis lagi.
3. lepas tu, bolehlah campur sayur-sayuran jika nak masukkan.
4. masukkan cendawan butang, dan tumis lagi.
5. masukkan prego dan letakkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa. sos dan tepung jangan lupa masukkan sekali. agak-agak la sukatan sos dan tepung tu. then, biar mendidih sebentar dan SIAP!
6. ni untuk lapis dalam caserol pula. pasta lasagna yang sudah direbus mestilah dilapisi dengan kain lembap di atasnya supaya tak kering.
7. lapiskan lasagna anda. dimulai dengan PASTA LASAGNA kemudian SOS yang anda buat tadi. lapis sehingga agak-agak 2/3 daripada caserol anda. atas sekali, letak cheesedale. taburkan parsley.
8. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga cheese yang kat atas tu macam keperangan.

NOTE : kalau tak faham, tanya dekat ruangan komen ye :)



OREO CHEESECAKE

SEMASA MEMBUAT CHEESECAKE NI, ada dua orang assistant yang membantu, hehe.

RESEPI (BAHAN-BAHAN) :

2 paket biskut oreo (1 paket pecah kasar-kasar, 1 paket lagi kisar halus. buang krimnya tau)
Sedikit mentega
500 gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1  sudu kecil esen vanila
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu segar
2 biji telur

CARA-CARA :
1. campurkan 1 paket oreo yang dikisar halus dengan sedikit mentega yang dicairkan. Ratakan dalam loyang.
2. putarkan cream cheese sehingga sebati.
3. masukkan gula halus, esen vanila, whipping cream dan susu segar.
4. putarkan sehingga sebati. kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. setelah sebati, masukkan 1 paket oreo yang dipecahkan kasar. Gaul sahaja, jangan kisar pula.
6. masukkan dalam loyang. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit hingga 1 jam. bergantung selama mana diperlukan untuk kek masak.
7. lebih marvellous kalau makan lepas disejukkan dalam fridge semalaman. ahhh! syok!

esok, aku akan buat oreo cheesecake ni lagi sebab masih ada baki bahan-bahan. oreo dan cream cheese yang dah habis masa buat dulu pun dah beli.

masa buat ni selasa lepas, aku buat dua adunan. satu untuk family, satu untuk officemates. lebih dari cukup! siap bekalkan cik na yang balik Putrajaya dan adik yang balik Politeknik. alhamdulillah, rezeki :)

SELAMAT MENCUBA!




Wednesday, 11 January 2012

10 Random Things About Me

asalamualaikum

entry pertama untuk tahun 2012 ni, know what? dalam fikiran sekarang ni macam-macam nak update tapiii malas merajai diri, huahua. so, just short entry.


10 RANDOM THINGS ABOUT ME :

1. Tak makan ikan & kebanyakan seafood. jangan tanya kenapa ye, because ni macam dah ketentuan Ilahi =)

2. Selalu berangan about anything! hehe, kadang-kadang benda yang diangankan tu takkan jadi kenyataan kot.

3. Berat badan senang naik, tapi susah nak turun, takes time & effective diet, must remain on diet if want to maintain body weight, fuh! trouble kan?

4. Family heart

5. Iron baju untuk pergi kerja pada weekend & iron terus baju untuk pakai pergi kerja seminggu.

6. Hamster belaan hanya tinggal seekor, parents dia dah meninggal. so sad.

7. Addicted to shawls

8. Sekarang, sedang suka tengok cerita 'Keeping Up With Kardashians'.

9. Suka tengok cara orang mekap tapi jarang mekap.

10. Last but not least, sedih bila hujan turun sedangkan baru basuh kereta, kilatan kat kereta & tayar dah mula pudar, hhuuuuuu..


ok bye =)


Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers