Saturday, 19 May 2012

Braces

asalamualaikum.

so, kali nak bercerita mengenai braces yang baru menapak kat gigi aku ni tak sampai pun 12 jam.

hasrat untuk pakai braces ni dah lama tau aku pendam-pendam. dah lama dah berhasrat nak repair gigi yang tak berapa tersusun ni. tapi setelah mengumpul duit gaji selama berbulan-bulan, akhirnya! dapat juga pakai.

aku mulakan langkah pertama, google klinik pergigian berdekatan. memandangkan di bandar kota tinggi takda dental yang buat pemakaian braces, bila aku tanya kat dental kota tinggi, dia kata kat johor bahru ada buat, kat wisma maria. aduh! aku dah lah tak mahir jalan kat JB then agak jauh la.

aku decide nak cari dental kat kulai je. lagi dekat, jalan pun senang. plus, ada rumah abag aku,pok su & pok teh kat sana. aku berjaya menemui 'KLINIK PERGIGIAN HASLINDA'. masa perjalanan 1 jam atau kurang kalau  maintain bawa 100 km/j tanpa ada lori atau kereta yang lembap. kalau ada lori atau kereta lembap, masa perjalanan 1 jam lebih sikit sebab ambil masa untuk memotong mereka.

aku catit nombor telefon dan alamat. aku kepam dalam laci meja solek sebab takda keberanian lagi nak telefon. pada masa yang sama juga, aku menggantikan bahagian HR di pejabat sebab akak HR tu cuti bersalin. if anything happen to me, who will handle? so, tunggu akak tu naik kerja dulu.

dan, akhirnya, aku telefon jugak. akak pembantu klinik tu kata, datang first time kena ambil gambar, x-ray dan buat replika gigi kita, kosnya RM 300.00. appointment dibuat pada 28 april 2012. pada appointment pertama ini, pok su aku yang baik hati telah sudi membawa aku ke sana sebab first time pergi kan. mesti nak ingat jalan semua. dan aku pergi ditemani mak dan isya (anak pok su).



alhamdulillah semua berjalan lancar. citcat dgn DR. NASRUL tentang gigi aku, nak buat macam mana semua. beliau cek gigi aku semua, beliau kata setahun pun dah tersusun cantik dah ni. geraham cantik, kena cabut 4 batang gigi geraham kecil. AKU MACAM WHAT??! CABUT?!! seriously aku seriau dengar cabut gigi. sebab mindset dah macam tu dari kecil. tapi, aku redha sebab gigi perlukan ruang untuk bergerak.

next appointment, 12 Mei 2012, cabut 2 batang gigi belah kanan. 1 atas 1 bawah. kena bius 4 jarum. tapi tak sakit. diulangi tak sakit ok! siap ada tv depan aku tayang cerita happy feet 2. ok suka! lupa nervous semua. RM 120.00 (aku bawa balik gigi aku, mak aku tanam belakang rumah)

appointment ketiga, 17 Mei 2012, cabut 2 batang gigi belah kiri pula. prosedur sama je masa cabut gigi belah kanan. RM120.00 (dr kata nak bagi dekat student pergigian, ok aku redha untuk sedekah gigi aku ;) )
masa ni aku dah ger ready beli brus gigi untuk braces dan ape ntah nama dia :

berus gigi

ape ntah nama dia (bersihkan di celah-celah bracket)

appointment keempat, 19 Mei 2012 (tarikh keramat), braces is on my teeth. yahooo!!! tak sakit sangat pun. rasa tegang je kat gigi ni. take about 1 hour. aku rasa macam 15 minit je dr nasrul pasang. dr nasrul cuci dulu gigi pakai machine, macam berus je rupanya. then pakai besi kecil-kecil tu seketul demi seketul. tau tak seketul besi kecil tu berharga RM 50.00 tau! then pakai wire. then getah colour pink. masa ni bayar RM 1500.00. dr bagi bees wax untuk letak pada mana-mana bahagian besi yang tak selesa. protect the mouth.

kalau pakai braces ni, dr kata jangan makan benda keras dan melekit. ok dr! i will!

nasihat aku untuk mereka yang nak pakai braces ialah :

1. think positive, jangan fikir takutlah, sakitlah, apalah. ianya tak sakit ok! kalau kena cabut gigi pun, kan kena bius. (bercakap dari pengalaman)

2. jangan tengok jarum atau mende alah peralatan dr tu. buat kau seram sejuk je. just lay down relax and peace!

3. telan pain killler lepas balik rumah (aku tak, sebab kesakitan tu masih boleh ditahan)


RM   300
RM   120
RM   120
RM     10 (toothbrush)
RM      5
RM 1500

= RM 2055 (jumlah yang sudah aku belanjakan) fuh!

selepas ini, every month aku akan pergi check up braces. RM 200 setiap kali pergi check up.

aku rasa aku bertuah sebab dapat cari tempat yang dekat, senang dan dr nasrul tu baik. sudi je nak jawab soalan subjektif aku, haha. pembantu klinik tu pun ok, layan pelanggan dengan mesra, senyum sokmo dan rela jawab soalan subjektif aku jugak. aku siap tanya "kak, nanti boleh drive tak lepas pakai braces?" macam-macam lagi la aku tanya. siap wish "Chaiyok" kat aku tadi pagi sebelum aku pasang braces.

alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH kerana sudi memakbulkan doa dan memudahkan segala urusam hambamu ini. alhamdulillah ;)



56 comments:

AmalinaRahim said...

nak pakai gak. tapi nak tunggu kerja la dulu :P

Norsharlinda said...

ok sila dik. ;)

Anonymous said...

nk tnye berapa kos untuk semua braces tue, klinik pergigian haslinda nie kat mane ek sy tinggal kat kulai jgk

Norsharlinda said...

kos kalau pakai braces jenis metal lebih kurang 4k - 5k. mula2 datang kena xray bayar 300, then masa pasang 1500, lepas tu setiap bulan 200, kalau nak bayar 150 sebulan pun boleh tapi lambat sikitlah nak habis bayar nanti. klinik haslinda ni located dekat sederet dengan bangunan marrybrown sebelah bangunan majlis daerah kulai. klinik ni tingkat 2, tengok je signboard ada tulis klinik gigi. ;)

Anonymous said...

yg awak punya berapa ribu n berapa lama tempoh pakai braces nie

Anonymous said...

ples confirm my fb Boss SHa, i nk tnyer sal braces

Norsharlinda said...

ok, dah confirm

Anonymous said...

awak ade fb nk add x?nk tny pasal braces ni..sy pun duduk kulai n penah pegi klinik haslinda tu..nk tny lg detail la...

Norsharlinda said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

give me full address plez.....

Norsharlinda said...

full address apa? klinik ni ke?

julia nazriana said...

murahjugak yer dan pengalaman menarik :)200 tu lasted smpi bile nk kena bayar ye

Norsharlinda said...

oklah jugak. biasalah kalau berkaitan dentist kosmetik ni memang mahal sikit. 200 tu kena bayar selagi buat check up. kalau dah bukak braces xpayah bayar dah.

Miz Mira said...

kak sakit tak? act, dri kecik memang seriau giler dgn doc gg ni.. hmm :( nak pakai bracess... tapi takut nak cabut . kalau boleh nak betulkan gg mase tgah koma or any else.. bangun2 je da siap .. bestnye! ade ke mcm tu ? haha

Norsharlinda said...

hehe..takde lah sakit sgt. kalau kena cabut pun kan doktor akan bius so tak rasa sakit. satu je nasihat akak, jgn takut dgn doktor gigi sebab doktor nak tolong kita bukan nak sakitkan kita. so, kuatkan semangat! fighting! hehe

siti norhasliza said...

siap bulan kena jumpa ke?? kalu selang 2 3 bulan boleh tak???

siti norhasliza said...

siap bulan kena jumpa ke?? kalu selang 2 3 bulan boleh tak???

Norsharlinda said...

ye setiap bulan kena jumpa doktor, rasanya semua dentist pun buat appointment every month dengan kita. tak pasti boleh skip atau tak sebab lastic (getah warna-warni tu) memang kena tukar setiap bulan. kalau lebih sebulan dikhuatiri ada lastic yang putus. kalau putus tu boleh sebabkan gigi kita bergerak tak ikut perancangan

memeyazie said...

boleh bayar monthly ke?harga braces ikot pada keadaan gigi yer? :) memang tenga survey lahh klinik area jb ni .

Norsharlinda said...

boleh bayar secara ansuran. harga buat braces kat klinik gigi haslinda ni 4.5k. kena bayar 1.5k mase psg braces tu. then ada balance lagi 3k. tu yg tiap bln byar 200 utk habiskan bayar 3k tu. kalau nak bayar lebih pn xpe, cpt sikit habis hehe. klinik gigi haslinda ni okay sgt. dr pn baik ;)

Anonymous said...

Klinik ni buka dari pukul berapa sampai pukul berapa? Sabtu n ahad buka tak?

Norsharlinda said...

klinik ni buka dari kul 9 - 5 ptg kalau tak salah. ni utk isnin hingga jumaat. rehat 1-2 ptg. sabtu bukak. ahad xsure bukak ke tak. sebab xpernah buat appointment ahad. kalau nak buat special appointment pn blh tp kena discuss dulu dgn doktor la.

Ayu_Shera said...

Hi sis, nk tnye ni.. Mase sis survey klinik tu mmg sis just kol je ea.. Sye pn owg kota tinggi n tengah survey klinik tok braces ni.. Then klinik haslinda ni mmg doktor lelaki je ke? Sorry tanye bnyak...

Norsharlinda said...

ayushera,ye masa sis dah dapat no telefon tu sis just call je tanya and kumpul duit lepas tu terus buat appointment. klinik ni okay sangat walaupun doktor nye lelaki. die ada lagi satu cawangan kat kulai. klinik baru lagi satu tu isteri dia jaga. nanti x-ray kat sana lah masa first appointment tu. tak kisah tanya banyak pun takpe hehe

Anonymous said...

contact number , nak tanya lebih lanjut laa .

Norsharlinda said...

boleh email saya, sharlinda.idris@gmail.com ;)

Ehan Daud said...

salam sis... org kota tinggi jgak ke??
bole bg contact no??? nk tnye lbh lanjut la

Norsharlinda said...

Wasalam, aah orang kota tinggi. Contact je dekat email saya : sharlinda.idris@gmail.com

{ finieViolet} said...

assalamualaikum,.. sy duduk kulai, nak tanya klinik pergigian haslinda tu bukan kat depan hospital kulai ke? kat situ dia ada buat braces ea?

Anonymous said...

nak tanya.. kalo normalnya kena bayar rm200 tiap2 kali jumpa dr (setiap bulan)... memang rm200 jelah ek.. xde bayaran lain..

pastu kalo kita bayar rm400 tiap2 bulan.. kan abis awal.. jadi lepas tu xpayah jumpa dr lagi ek?

Norsharlinda said...

@finie violet, setahu saya klinik ni ade dua cawangan, satu yang deret maybank, lagi satu deret bank islam. Yang depan hospital kulai tu saya tak tahu la pulak.

Norsharlinda said...

Rm200 tu doktor tetapkan, tapi kalau nak bayar kurang atau lebih boleh je. Asalkan habis bayar sampai 4500. Kalau dah habis bayar pun, kena jumpa doktor lagi tapi tak payah bayar lagi dah. Datang untuk buat rawatan je.

xiiao ching said...

hi....bolehkah saya tengok gambar gigi kamu sebelum pakai braces?sebab susunan gigi saya amat buruk.dan saya rasa harga utk saya pakai braces akan lebih 4500.

Norsharlinda said...

hai..boleh. Baca dekat link ni eh : http://sharlinda89.blogspot.com/2014/01/braces-before-and-after.html

Anonymous said...

gigi saye rongak kat belakang berdekatan dengan lokasi geraham. .mcmane nk pasang braces tuu? bape harge implan gigi.. ? - si jujur la sgt..

Norsharlinda said...

tu kena rujuk dengan dentist dia nak buat macam mana dan dia boleh beritahu harga untuk implan gigi sekali.

shida sulaiman said...

klinik ni msh beroperasi ke?

Norsharlinda said...

shida : klinik ni masih beroperasi lagi. Saya pun masih buat appointment selepas bukak braces ;)

echott said...

Akak bole bg id wechat tak . Senang sikit sy nak interact

echott said...

Akak bole bg id wechat tak . Senang sikit sy nak interact

zull rock said...

Smekom,,bleh tnye tk,,,klaw nk cabut then psang gigi palsu yg bleh buka n psnag pnya tu kra2x kos brapa ya

Norsharlinda Md Idris said...

achott : contact je through email : sharlinda.idris@gmail.com. tq ;)

Norsharlinda Md Idris said...

zull rock : wasalam. sy tak tau pulak kos gigi palsu sebab sy buat braces kan. Kalau nak buat gigi palsu tu rasa kena bincang dengan doktor sendiri. Kalau kos cabut gigi masa saya dulu gigi kacip/taring/geraham kecil rm60 sebatang. Kalau geraham besar rm80 sebatang.

Ayu Rahayu said...

Salam , bole bagi contact no klinik & kalau ada kliik di johor bahru bolee share , harga yg berpatutan sbb im student , thanks

Norsharlinda Md Idris said...

AYU : wasalam. No klinik gigi haslinda ni 07-662 3435. Dekat johor bahru saya tak tau la sis sorry ye ;)

Saya tanya awak jawab said...

Awk pakai braces umur berapa?

Norsharlinda Md Idris said...

Saya pakai masa umur 23 tahun.

Mohd Faiz said...

kak sye nk tnye,4.5k tu utk gigi ats bwh or harga lain lain? please reply 😭

Norsharlinda Md Idris said...

4.5k tu untuk gigi atas dan bawah. Kalau pakai atas atau pakai bawah je dapat separuh harga.

chiee chiee said...

kalau umur 36 ..bole pasang braces lg x agak nyer

Anonymous said...

total pakai braces brape ?

Guevara Evo said...

Boleh. Discuss dengan doktor gigi.

Guevara Evo said...

Lebih kurang 5k jugak dah habis untuk pakai braces ni.

Unknown said...

Sy nk tanya klo gigi depan agak jongang sikit sama harga 5k atau lebih...sy owg kita tinggi juga

Guevara Evo said...

Kena bagi doktor tengok dan cek dulu. Kalau jongang tu biasa dan tak perlu bedah, harga sama je macam pakai braces biasa.

Anonymous said...

Please reply

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers