Friday, 18 January 2013

Persediaaan Sebelum & Semasa Ber'Braces'

Asalamualaikum..yaaa, setelah sekian lama, akhirnya diberikan hidayah untuk menulis entry wahahaha. Gila pemalas aku ni. Well, banyak lagi benda penting kot daripada dok buat entry je. I have fb, twitter, instagram, whatsapp. Blog aku ni bukanlah keutamaan dalam hidup sebab aku bukan ada pergi event grand-grand atau cerita yang menaik untuk selalu dikongsi pun.

Tu dia, tak nak panjang pula intro. Ok lah, dalam entry ni, aku nak membebel pasal antara persediaan yang perlu dilakukan sebelum & semasa pakai braces. Secara rasminya, aku dah ber'braces' ni selama 8 bulan. Ok, let's check it out! (Ini kalau buat kat klinik swasta)

1. Sediakan Wang Secukupnya.
Paling penting sebab braces memerlukan kos yang agak tinggi. Kalau yang paling rendah pun lebih kurang 4k lah. Tapi bukan terus kena bayar segitu, bayar secara berperingkat lah. Macam aku ni, mula-mula kena bayar 1.5k masa nak pasang bracket. Sebelum pakai braces, ada buat x-ray & buat acuan. Masa tu je kena bayar RM300.00. So, sediakan wang secukupnya ye. Aku telah menyimpan gaji aku selama 3 bulan untuk pembayaran muka untuk buat braces ni. Selama 3 bulan tu lah, gaji aku hanya untuk bayar ansuran kereta je. Selain tu, aku simpan. Dan mesti ada pendapatan bulanan juga sebab bulan-bulan kena bayar RM200.00. Ni akulah, lain klinik lain lah bayarannya.

2. Cari Klinik Gigi
Dah ade duit yang cukup? ok check! Sekarang, misi adalah mencari klinik gigi untuk buat braces korang tu. Google je lah, mesti banyak tempat yang korang boleh jumpa. Extra tips, cari yang dekat supaya senang nak ulang-alik setiap bulan untuk check up. Masa first call untuk klinik gigi tu, tanyalah ada buat braces ke tidak, berapa kos, macam mana bayaran, ok? dan jangan lupa buat appoinment bila dah jumpa klinik gigi yang dikehendaki.

3. Persediaan Mental.
Sangat penting! Siapkan mental korang untuk menghadapi situasi yang tidak dijangka. Wahhh ayat macam menakutkan orang kasi jangan pakai braces haha. Jangan takut jangan takut, maksud aku ialah situasi seperti pengalaman aku. Aku paling takut kalau ada antara gigi aku yang perlu dicabut, and yessss! yang ditakuti menjadi kenyataan. 4 BATANG GIGI PELU DICABUT! (perlu ke bold). At first place, aku memang totally freakin' out. Tapi tak sakit pun cabut gigi tu (berlagak pulak!) sebab akan dibius cinta (lol). Dentist tu biuslah nanti, tak sakit pun. Tapi darah mmg banyak!

Lagi satu, mungkin ada situasi gigi belum keluar dari gusi, Jadi, dentist akan buat minor surgery untuk keluarkan gigi tu. Gigi tu kena keluarkan sebab takut dia ganggu gigi yang dah keluar dan ganggu braces yang dah dipasang. Daripada menanggung sakit gile-gile, baik keluarkan gigi tu dulu. Ni bukan pengalaman aku tapi ni dentist aku yang cakap.

4. Tingkatkan Tahap Kerajinan (lol macam ayat karangan)
Lepas dah pakai braces tu, kenalah rajin. Sebab dulu sebelum pakai braces, gosok gigi je dah cukup kan. Now, setelah pakai braces, wallah, berus gigi ada 2, satu berus gigi orthodontic & dental brush. Satu untuk berus gigi macam biasa, lagi satu untuk bersihkan di celah-celah. Lepas berus gigi semua, kumur dengan mouthwash contohnya listerine dan colgate plax. Cabaran untuk minggu-minggu awal pakai braces ialah tak boleh mengunyah denan baik, so, makanan yang sesuai ialah nestum nestum nestum. Lepas dah ok tu, kenalah rajin besihkan gigi lepas makan. So, kena rajin!

Berus Gigi Orthodontic 

Dental Brush

5. Istiqamah.
Maksudnya lakukan sesuatu secara berterusan. Setiap bulan, korang akan lalui situasi yang sama iaitu pergi check up. So, kena kuatkan semangat ye. Setiap kali pergi check up tu pula ada perubahan untuk korang. Misalnya, ada kena pakai elastic band kat gigi untuk tarik gigi, tukar dawai besar sikit dan sebagainya. Lastic (yang warna-warni tu) pula ada yang jenis chain, bukan jenis satu-satu tu je. Doktor akan pakaikan ikut keperluan untuk pakai chain atau satu-satu tu. Setiap bulan pun akan tukar lastic tu. Antara warna kegemaran aku ialah pink & turqoise. Dan kerajinan tu mesti berterusan, jangan awal-awal je rajin, lepas tu malas. Nanti gigi tak bersih, mulut jadi berbau dan timbul masalah gigi yang lain.


Maka dari itu, selamat ber'braces' ye. Harap-harap entry aku ni dapatlah membantu sedikit sebanyak tentang braces. Dan semoga info ini berguna. Sekian asalamualaikum. Peace!


105 comments:

❤ aQma_maNaF ❤ said...

berapa rm kos braces awak?

Norsharlinda said...

hampir 5k, tapi bkn bayar sekelepuk. Masa pasang bayar 1.5k, then bulan2 RM200. Check up tiap2 bln sampailah doktor bukak braces baru xpyh bayar ;). tempoh pakai tu bergantung pada perkembangan gigi kita, kalau cpt tersusun cptlah bukak, kalau lambat tersusun kena pakai lama sikit. makin bertambah usia, gusi makin keras jadi gigi makin susah gerak.

Nurul Syahirah Badrul Zaman said...

salam, sis nak tanya if buat under swasta boleh tak braces tu siap dalam sebulan? macam okay sebab sis tulis bayar ansur bukan menerus , kalau dengan kerajaan tunggu 3 tahun tapi murah.

Norsharlinda said...

makna soalan awak tu nak pkai braces selama sebulan je ke? atau dalam masa sebulan dah boleh pakai braces ke belum eh? kurg faham hehe. tu la kalau dengan kerajaan memang murah tapi kena tunggu tu tak sanggup & masa check up confirm kena tunggu lama sebab ramai kan. and bukan nak ngutuk tapi biasanya doktor dia buat tak betul sangat sebab bayar murah kan. gitu la jadinya.

Meeya Licious said...

dental brush tu nak beli kt mane ?

Norsharlinda said...

saya beli dekat klinik gigi tu jugak. kat farmasi pun ade. watsons pun ade.

Winner said...

I have my braces only cost for 3k and 50 monthly only

Norsharlinda said...

where do you did your braces? or is it your teeth is almost straight? so doctor don't need to do so many things to your teeth.

Na Rieana said...

hai, bestnya dah pasang braces.. nak tanya, kalau yang rm1500 awak pasang tu tak boleh kurang lagi ke? monthly bayar mahal sikit.. boleh ke..

Norsharlinda said...

hai na rienana, kalau tentang tu kena dicuss dgn doktor la. kalau dia kata boleh, maknanya boleh lah hehe.

sofea said...

hai linda. can I ask you. you bayar 1.5k dulu then tiap bulan bayar 200 tu means tiap kali g check up kene bayar la ye? sampai bila tu?

Norsharlinda said...

hai sofea, harga braces ni 4.5k. masa pasang bayar 1.5k. jadi ada balance lagi 3k kan. dalam masa pakai braces kena lunaskan lagi 3k tu. doktor tentukan rm200 setiap bulan masa g check up. kalau boleh bayar lebih, bayar lebih, kalau nak kurang pun boleh tapi nanti lambat sikit la habis bayar. bila dah habis bayar 3k tu, nanti pergi check up just utk buat rawatan sahaja.

Nurazmina Shamira said...

Nak pakai braces tapi takut o.o aaaa :<

Nurazmina Shamira said...

Nak pakai braces tapi takut o.o aaaa :<

Norsharlinda said...

hehe jangan takutla. everythings gonna be fine ;)

Anonymous said...

Klinik gg mn u buat

Norsharlinda said...

i buat dekat klinik gigi haslinda, kulai

Anonymous said...

assamualaikum.sronok la kakak dpt buat braces.sye nak tnye,kalau pakai braces pd gigi atas sje leh tak?sya cba nak dptkan klinik krajaan tpi dah trlbih umur.krajaan nak 18 thn ke bwah tpi sye dah lbih 1 thn.sye tggal di kedah.sye dah buat survey tpi dkter kte tak ade pakar di sni?ade dkt penang sje.pening sbb tak bleh ke buat rayuan dkt krajaan wlau umur 19thn.nk tnggu dewasa tkut gusi smakin kras!aduih

Norsharlinda said...

wasalam..alhamdulillah besyukur sangat dapat pakai braces ni. setahu akak, ade yang pakai braces utk gigi atas je. maknanye boleh request nak pakai atas or bawah sahaja. jimat la di situ sebab kos tak sampai 4.5k mcm orang biasa pakai atas bawah. mungkin separuh dari kos biasa tu. cubalah cari tempat yang okay then buat. insyallah berbaloi ;)

SweetieLovely_Shop said...

Akak, kalau gigi jarang, agak agak kena cabut tak?

Syazana Saedan Mukhtar said...

Salam nk tnye..klu pki utk gigi ats je boleh x..sbb gigi sy ada mslh di bhgn ats je..bwh tesusun rapi..tq

Norsharlinda said...

wasalam, boleh je klau nak pakai atas je. dapat murah sikit. apa-apa pun dicuss je dengan dentist dulu ea ;)

Norsharlinda said...

sweetielovely-shop : kalau gigi jarang tak kena cabut rasanya. kalau gigi jarang biasanya kena pakai braces lepas tu pakai lastic tie. kalau gigi rapat sampai takde ruang untuk gigi gerak tu yang kena cabut tu. sebab kalau tak cabut nanti gigi jadi ke depan a.k.a jongang ;)

mila camiela said...

salam hye kak linda..berapa lame akk pkai braces tu..?? boleh ke makan daging,ayam atau mkanan yg liat2 ni..?? saya dgr kalau baru2 pkai braces ni byk tumbuh ulser,btol ke..?? sorry bagi soalan b'tubi2,haha :D

mila camiela said...

salam hye kak linda..berapa lame akk pkai braces tu..?? boleh ke makan daging,ayam atau mkanan yg liat2 ni..?? saya dgr kalau baru2 pkai braces ni byk tumbuh ulser,btol ke..?? sorry bagi soalan b'tubi2,haha :D

Norsharlinda said...

wasalam dan hai mila. Akak pakai braces selama setahun setengah. Biasanya lepas pasang braces tu, kena makan lembut2 dulu cthnya oat, nestum atau bubur, lepas seminggu or bila dah selesa gigi tu bolehlah makan macam biasa. Lepas pasang braces, gigi sakit. Tu yang kena makan mknn lembut. Ya, sesetengah orang naik ulser bila pasang braces, tapi akak takde pulak, alhamdulillah. Mungkin tengok orang jugak la. Yang penting jaga kebersihan dan banyak minum air masak. ;)

mila camiela said...

owh akk pkai xde la lame sgt kn,tgk jgk kn keadaan gigi kite cmne..?? slagi gigi sakit slagi tu la kne mkn bnde lembut ye,..kne kerap gosok gigi la kn,teliti cuci stiap celah gigi..huhhh
sblm ni sy fkir klau nk pkai braces ni kne byr skli gus,tp lps baca blog akk ni hrapan sy tggi skit utk pkai braces utk msa t'dkt ni..haha
cume kne cari klinik yg sesuai dlu kt tmpt sy ni..hrp ade la tmpt yg sesuai.. :D

Norsharlinda said...

Haah tak sangka pakai setahun setengah je. Ingatkan kena pakai 3-4 tahun hehe. Ye memang tengok progress gigi kita, seberapa cepat dia gerak. Tu la kena pergi check up setiap bulan tu. Nanti doktor tengok, dia tau lah nak buat apa, nak tukar wire ke, nak pakai getah ke, kena pakai elastic tie ke, don't worry, doktor memang dah tau kan tu kerja dia nak pastikan gigi kita tersusun. Semoga jumpa dental yang bagus dan good luck! yang penting don't give up. ;)

Arzyrah Sani said...
This comment has been removed by the author.
Arzyrah Sani said...

Salam linda, kita nak buat juga. n Asal kota tinggi. bole x nk minx no fon & detail klinik tu? ;)

Norsharlinda said...

wasalam, boleh. saya bagi no telefon ye 07-6623 435. arzyrah, klinik ni deret marrybrown, maybank tu semua tau. dia tingkat 2, bawah dia kedai emas. nanti first appointment, doktor akan buat acuan gigi dan cek gigi awak. lepas tu, kena pergi x-ray dekat cawangan lagi satu. dekat area bank islam kalau tak salah saya la. masa first appointment ni kena bayar rm300. good luck tau!

Nina Sky said...

asslm..nk tny..klu pasang braces umor 24, blh ke?cm dh terlambt x wt awl2.dlu2 dwit xbape ade.kate t gusi dh keras.cmne? lg 1 kes sy gg atas jongang..tp gg sy rata xd lapis..cume gg bwh xrata..kne cabut gg x?tempoh bpe lme pkai?

Norsharlinda said...

Wasalam, kalau umur 24 tu okay lagi. Saya pun pasang umur 23, umur 24 baru bukak. Biasalah masa muda duit tak ade sangat hehe. Okay, pasal gigi awak tu, saya rasa kena mintak nasihat dari doktor yang akan buat braces awak tu nanti. Untuk tempoh pun kena discuss dengan doktor sebab memang depends pada gusi n berapa cepat gigi kita tu gerak.

rafi don cha said...

yeayy..
now i got it!!1
thanks lin
dah dapat info ttg payment method..
sbb i banyak google tapi semua citer ttg sakit pakai braces..
namapon nak chantik kenala sakitkan kan..hehehe
i nak tahu cara bayaran..and now..i got it from ur blog
ok...duit saving tu first payment rasanya dah cukup..
now nak survey klinik..
tQ again =)

Norsharlinda said...

yeay!!! ur welcome. alhamdulillah sukanye sbb ade jugak manfaat buat entry ni hehe. Good luck!

Anonymous said...

Assalamualaikum kak haslinda. Nak tnya, klau cek gigi kt klinik swasta, mse tu ke kne byar rm300? Lepastu berapa lama kena tggu utk buat brces? Pstu kalau pkai utk gigi atas je, bayaran tu agak2 brpe?

Norsharlinda said...

Wasalam..mase kena bayar rm300 tu sebab doktor buat replika gigi dan x-ray. Harga tu mungkin bergantung kepada klinik swasta tu nak letak berapa. Lepas first appointment tu, biasanya terus buat appointment untuk pasang braces. Mungkin seminggu untuk pasang braces. Tapi kalau ada cabut gigi, kena buat appointment untuk cabut gigi dulu. Lepas tempat cabut tu dah okay, baru boleh pasang braces. Tu mungkin makan masa 2 minggu. Kalau bekerja kan kena pergi hujung minggu. Kalau ada masa lapang dalam hari bekerja, boleh je cepatkan appointment. Kalau pakai gigi atas je, kena bayar separuh je. Akak anggarkan rm2250. ;)

Anonymous said...

Minor surgery tu harga lain atau harga sama dengan pakai braces. Agagak berapa ye? hm hm sbb sye ada 2 gigi yg belum keluar

Norsharlinda said...

minor surgery tu harga lain. Sama la macam kalau cabut gigi, tu harga lain. 4.5k tu untuk braces sahaja. Umur berapa? better tunggu gigi tu keluar dulu. Gigi geraham bongsu ke? ;)

Anonymous said...

Umur saya bru 17 tahun. tApi nk sgt pakai braces hehehe. Saya plan bulan 3 ni. Bukan gigi geraham tp gigi belah bawah yg kelima & keenam. Saya bacablog lain. Dorg bedah gigi kalau gigi tu bengkak. Tapi gigi saya ni tk sakit langsung pun. Hehe akk buat kt klinik mana eh?

Norsharlinda said...

ohhh kalau macam tu, better discuss dengan dentist nak buat macam mana sbb doktor lebih tau nak buat macam mane. Akak buat kat klinik gigi haslinda, kulai, johor. Jumpa dentist dulu then baru lah tau keputusan macam mane. goodluck eh dik! ;)

smyrahdn said...

Akak, rasa berbaloi tak pakai braces?nak pakai tapi takut membazir duit:(

smyrahdn said...

Akak, rasa berbaloi tak pakai braces?nak pakai tapi takut membazir duit:(

Norsharlinda said...

Pada pendapat akak, buat braces ni berbaloi sebab die buat gigi kita tersusun cantik, bila gigi cantik, self-confidence kita untuk ketawa, senyum dan bercakap akan meningkat. Sekaligus buat kita lebih happy insyALLAH. Tak salah kalau kita pandai manage duit kita. Lagipun blh bayar secara ansuran. So, setiap bulankena disiplin la asingkan duit. Akak rasa sangat berbaloi bila pakai braces ni, happy nak senyum dan sengih depan orang dan kamera pun tak malu.

Anonymous said...

assalam akak. nak tanye.. saye mmg dh pki brases kt klinik krjaan. jadi saye dh fed up sbb lame sgt..hehe. Jadi.. sye nk tukr kpd private klinik. perlukah nnti sye kene wat brases, acuan gigi n x-ray yg lain??

Nur Farahin said...

Akak.. Saya tgh naik gg bongsu.. Tp sblum puase nk kna pasang pendakap da klu ikot appoinment.. Mcm mna ae? Xpe ke klu gg bongsu tgh nk naik pasang braces..

Norsharlinda said...

Wasalam, tu la kalau dengan kerajaan macam tu la. Agak lambat. Kalau buat dengan private klinik biasanye dia akan buat prosedut tu semua. Sebab buat acuan tu untuk tengok betul2 macam mana susunan gigi dengan lebih jelas dan dapat rancang apa nak buat untuk buat gigi tersusun. X-ray tu pulak untuk tengok ada tak gigi yang masih dalam gusi, yang tak keluar lagi.

Norsharlinda said...

Nur farahin, kalau tentang gigi bongsu tu, better awak tanya dengan doktor, saya rasa doktor jangkakan gigi bongsu tu dah habis keluar sebelum masa untuk pakai braces tu sampai. Gigi bongsu tu tak senget kan? sakit tak? . Kalau tak sakit sepatutnye tak timbulkan masalah dan tak ganggu pemakaian braces pun.

liza nesyah said...

Salam, kak sy nk Tnye Klau pasang Gigi atas bleh tak sbb Gigi sy Kat atas satu je tak rata dia kedepan.. N bpe agak2 kos nye

Norsharlinda said...

wasalam..boleh kalau nak pasang gigi atas sahaja. Kospun lebih murah. Akak anggarkan half dari harga sebenar so, dalam RM 2,250.00

radzi yamaha said...

assalam..sy nak buat..tp skg berada dijepun..kt sini setahun lg..sy ade tanya kos di sini lbh kurang yen200,000 bersamaan rm6600..tu pn untuk atas sahaja...adakah berbaloi kalau sy nk buat kt sini?..ce kasi pendapat skit..=)

Norsharlinda said...

wasalam. Pada pendapat saya, tak berbaloi buat kat sana. Satu, sebab mahal. Kalau buat kat malaysia braces atas bawah pun lagi murah. Dua, sebab confirm ke setahun je dah blh okay gigi tu, nanti kang balik malaysia nak kena sambung dengan dentist sini. Kena bayar lagi. Better tunggu balik malaysia, baru buat dengan dentist kat sini.

angie dk said...

Hi...tq..entry ni sgt berguna..soon I pun nak jumpa dentist nak pasang braces...huhuh..takot

Norsharlinda said...

hai ur welcome. So happy that u find this entry is useful hehe. Good luck! and always be positive..

Ayra Harun said...

Hi akak, sy nak tanya pasal minor surgery tu harga berapa? And cabut gigi pula berapa.

Norsharlinda said...

Hai..minor surgery tu akak tak tau sebab tak buat pun minor surgery. Cabut gigi kalau geraham kecil rm60 sebatang. Kalau geraham besar rm80 sebatang.

Noor Adila Din said...

Hi..assalamualaikum...alhamdullillah sy dpt ilmu dr blog sis..sy nk buat braces..tp tkot mahal dan sakit...boleh byr ansur2 setiap bulan mmg membantu..tq ye.. :)

Norsharlinda said...

Hai Wasalam adila..hehe kalau nak pakai braces jangan takut. Insyallah semuanya berbaloi nanti. Tu lah bayaran secara ansuran tu memang membantu. Saya pun takut sebab kalau lah kena bayar sekaligus, nasib boleh ansuran.

Anonymous said...

SIS THANKS SGT2 SBB SHARE SEMUA BNDE PASAL BRACES NI. SY DH BOOKMARK DAH BLOG SIS SIPA PROMOTE KT SEMUA MEMBER YG NK PAKAI BRACES. HOPEFULLY SIS WILL ALWAYS UPDATE SBB RASENYE 1 MALAYSIA BEBUDAK YG NAK PAKAI BRACES DUK REFER BLOG SIS WEEEE XD

Norsharlinda said...

thank u so much! terharu ni haha. Alhamdulillah awak rase blog dan sharing ttg braces ni bermanfaat. Insyallah sis akan terus share ape2 yg sis tahu. ;)

hazleen sam said...

Assalam..hye akk saya nak tanya..jika gg bertampal..dalam 2/3 biji...agak2 bole buat pendakap gg ke

Anonymous said...

Saya pn nk pakai braces,tp ur dh 31thn:'(

Norsharlinda said...

hazleen : boleh rasanye, sebab gigi akak pun ade yang ditampal. Tapi boleh je lekatkan bracket kat gigi tu. Kalau tak elok tampalannye, doktor boleh tampalkan semula sebelum pakai bracket.

Takpe, umur dah 31 pun masih boleh pakai, tengok sheila rusly, umur dah 40 lebih pun boleh pakai, cuma ambil masa lama sikit la untuk kasi gigi tersusun. ;)

Hana Lurve said...
This comment has been removed by the author.
Hana Lurve said...

Hye akak sharlinda ? nak tya ?bayaran RM1.5k tak termasuk bayaran mula-mula yg RM300 tu kan dgn bayaran cabut gg ? Dah Settle bayaran RM300 then bayaran cabut gg , baru bayar RM1.5k ka? , bila dah settle buat bayaran RM1.5k , bayaran bulanan RM200 ka ?

Ken StrongArms said...

Aslmkm kak, gigi saya ni takdelah teruk sangat cuma dua gigi kat depan ni ada gap sikit. So kalau kes mcm saya ni agak2 boleh kurang tak bayarannya? Terima kasih

Norsharlinda said...

hana lurve : bayaran 1.5k tu tak termasuk dengan bayaran 300 dan cabut gigi. Haah dah settle 300 dgn bayaran cabut gigi baru bayar 1.5k. Bayaran bulanan 200 untuk habiskan balance lagi 3k. Buat braces kan 4.5k ;)

Norsharlinda said...

ken strongarms : kalau gigi ade gap tu baik buat composit restoration. Nanti doktor just tampal je dekat ruang yang renggang tu. Takyah pakai braces kalau gigi dah memang rata dan tersusun.

Anonymous said...

Kalau gigi asyik terkeluar?terrr macam saya yang bila senyn pasti akan nampak gigi

Farhan Azam said...

Seronok baca blog dgn comment-comment akak tentang braces ni. Nak pergi klinik jugak ni, nak pakai braces. Gigi tak lawa, malu bila ketawa, bercakap and tangkap gambar bila senyum nampak gigi :/ tak lawa hehe

Norsharlinda said...

good luck! hehe. Memang low confidence siket bile gigi tak lawo ni. Insyallah sabar je pakai braces tu nanti. Nanti gigi dah lawo mesti rase berbaloi-baloi.

Anonymous said...

Slm,,kk nk tnye skit bole,,rse2nye mse utk pkai braces to kne tggu lme ke

Norsharlinda said...

Wasalam. Masa doktor pasangkan braces tu sejam jugak lah baru siap. Sebab kena pasang besi tu seketul-seketul setiap gigi. Lepas tu baru letak wire dengan lastic (getah warna warni tu). Bila dah pasang lastic tu yang start sakit tu hehe.

nurul atiqah said...

Umur berapa boleh pakai braces kak??Sbb saya baru form 1..Kawan2 saya semua ejek saya tikus or arnab...Mak saya cadangkan untuk pakai braces tapi tk tau umur berapa boleh pakai..harap akak balas..Sekian ;)

Norsharlinda said...

kalau tentang umur tu rasa dari kecik dah boleh pakai dah. Tengok mia sara tu. Kecik lagi dah pakai braces. Tapi kalau budak kecik ni kan susah sikit nak jaga kebersihan gigi dia. Takut dia malas nak gosok gigi dengan tak tahan sakit. Umur macam awak ni form 1 mesti dah pandai nak gosok gigi sebelum tidur semua kan, jadi dah boleh lah nak pakai braces. Sebenarnya, nak pakai braces ni kalau lagi muda lagi bagus sebab gusi masih lembut lagi. Nanti buat appointment masa cuti hujung minggu ye supaya tak ganggu pembelajaran adik nanti.

Ain Nuha said...

akak nk tanya sikit...time mula2 pasang tu sakit dia rse mcm mana? xD benkak x gigi mse permulaan pkai? contoh gigi sy sume dh kekal tp nk pkai brace tu ad yg x cukup ruang,,kna cabut jugak ker ? :O

Ain Nuha said...

bengkak* typo x3

Norsharlinda said...

Ain Nuha : masa mula-mula pakai tu, rasa sakit die macam rasa tegang dekat gigi. Dngan rasa tak selesa la untuk bercakap, makan, senyum, ketawa dan sebagainye hehe. Tapi dont worry nanti lama-lama selesa. Gusi tak bengkak pun. Gigi tak bengkak la dik, yang bengkak gusi hehe. Yang penting kena rajin gosok gigi dengan kumur dengan mouthwash untuk jaga kebersihan ye. Mungkin kena cabut gigi kalau gigi tak cukup ruang untuk gerak ke belakang. Kalau gigi dah okay tak payah cabut dah sebab gigi nak gerak kasi tersusun. Biase kena cabut ni kalau kes gigi jongang. Macam akak dulu jongang tu yang kena cabut. Jangan risau sebab space tu nanti tertutup jugak.

miss april said...

sy nk tanye,harge untuk gigi atas dgn bawah laen ea?

miss april said...

boleh bg fon number x? utk tanye lbh lanjut

Norsharlinda Md Idris said...

miss april : Harga yang klinik bagi untuk braces tu full set maksudnya gigi atas dan bawah pakai braces. Lepas tu, byrn tu untuk rawatan yang kita terima setiap bulan juga. Contoh : saya buat braces dengan harga 4.5k. Tu untuk semua lah cuma kalau ada cabut gigi dan x-ray gigi tu harga lain. Kalau nak pakai gigi atas atau bawah sahaja, harga kurangkan separuh. Biasanya, doktor galakkan pakai gigi atas dan bawah sebab takut pergerakan gigi tak selari. Kalau nak tanya apa-apa, e-mail je sharlinda.idris@gmail.com

fahimah said...

Assalamualaikum kak,nak tanya kalau pakai braces tu doktor ada bersihkan gigi dulu ke apa? Dlm satu bulan agaknya berapa kali kena jumpa doktor? :)

fahimah said...

Lagi satu kakk kalau private punya ni agaknya berapa lama eh ambik masa nak tunggu sampai pakai braces..

Norsharlinda Md Idris said...

fahimah : wasalam dik. Haah sebelum pakai braces doktor akan cuci gigi kita dulu. Ade berus kecil je. Dengan doktor ada guna ubat gigi jugak sikit. Masa pakai braces, kena jumpa doktor sebulan sekali. Kalau private tak payah tunggu lama, depends pada klinik. Ada seminggu, ada 2 minggu kena tunggu. Tapi takde kena tunggu sampai bertahun la macam kerajaan.

Waniey Faifa said...

salam , klinik mana akak buat

Norsharlinda Md Idris said...

wasalam..akak buat dekat klinik gigi haslinda, kulai, johor.

Anonymous said...

Hi salam! thank you so much for the article. Rasa seronok baca post ni. Sebab nak buat braces tapi tak tahu process . You ada cabut gigi kan? cost cabut gigi you berapa? termasuk dalam RM300 tu atau tak? gigi you jenis yang macam mana? jongang dan rapat rapat ataupun berlapis?

Norsharlinda Md Idris said...

Wasalam. Terima kasih sudi baca post ni ;) Ha'ah ada cabut gigi. Kos cabut gigi geraham kecil sebelah taring RM60 sebatang. Saya cabut 4 batang. Kiri kanan dan atas bawah sebelah taring tu. Doktor cabut sebelah2 dulu. Tak cabut sekaligus. Kos cabut gigi tak termasuk dgn bayaran RM300 tu. Gigi saya jenis jongang dan besar2. Dan berlapis sikit dekat gigi depan. Boleh baca entry before and after saya pakai braces. Tengok side bar belah kanan blog ni. Bawah column tips. Thank you.

Iffah Maisarah said...

Kalau kita dah pakai braces and gigi dah elok tapi kite saje ii nak pakai braces boleh kea? Atau doktor suruh bukak jugak?

Norsharlinda Md Idris said...

Boleh rasanya tapi discuss dulu dengan doktor hee..

SK Felda Purun said...
This comment has been removed by the author.
Amiera Syaz said...

Alhamdulillah kak...hujung thun ni saya pkai braces...kos nya RM 4000 tpi x termasuk cabut dan lain2....sebenarnya saya cuma tkut sakit je...

Norsharlinda Md Idris said...

Okay good luck! Pakai braces memang akan sakit tapi lama2 tak sakit dah. Dont worry ye.

Anonymous said...

assalamualaikum.yg appointment setiap bulan tu boleh ke buat di klinik lain krna berpindah? sbb jauh sgt nk ulang-alik ke klinik yg mula2 kita psg braces tu. tq :)

Norsharlinda Md Idris said...

wasalam..rasa boleh tapi kena maklumkan dekat klinik lama nak pindah lepas tu kena cari dental yang nak sambung buat treatment.

Nurul Hafidza said...

Asalamualaikum nk tnye klinik kt aner

Nurul Hafidza said...

Boleh x bg alamat nye

Norsharlinda Md Idris said...

Wasalam..klinik ni dekat bandar kulai. Deret marrybrown dgn maybank semua tu. Bangunan sebelah majlis daerah kulai. Alamat sy takda sebab saya contact guna telefon klinik je.

Kylie Kenedy said...

Sis appointment u working hours or hjung mggu? Kalau student msh susah ni nak jmpa msa office hours

Sharlin said...

Kylie : sis buat app mostly hujung minggu sbb time tu cuti tak kerja.

Sharlin said...

Kylie : sis buat app mostly hujung minggu sbb time tu cuti tak kerja.

nur hafida said...

Salam sis... daripada masa appointment pertama hingga ke hari kita pakai braces tu berapa lama ye?

nur hafida said...
This comment has been removed by the author.
Guevara Evo said...

Bergantung pada masa kita free dan kekosongan slot dekat klinik tu. Apepun discuss dgn klinik.

Guevara Evo said...

Bergantung pada masa kita free dan kekosongan slot dekat klinik tu. Apepun discuss dgn klinik.

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers