CARIAN PILIHAN


Friday 18 January 2013

Persediaan Sebelum & Semasa pakai braces

Assalamualaikum..yaaa, setelah sekian lama, akhirnya diberikan hidayah untuk menulis entry wahahaha. Gila pemalas aku ni. Well, banyak lagi benda penting kot daripada dok buat entry je. I have fb, twitter, instagram, whatsapp. Blog aku ni bukanlah keutamaan dalam hidup sebab aku bukan ada pergi event grand-grand atau cerita yang menaik untuk selalu dikongsi pun.

Tu dia, tak nak panjang pula intro. Ok lah, dalam entry ni, aku nak membebel pasal antara persediaan yang perlu dilakukan sebelum & semasa pakai braces. Secara rasminya, aku dah ber'braces' ni selama 8 bulan. Ok, let's check it out! (Ini kalau buat kat klinik swasta).


1. Sediakan Wang Secukupnya.

Paling penting sebab braces memerlukan kos yang agak tinggi. Kalau yang paling rendah pun lebih kurang 4k lah. Tapi bukan terus kena bayar segitu, bayar secara berperingkat lah. Macam aku ni, mula-mula kena bayar 1.5k masa nak pasang bracket. Sebelum pakai braces, ada buat x-ray & buat acuan. Masa tu je kena bayar RM300.00. So, sediakan wang secukupnya ye. Aku telah menyimpan gaji aku selama 3 bulan untuk pembayaran muka untuk buat braces ni. Selama 3 bulan tu lah, gaji aku hanya untuk bayar ansuran kereta je. Selain tu, aku simpan. Dan mesti ada pendapatan bulanan juga sebab bulan-bulan kena bayar RM200.00. Ni akulah, lain klinik lain lah bayarannya.


2. Cari Klinik Gigi

Dah ade duit yang cukup? ok check! Sekarang, misi adalah mencari klinik gigi untuk buat braces korang tu. Google je lah, mesti banyak tempat yang korang boleh jumpa. Extra tips, cari yang dekat supaya senang nak ulang-alik setiap bulan untuk check up. Masa first call untuk klinik gigi tu, tanyalah ada buat braces ke tidak, berapa kos, macam mana bayaran, ok? dan jangan lupa buat appoinment bila dah jumpa klinik gigi yang dikehendaki.




3. Persediaan Mental.

Sangat penting! Siapkan mental korang untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka. Wahhh ayat macam menakutkan orang kasi jangan pakai braces haha. Jangan takut jangan takut, maksud aku ialah situasi seperti pengalaman aku. Aku paling takut kalau ada antara gigi aku yang perlu dicabut, and yessss! yang ditakuti menjadi kenyataan. 4 BATANG GIGI PERLU DICABUT! (perlu ke bold). At first place, aku memang totally freakin' out. Tapi tak sakit pun cabut gigi tu (berlagak pulak!) sebab akan dibius cinta (lol). Dentist tu biuslah nanti, tak sakit pun. Tapi darah mmg banyak!

Lagi satu, mungkin ada situasi gigi belum keluar dari gusi, Jadi, dentist akan buat minor surgery untuk keluarkan gigi tu. Gigi tu kena keluarkan sebab takut dia ganggu gigi yang dah keluar dan ganggu braces yang dah dipasang. Daripada menanggung sakit gile-gile, baik keluarkan gigi tu dulu. Ni bukan pengalaman aku tapi ni dentist aku yang cakap.

4. Tingkatkan Tahap Kerajinan (lol macam ayat karangan)

Lepas dah pakai braces tu, kenalah rajin. Sebab dulu sebelum pakai braces, gosok gigi je dah cukup kan. Now, setelah pakai braces, wallah, berus gigi ada 2, satu berus gigi orthodontic & dental brush. Satu untuk berus gigi macam biasa, lagi satu untuk bersihkan di celah-celah. Lepas berus gigi semua, kumur dengan mouthwash contohnya listerine dan colgate plax. Cabaran untuk minggu-minggu awal pakai braces ialah tak boleh mengunyah denan baik, so, makanan yang sesuai ialah nestum nestum nestum. Lepas dah ok tu, kenalah rajin besihkan gigi lepas makan. So, kena rajin!





Berus Gigi Orthodontic 





Dental Brush

5. Istiqamah.

Maksudnya lakukan sesuatu secara berterusan. Setiap bulan, korang akan lalui situasi yang sama iaitu pergi check up. So, kena kuatkan semangat ye. Setiap kali pergi check up tu pula ada perubahan untuk korang. Misalnya, ada kena pakai elastic band kat gigi untuk tarik gigi, tukar dawai besar sikit dan sebagainya. Lastic (yang warna-warni tu) pula ada yang jenis chain, bukan jenis satu-satu tu je. Doktor akan pakaikan ikut keperluan untuk pakai chain atau satu-satu tu. Setiap bulan pun akan tukar lastic tu. Antara warna kegemaran aku ialah pink & turqoise. Dan kerajinan tu mesti berterusan, jangan awal-awal je rajin, lepas tu malas. Nanti gigi tak bersih, mulut jadi berbau dan timbul masalah gigi yang lain.





Maka dari itu, selamat ber'braces' ye. Harap-harap entry aku ni dapatlah membantu sedikit sebanyak tentang braces. Dan semoga info ini berguna. Sekian asalamualaikum. Peace!









Carian Popular Ke Sini:


  • braces gigi
  • doktor gigi
  • cara memakai braces
  • proses braces
  • tips penjagaan braces