Friday, 24 January 2014

Braces : Before And After

Asalamualaikum..

Masa 20/11/2013 hari tu, aku dah buka braces dah. Masa buka tu, doktor just check-check sikit, then dah sure nak buka, doktor buka dulu dawai atau elastic tie, lepas tu tanggalkan wire. Lepas tu tak sure pula doktor pakai apa sebab tak nampak. Yang penting ada pakai air masa nak tanggalkan bracket.

Kejap je, dah tanggal semua bracket, dalam 15-20 minit la. Bila braces tu dah takda, aku rasa lain kat mulut ni tau. Sebab dah takda braces kan, macam rasa rapat bibir dengan gigi haha. Sebelum ni kan ada bracket tu kan. Lidah ni pun mula la nak merasa gigi tu. Rasa licin je bila dah takda braces. Something different u know.
Aku pun cakap la, 'doktor rasa lain la'. Doktor senyum lepas tu dia kata 'biasalah tu, ok cepat nak ambil gambar'. Amboi doktor ni, ok ok haha.

By the way, aku ada minta doktor email kan gambar gigi aku sebelum dan selepas pakai braces. So comel omomomo betul klinik ni, efisyen betul, malam lepas buka braces tu, aku dah dapat dah emailnya.

So, sekarang aku nak tunjukkan gambar sebelum dan selepas pakai braces,

WARNING! gambar tersangat jelas sebab doktor pakai kamera power punya, lens dia besar dan clear sangat gambarnya. Kalau yang penggeli tahap melampau tu aku minta maaf eh kalau korang tengok. Risiko tanggung sendiri.

Gambar atas adalah sebelum pakai braces, gambar bawah ialah selepas pakai braces. Aku cuma nak cakap pemakaian braces sangat-sangat membantu aku. Mencantikkan susunan gigi untuk senyuman yang lebih menawan dan bentuk rahang yang lebih sharp chewah! Alhamdulillah, bersyukur sangat pemakaian braces berjaya untuk aku. Terima kasih diucapkan kepada doktor yang begitu berpengalaman dalam memastikan gigi aku tersusun ;)









 Tahap yang paling sukar ialah gigi kacip atas bahagian kanan (tapi kiri untuk dalam gambar). Perasan tak dia macam tersenget tu. Makan masa berbulan-bulan tau untuk pusingkan gigi tu, doktor ketatkan besi sedikit demi sedikit setiap bulan pergi check up tu.

Tahap sukar kedua ialah gigi kacip bawah, perasan kan dua yang tengah je berada pada keadaan normal, masa mula-mula pakai braces, dua tengah tu tak dipasangkan bracket lagi. Doktor tarik yang gigi kacip sebelah kiri dan kanan untuk naik ke atas, oh aku cabut 4 batang gigi sebelah gigi taring atas dan bawah. Aku sangat kagum sebab space gigi yang dicabut tu tertutup dengan baik sekali. Alhamdulillah, thank you doktor!

Untuk, maklumat lebih lanjut tentang braces ni boleh klik link dekat sebelah kanan blog ni eh. Aku ada cerita sikit tentang persiapan sebelum braces dan kesakitan semasa pakai braces.

Ingat tau, lepas buka braces, kena pakai retainer. Sekarang, aku kena pakai retainer jenis ni :

Image : Google

Lepas bukak,sebulan lepas tu doktor review. Lepas ni, appointment aku bulan 6, sebab lepas 6 bulan akan review lagi. Retainer ni buka untuk makan dan gosok gigi sahaja. Kena konsisten pakai sebab korang tak nak kan gigi yang dah tersusun tu jadi tak tersusun semula.

Ok semoga bermanfaat, Asalamualaikum.


139 comments:

miss FH ヅ said...

Berapa tahun pakai braces?

Norsharlinda said...

saya pakai setahun setengah. ;)

Khairul hazwan said...

Dekat mana ye buat braces? Nampak gaya say pun kena kuatkan semangat nak buat braces. dah bertahun nak buat tapi kensel sebab takut :(

Norsharlinda said...

saya buat dekat klinik gigi haslinda, kulai, johor. Memang kena kuat semangat and jangan takut sangat. Everything's gonna be okay ;)

D Ibrahim said...

Tak de kena cabut gigi ke

Norsharlinda said...

Ada cabut. 4 batang gigi geraham kecil sebelah gigi taring.

Anonymous said...

Dekat kulai ea , okay dekat je ni . Nak buat tapi duit takde , still student lagi . Kena tunggu kerja lah jawabnya T.T hehe .

Norsharlinda said...

a'ah buat dekat kulai. Takpelah kerja dulu. Nanti dah cukup duit, boleh lah pakai braces ye hehe

Anonymous said...

Gigi tu mmg mintak pd doktor utk putihkan ke, kena bayar harga lain tak? Tengok x de la teruk sangat susunan before pakai braces tp tetap cabut 4 batang gg?

Norsharlinda said...

Takde lalui pemutihan gigi pun. Sebab masa pakai braces memang gosok gigi betul2 untuk kasi gigi bersih, mungkin sebab tu gigi jadi putih hehe. Susunan gigi saya sebelum pakai braces teruk sebab boleh dikatakan jongang jugak la. Sebab tu kena cabut gigi untuk beri ruang gigi bergerak ke belakang. Nampak macam sempurna sebab kemahiran doktor tutup semula gap selepas cabut. Makan masa banyak bulan untuk tutup gap tu.

Anonymous said...

Ok tq 4 the info. Tapi pakai ubat gigi jenama apa? Mmg nmpk putih dan bekesan. Skrg ni mcm2 ubat gg kata boleh putih, tapi bila pakai x jadi pun. Hehe

Anonymous said...

Ok tq 4 the info. Tapi pakai ubat gigi jenama apa? Mmg nmpk putih dan bekesan. Skrg ni mcm2 ubat gg kata boleh putih, tapi bila pakai x jadi pun. Hehe

Norsharlinda said...

ok you're welcome. Saya pakai darlie yang ada perasa lemon. Dan kena kumur dengan mouthwash jugak. Saya pakai colgate plax flavour peppermint.

zerra ahmad said...

Salam..sy na tnya gigi yg dicabut tu ad x tumbuh gigi balik..?

zerra ahmad said...
This comment has been removed by the author.
Norsharlinda said...

Wasalam. Memang tak tumbuh lain sebab tu gigi kekal. Space gigi yang dicabut ditutup oleh gigi depan yang ditarik perlahan-lahan ke belakang. Kena pakai elastic band yang disangkut pada bracket (braces).

Anonymous said...

salam.alhamdulillah sy dah pkai braces 2 minggu.doc pasang dlu bru cbut.mgu lepas cbut st btang gigi.huhu sok appoinment cbut lagi 2 btang gg belah kanan atas n bwah.huhu takut jg.nak tnya btul ke if cbut gg atas akan effct pada mata?org2 tua gtau.huhu. n wpe bulan gigi yg rongak akan rapat semula ye?btw awk pny gg lbh kurg mcm sy.xsbgq tgu result gg dah cntk.doakan ea gg cepat gerak

Anonymous said...

sis sori juz want to ask..pic gigi color kuning tu coz effect of lighting eh or memang macam tu?little bit afraid la few people said pkai braces gigi kuning.any suggestion?

Norsharlinda said...

Wasalam..Tahniah dah pakai braces hehe. Saya ni cabut gigi tapi takde pulak mata jadi kabur ke ape, okay je la. Space dekat gigi tu lama jugak nak rapat. Setahun jugak la baru gigi dah nampak lawa. Lepas setahun akan tinggal beberapa milimiter je lagi nak rapatkan space. Yang penting kena pakai elastic tie (getah yang disangkut pada bracket, doktor ada bagi tak?) untuk tarik gigi perlahan-lahan. Semakin lama, elastic tie akan makin pendek sebab jarak gigi semakin dekat. Makan dua2 belah kiri dan kanan ye supaya gigi bergerak dengan seragam. Insyallah gigi cantik nanti.

Norsharlinda said...

Ye takpe boleh je nak tanya. Sebelum pakai braces memang gigi saya agak kekuningan. Tapi lepas pakai braces, gigi okay jadi lebih putih. Saya rasa penggunaan mouthwash tu mainkan peranan jugak la. Sebab saya start pakai mouthwash lepas pakai braces. Saya pun sama, takut gigi kuning lepas pakai braces tapi alhamdulillah tak pun. So, i believe it's a rumours. Yang penting kena rajin bersihkan gigi lepas makan dan brush regularly especially sebelum tidur.

Anonymous said...

ok alhamdulilah da cbut.tp gg atas xjadi.doc ckap try nak tarik dulu.huhu xda pun doc bg getah elastic tu.bole request eh?cz sy tny nurse dorg kata xda pula bg sbb patient sush nk jga.tp sy rasa sy bole je pkai getah tu.nanti nex appment sy try tany.asalkn gg cpt rapat.thnx ye bg info:)

NoorSyafiqah AbdulWahab said...

sy nk tnye,gg yg kne cbut tu gg blakanh skali ke?sy xp sgt kddukn gg yg awk ckp tu..mse doc rptkn gg,skit x?awk de nages x?..sbnrye sy nk wt..tp tkot sakit.itu mslh sy..smpi skrg xwt2 ag

Norsharlinda said...

ohh masa saya tu, doktor yang bagi. Saya takde mintak sebab doktor yang lebih tahu tentang saiz getah elastic tu. Takpe nanti doktor bagi kot. Sebab memang kena pakai untuk tarik slowly.

Norsharlinda said...

Noor Syafiqah : Gigi yang dicabut tu gigi sebelah taring. Atas bawah, kiri dan kanan 4 batang semuanye. Rapatkan gigi tu bukan doktor tarik at that time tau, die ditarik perlahan-lahan, makan masa berbulan-bulan. Kena konsisten pakai getah elastic tie tu. Setiap bulan doktor buat check up, getah akan menjadi semakin pendek sebab gap antara gigi semakin kurang. Gigi bergerak masa kita kunyah makanan. Kalau pasal sakit, masih boleh ditahan lagi, memang lumrahnye pakai braces macam tu hehe

Anonymous said...

hai nak tanya. setiap kali followup doc dia tukar dawai ke x? pastu pernah x ada dawai yg tercabut?

Anonymous said...

Ni kali ptama review stelah memakai braces.kali ni baru doctr bg pilih wrna.tp sy curious sbb doctr juz tukar getah warna sja.tp xtkar dawai.sy tgk dawai yg sm.adakah ni memang procedure pkai braces?so lpas pkai sy rasa sm saja.xmcm mula2 pkai agak ketat n rasa kemas.bg awk ni memang normal ke.sy pelik sket sbb masa awal2 pasang dlu around 45mins je.then the consequencs,brcket sy tercbt.then first review doc juz tkar getah.hnya 10mins.tp sy bc blog org lain memakan ms nk pasang.huhu n siap pkai rubber band tuk trik gg.huhu cuma pelik n nak tau ur experiencs

Anonymous said...

I mean elastic band.awk mula pkai ni masa follow up ke berapa?sory so many ques huhu

Norsharlinda said...

Hai, dawai tak semestinya ditukar setiap kali check up. Doktor akan tengok keadaan gigi tu, bila dah mula gerak, dawai akan semakin besar. Masa peringkat awal, dawai halus dulu digunakan. Cuma getah warna-warni tu yang akan ditukar setiap bulan. Dawai saya tak pernah tercabut.

Norsharlinda said...

Setiap orang tu keadaan gigi lain-lain. Dan berapa lama masa diambil untuk pasang braces tu pun doktor lain-lain kan yang pasang. Jadi, setiap doktor tu berbeza. Saya pun pernah pergi check up dan doktor cuma tukar getah warna je. Sebab keadaan gigi kita tu blm sedia untuk apa2 perubahan dulu. Kena perlahan-lahan. Ada masa bila doktor tengok gigi dah okay, doktor tukar dawai supaya gigi jadi lebih tersusun. Saya pun bila check up kedua baru doktor ajar pakai rubber band sume, ikut peringkat. Don't worry, doktor memang tau apa yang dia buat. Setiap orang memang lain pengalamannye.

Norsharlinda said...

Saya mula pakai elastic band selepas check up yang kedua. Semakin lama, kepanjangan elastic band semakin kurang sebab jarak di antara gigi semakin dekat.

Fatin said...

Excuse me. Kan i ask something. If kena cabut gigi depan 2 batang, gigi tu akan tumbuh balik tak? Sekadar bertanya :DD

Norsharlinda said...

Oh ye ke, sorry tak perasan. Gigi tak tumbuh balik sebab bila dah besar yang ada cuma gigi kekal. Doktor kalau ada cabut gigi untuk pakai braces, dia kakan cabut geraham. Dia takkan kacau gigi kacip and taring. Tapi jangan risau, gap tu nanti akan tertutup. Dengan penggunaan elastic band dan pantauan dari doktor.

angie dk said...

Hi, bleh tak kongsi gambar awk yg skg tanpa pakai braces.hehe.yg awk share tu gmbr gigi je.cam semangat dah ni nak g jumpa doktor..nampak sgt perbezaan sebelum dan selepas tu...hati pun senang kan sebab senyuman dan menarik:)

Norsharlinda said...

Hai..gambar sekarang ade je kat profile tu hehe. Tu la banyak perbezaannye. Tapi kena rajin gosok gigi ye. Jaga kebersihan gigi dan mulut ;)

Anonymous said...

Erm berapa ribu agak agak you habis for wearing braces ? Dari first treatment sampai dh cabut.

Norsharlinda said...

lebih kurang 5k lebih jugak la. Kalau takde cabut gigi kurang lagi la kos nye.

Maria Makdalena Sitompul said...

just wondering, akak pakai since umur berapa? i'm thinking of getting a braces :)

SITI NADIA said...

Hai. Nk tya awk buat braces kt mna anonymous?

Norsharlinda said...

maria : saya pakai mase umur 23 tahun. pakai selama setahun setengah. ;)

Norsharlinda said...

siti nadia : saya buat dekat klinik gigi haslinda, kulai, johor

Anonymous said...

Salam sis nak tanya kalau ada gigi kt bhgn atas ada satu dua batang yg terkedepan tu kena cabut gigi jugak ke? Bukan berlapis la, cuma kedepan sikit drpd gigi2 yg lain.mohon pencerahan sikit. Hehe tq

Norsharlinda said...

wasalam..itu bergantung kepada tindakan dan pemerhatian doktor tu lah. Kalau gigi tu still okay walau tak dicabut, mungkin takde nak cabut gigi. Tapi kalau gigi tu ke depan dan perlukan ruang untuk gigi bergerak ke belakang, mungkin kena cabut gigi. Apa-apa pun doktor lebih tahu apa yang dia kena buat, dan dia akan bagitau sama ada nak cabut atau tidak. Tapi kalau kena cabut sekalipun, tak sakit la sebab doktor bius ;)

Anonymous said...

time kasih byk.. memang bagus lah catatan pemakaian braces adik nih.. memang byk membantu.

akk ni umur dh 31.. tp baru rasa betul2 tertarik nk pakai braces.. sebab nmpk kawan yg berjaya dpt gigi cantik lepas pakai..

tahniah jugak sebab berjaya dpt gigi yg cantik.. memang jeles.. macam x percaya.. cantik sgt..

Anonymous said...

Saya buat d bangsar,hanya 3500

Norsharlinda said...

thank you kak! alhamdulillah. Sakit tu memang la sakit tapi bila dapat gigi yang cantik tersusun tu jadi rasa berbaloi.

Oh ye ke? harga memang beza2 kan.

Zal Rare said...

hi akk saye baru je pakai braces ni .. tpi ade rase sakit la lpas beberapa jam pakai knape erk ? berapa lama pulak baru hilang rasa sakit ni ?

Norsharlinda said...

hai dik..biaselah,baru-baru pakai memang ade rasa sakit. Insyallah bila gigi dah tersusun sikit-sikit rasa sakit tu akan hilang. Rasa sakit tu sebab gigi masih tak tersusun dan bracket and wire masih lagi bengkang-bengkok. Dalam seminggu akan beransur hilang..lepas check up biasenye sakit tu dtg balik. tapi akan beransur hilang.

Nur Asyiqin said...

Salam, hai sis. Nak tanye. Kwn saya pakai braces bhg atas shj dan after bukak braces, dia maseh pakai lg besi di bhg blkg gigi dia n dia kate besi tu kne pakai seumur hidup.betul ke? Itu retainer ke sis? Sis pulak kne pakai brp lame ye retainer tu dan bgaimane rupenye? Maaf bertanya.

Norsharlinda said...

wasalam, setahu akak, retainer ada 2 jenis, yang macam besi straight je dekat depan gigi dan yang lutsinar macam plastik. Yang jenis plastik tu dia memang betul2 ikut bentuk gigi kita. Nanti google je retainer braces, mesti akan nampak bentuk retainer macam mane. Masa baru bukak, akak kena pakai retainer setiap masa kecuali masa makan dan berus gigi, selepas 6 bulan, doktor suruh pakai malam sahaja. Nanti bulan 12 ni akan ada check up lagi, tengok macam mane pulak arahan doktor hehe.

Anonymous said...

slm nk tny cket..ade x dental kat JB ni yg bole buat Braces kt blkng gigi tuea..sy nk pki braces tapi kalau bole xnak org taw sy pakai hehee

Norsharlinda said...

wasalam, saya tak tahu kat mana ade sebab kebanyakan dental buat yang metal sebab tu paling murah. Kalau pakai kat belakang tu paling mahal tau 8-10k kalau tak salah la. Apa kata awak google lepas tu ambik no telefon dental tu dan cuba tanya.

Asha Official said...

assalamualaikum , kak boleh terangkan pasal scalling

Asha Official said...

assalammualaikum kak , nak tanya berape cost untuk pemasangan hawley retainer sahaja .

Vamp SyaQ Em said...

Salam. Kak. braces akak buat ni sumernyer brapa?

Norsharlinda said...

asha official ; Wasalam. tentang scaling tu, lebih baik awak tanye dgn dentist untuk penerangan yang lebih tepat dan jelas. Sebab yang akak tahu scaling tu die bersihkan gigi je.

vamp : wasalam, untuk braces sahaja harga die 4.5k. Tapi biasa kos akan lebih lagi lah sebab sebelum pakai braces ade kena x-ray dgn buat acuan gigi. Tu je dah kena rm300. Kalau ade kena cabut tambah lagi kos.

nur dayana said...

Salam..kos yg di kenakan utk cabut braces berapa yea?

Anonymous said...

As salsm akak..alhamdulillah kak..hebat betul transformasi gigi akak.. Cantik sgt3 serius..saya umur 19 bru pakai braces 2 minggu lepas..saya betul2 terpesona dgn perubahan gigi akak..mcm xcaye je..hopefully saya dpt gigi yg cantik mcm akk jugak..saya selAlu sgt kena perli dan ejek dgn classmate sbb ada masalah gigi jongang..saya sedih kak..tapi lepas jumpa blog akk ni..huhu saya happy.. Saya rasa mcm ada harapan :') saya harap gigi saya dah x jongang..

Norsharlinda said...

nur dayana : kalau cabut braces tu dah masuk dengan harga braces sekali. Yang kena tambah byrn tu kalau cabut gigi.

Norsharlinda said...

wasalam dik..alhamdulillah. Insyallah teruskan bersabar ye. Nanti gigi dah cantik tayang kat dorang eh hehe. Insyallah pakai braces gigi boleh cantik, janji rajin gosok gigi dan kumur dengan mouthwash. Lepas tu, ikut nasihat doktor dan pergi check up setiap bulan.

dyana said...

Salam..akk..sy nk tnye, gigi sy penuh je..xde berlapis pon..cuma gg dpn ni senget ckit..agak2 akk kena cabut gigi ke tak? Tak nak gongak nty.. :(

Norsharlinda said...

dyana : wasalam dik. Kalau gigi rata je rase tak kena cabut. Nanti doktor terus pasang braces je.

Anonymous said...

Salam akk. Nk tnye boleh. Lepas kte pakai retainer kte masih perlu jmpe dentist setiap bulan utk apa ye? Dia akan ketatkan retainer kte ke?

Norsharlinda said...

wasalam. Lepas dah bukak braces, doktor akan suruh dtg selepas sebulan. Lepas tu selepas enam bulan. Kemudian selepas enam bulan lagi. Lepas ni akak kena pergi selepas setahun. Tujuan doktor tu suruh datang adalah untuk dia periksa gigi kita samada ada berlaku gigi bergerak atau ade karies, gigi rosak dan sebagainye. Senang kata, doktor nak pastikan gigi kita kekal sihat dan tersusun cantik. Jadi, kena konsisten ye pakai retainer sebab kalau kite jarang pakai retainer nanti doktor tau sebab gigi kite senang gerak hehe.

Ali Lali said...

Slm, tumpang tya. Kalau gigi taring xda n gigi dpan jarang bleh pkai braces ke? kna tanam gigi taring palsu dulu baru pkai braces ke mcm mn? Malu la gigi ni

Norsharlinda said...

ali : wasalam..untuk itu, saya rasa baik bincang dengan dentist macam mane sebab sy tak tahu hehe. sorry ye.

Sis iiEyQA said...

salam sis .. saya bru pkai braces 3hari .. nak tau la bpe lame amek mase nak nampk kepuasan tu ..means.. pergerakan gg tu mgmbil masa brpe lama nk rata ?? n .. bole makan piza x after 1week ni ke.. hahahaa nafsu mkn mmbuak tpi apekan daya kne mkn bbur je..hahaah

Norsharlinda said...

wasalam..Bergantung pada individu untuk gigi tu rata. Ade yang jenis gusi keras tu lambat la sikit kan gigi nak rata. Masa sis dulu ambil masa 3-4 bulan jugak baru ada confident nak senyum nampak gigi, sebelum ni senyum memang tak tunjuk gigi sebab gigi tak tersusun. hehe. Selepas seminggu tu try makan rasa selesa tak, rasa sakit tak, kalau dah tak sakit tu boleh makan dah hehe. Kalau masih sakit, hold dulu sebab mesti tak tahan sakit kan. Ikut keselesaan lah. Lama-lama boleh makan macam biase dah.

ella said...

Nk buat laahh, klinik tu selang bpe kedai je dr tempt keje saye, huhuhu

Norsharlinda said...

hehe, sila lah buat. Nanti makin lama makin mahal pulak kan. Ni pun dah naik rm200 berbanding harga dulu.

nurul hidayah nasir said...

akak, sy dah 25, sempat lg ke klu nk buat braces? heee.

Sharlinda Md Idris said...

nurul hidayah : sempat lagi la dik. Sebab mase akak buat tu ade akak 30 an pun pakai braces jugak tau.

Dila Gebu said...

huhuhuhu, nampak macam meyakinkan
TIPS KULIT CANTIK

Athirah Khider said...

Hi awak. Awal bulan Mei ni, saya pakai braces. Cabut gigi, pasang separator semuanya dah buat. Just tunggu nakpakai braces je nanti. Cuma boleh saya tahu mcm mana awak bersihkan gigi awak sampai putih. Seriously tengok colour gigi awak sebelum dan selepas pakai braces, memang berbeza. Awak bersihkan guna apa ya ? Hope awak boleh kongsi. Sebab saya pasang braces kat kerajaan, suddenly dentist tu cakap "Kalau gigi awak tak bersih, nanti awak kena postpone pakai braces". Padahal dah cuci gigi dah. Maybe colour gigi saya kot. Hope awak boleh tolong dan reply sebab hampir 6 tahun saya tunggu pakai braces :'( Huhu

Norsharlinda Md Idris said...

athirah : Hai..lamanye kena tunggu nak pakai braces hehe. Untuk gigi saya tu, saya rasa masa pakai braces saya rajin gosok gigi terutamanya pagi dan malam sebelum tidur. Gosok pun lama sebab nak kasi bersih celah-celah bracket semua. Lagi satu, bila mula pakai braces, saya mula gunakan mouthwash colgate plax. Tu mungkin salah satu sebab gigi bersih. Kumur lama sikit lepas gosok gigi. Insyallah gigi putih dan bersih. Tapi memang ada orang jenis gigi takleh putih sangat, tu salah satu dari warisan genetik jugak. Do your best and good luck!

Athirah Khider said...

Ohh okay awak. Terima kasih tau sebab wish good luck, kongsi cara penjagaan gigi dan bagi info :) Tak tahu pulak, yg colour gigi pun ada kaitan dgn genetik. Hehe. Saya pakai braces dekat kerajaan, tu yg kena tunggu lama. Gigi saya pun sama mcm gigi awak tau, hehe

Norsharlinda Md Idris said...

Okay..sama-sama. Mula-mula pakai tu memang sakit, tapi sabar ye nanti lama-lama sakit tu akan beransur hilang.

nurul huda said...

Hai norsharlinda...saya dalam proses nak pakai braces..doktor cakap saya kena cabut 4 batang gigi selepas gigi taring..gigi geraham ke? Btw doktor ckp kalau tak nak cabut pun xpe..tpi nanti gigi saya akan ke depan sikit..saya x faham yg le depan tu..adakah jongang??

Norsharlinda Md Idris said...

nurul huda : Haah tu gigi geraham kecil. Saya pun cabut gigi tu jugak. Haah gigi nanti jongang sikit. Kalau cabut, gigi lain dapat ditarik ke belakang sikit so gigi tersusun cantik dan rahang pun cantik. Untuk senyum pun nanti awak lebih selesa dan lebih cantik.

nurul huda said...

Thanks for info..so better saya kena cabut la ye..thanks sis ;)

Norsharlinda Md Idris said...

Haah better cabut je gigi. Lagipun doktor yang sarankan kan. Ur welcome.

alis raifana said...

hai norsharlinda.. kalau cabut gigi berapa lama ambil masa space dia nk rapat balik ? 😂😂😂

alis raifana said...

hai norsharlinda.. kalau cabut gigi berapa lama ambil masa space dia nk rapat balik ? 😂😂😂

Norsharlinda Md Idris said...

hai..Kalau ada cabut dalam 6 bulan dia dah nampak rapat tapi still ada space kecil je. Kalau sengih tak berapa nampak pun masa ni. Janji lepas pakai braces tu kena rajin tukar elastic band. InsyAllah lama2 gigi rapat. Untuk betul2 rapat ambil masa lama setahun lebih.

NurNabilah Zhamriee said...

Hai nak tnya, after u cabut gigi tu, berapa lama u tunggu untuk pasang braces eh? Seminggu ke dua minggu ke? Thanks :)

Norsharlinda Md Idris said...

Hai..saya cabut gigi dua kali. Pertama sekali cabut gigi belah kanan. Lepas tu beza seminggu datang lagi klinik untuk cabut belah kiri pulak. Lepas seminggu datang lagi untuk pasang braces pulak. Doktor nak tunggu tempat cabut gigi sembuh dulu baru pasang braces.

Jurainih Unsang said...

Assalam sis...kesan pemasangan brasec ni boleh lihat (perubahan kedudukan gigi) seawal brp bulan?

Jurainih Unsang said...

Assalam sis...kesan pemasangan brasec ni boleh lihat (perubahan kedudukan gigi) seawal brp bulan?

Norsharlinda Md Idris said...

Wasalam. Kesan die bergantung jugak kepada kekerasan gusi individu dan juga cara pemakanan kita. Macam saya ni 3 bulan jugak la baru nampak okay tapi still ada gap dekat ruang gigi yang dicabut.

Yellowishskin said...

Assalammualaikum akak, saya baca kat ruangan komen .akak pakai setahun setengah ya? Saya ni doktor kata dh boleh cabut braces ..gigi mmang dh tertarik and Alhamdulillah dh tersusun .tapi, kawan kakak and sepupu and ramai lagi org yg saya tanya mostly yg bukak braces gigi diorng jadi seperti asal balik? Jadi saya risau la... patut bukak atau tak.. boleh beri pendapat tak?

Norsharlinda Md Idris said...

wasalam..kebanyakan gigi jadi macam asal sebab tak jaga dan tak pakai retainer macam yang doktor syorkan. Buka braces tu boleh jangn takut ye. Tapi lepas buka kena konsisten pakai retainer, baru gigi kekal tersusun.

Nurul wafiy said...

Kalau gigi jongang bawah pakai braces boleh ke elok?

lina ekin said...

assalamualaikum..sy ad msalah gigi jarang n gigi bwh jongang..tp x la teruk sgt jongang tu..sy dgr kalu msalah gigi jongang kna buat surgery..btol ke? kalu kos die mcmana plak..mahal lg ke? n kalu msalah gigi mcm sy bpe lma tempoh msa nk pkai..harap sis dpt membantu jwb kemusykilan sy..ok tq

lina ekin said...

assalamualaikum..sy ad msalah gigi jarang n gigi bwh jongang..tp x la teruk sgt jongang tu..sy dgr kalu msalah gigi jongang kna buat surgery..btol ke? kalu kos die mcmana plak..mahal lg ke? n kalu msalah gigi mcm sy bpe lma tempoh msa nk pkai..harap sis dpt membantu jwb kemusykilan sy..ok tq

Norsharlinda Md Idris said...

nurul : saya nasihatkan jumpa doktor dulu. Biasanya kalau jongang bawah kena buat surgery. Untuk betulkan rahang. Dan pastinya kos lebih tinggi lah.

Unknown said...

sy umur 31..kali ke dua pakai braces..kali ni dgn swasta..sbb pkai smula..gigi makan hari bergerak pd kdudukan asal..
first pkai braces..rwtn dgn gov tanpa cabutan..smpai hr ni xtau apa sbb dokto gov xcabut gg..sbb dokto btukar..ssah nk buka kes..
still trauma n bfikir gg akn bgerak lg ke?

Azizah Ismail said...

sy umur 31..kali ke dua pakai braces..kali ni dgn swasta..sbb pkai smula..gigi makan hari bergerak pd kdudukan asal..
first pkai braces..rwtn dgn gov tanpa cabutan..smpai hr ni xtau apa sbb dokto gov xcabut gg..sbb dokto btukar..ssah nk buka kes..
still trauma n bfikir gg akn bgerak lg ke?

Yellowishskin said...

Reply untuk azizah ismail, masa awak first time pkai kat gov tu, gigi tk cabut ya? Jadi, gigi awak ada ruang tak? Maksudnya ,ada lubang tak? Biasanya, gigi jadi ke asal sebab cabut braces masa gigi belum lagi rapat sepenuhnya ataupun tak pakai retainer secara kerap. Dan juga, doktor saya kata kalau gigi jarang ada kemungkina hampir 100% gigi akan jadi balik. Kalau gigi jongang dia kata kemungkinan akan okay lah dengan syarat pakai retainer.

biruawan said...

akak boleh bagi nombor telefon doktor yang merawat akak x

biruawan said...

akak boleh bagi nombor telefon doktor yang merawat akak x

Norsharlinda Md Idris said...

Aiah ismail : Memang selepas buka braces, gigi mudah gerak semula kalau kita tak pakai retainer ikut saranan doktor. Saya sarankan lepas buka braces kali kedua nanti, pakai retainer dengan kerap selepas 6 bulan buka braces. Buka retainer pun masa makan dan gosok gigi sahaja. Lepas tu tengok keadaan gigi, kalau okay, pakai retainer adalah wajib semasa tidur.

Norsharlinda Md Idris said...

Biruawan : akak takda no telefon doktor. Ada no klinik je. 07-6623435

Yellowishskin said...

Akak syaa pakai retainer samal cm tu tp doktor kata pakai malam je seumur hiduo sebab gigi sentiasa bergerak kan. Jadi, apa pendapat akak pakai retainer tu malam je yelah sebab retainer tu mudah pecahkan? huhu berkesan ke malam sahaja. Akak pakai retainer berapa tahun? Pernah pecah tak?

amira nazri said...

start pakai retainer tu besok buang braces or, dlm 2,3 minggu buang braces?

Norhasimah Nora said...

Asalamualaikum.gigi saya sama sangat macam dalam gambar tu.

Norhasimah Nora said...

Saya disering ejek kat orang lain Mengatakan gigi saya jongang macam halimah jongang.saya menangis.sakit tk?

Norhasimah Nora said...

Gigi saya sejak lahir macam tu.tapi saya pernah gigit orang.bila dia orang ejek gigi saya

Norhasimah Nora said...

Gigi saya sejak lahir macam tu.tapi saya pernah gigit orang.bila dia orang ejek gigi saya

iman aqilah said...

macam mana kita nak tahu bila kita boleh buka braces?? coz saya rasa gigi saya da teratur da tapi setiap kali appointment doktor diam je then tukar getah.saya da pakai dalam 6 bulan lebih

iman aqilah said...

macam mana saya nak tahu braces dibuka? coz doktor pun diam je time jumpa then terus tukar getah. saya pakai dalam 6 bulan camtu

Unknown said...

yellowishskin : retainer jenis plastik ni akak pakai setiap masa kecuali makan dan gosok gigi selama 6 bulan. Lepas tu baru pakai malam sahaja. Tu doktor yang sarankan. Sampai sekarang memang pakai setiap malam masa tidur sebab gigi sedikit sebyk mmg akan gerak jugak. Sayang dekat gigi tak nak pakai braces lagi. Setakat ni retainer ni memang berkesan. Dah pakai dalam 3 tahun sejak buka braces. Kalau pecah bleh tempah baru dekat dentist. Kalau jaga elok insyAllah retainer tahan lama.

Unknown said...

amira Lepas buka braces terus pakai retainer.

Unknown said...

norhasimah : Memang akan sakit masa awal-awal pakai braces tapi lama-lama akan jadi selesa dan sayang nak buka braces tu pulak. Biarkan jelah rg yang ejek tu, takkan ke mana2, jangan sedih dan mve on je.

Unknown said...

iman aqilah : Kena tanya dktor tu bila pergi check up, bila boleh buka braces. Maybe gigi dah cantik tapi doktor ada benda yang dia nak perbetulkan lagi. Apa-apa pun tanya doktor ye.

Anonymous said...

Salam awak ,..sy nk tye,..gigi bahagian atas tu brp kene cabut ye?? sbb sy pn ade sedikit...jongang tp doc. Xde cabot gigi

Norsharlinda Md Idris said...

Wasalam..gigi atas kena cabut dua batang. Doktor cabut untuk bagi ruang gigi gerak.

Unknown said...

Akk nak tnye. .brpe kos akk buat braces n cabut gigi

Nor Hazilah said...

Akk nak tnye. .brpe kos akk buat braces n cabut gigi

Sharlin said...

Kos braces shj rm4500. Cabut gigi rm60 untuk sebatang gigi.

Sharlin said...

Kos braces shj rm4500. Cabut gigi rm60 untuk sebatang gigi.

Cik Tasha said...

assalamualaikum awak..sy bru pakai braces 2 bulan..sy perasan gigi sy kuning sgt lpas pakai braces ni..kenapa ehh??padahal sllu gosok gigi setiap kli lps mkn

Nori Hafiza said...

Hai nk tye. Braces nie mmg kne pkai dua2 bhgian gigi ats dn bawah ke?if gigi ats yg poblem, yg bawah kne pkai jgk ke sis?

Nori Hafiza said...

Hai nk tye. Braces nie mmg kne pkai dua2 bhgian gigi ats dn bawah ke?if gigi ats yg poblem, yg bawah kne pkai jgk ke sis?

Sharlin said...

Tasha : Hehe tak pasti pulak kenapa jadi kuning tiba2 ek. Takpelah yg penting gosok je gigi.

Nori : Boleh kalau nak pakai atas je. Atau bawah sahaja. Kos pun separuh je dari harga asal.

Rubi Hani said...

salam. nak tny pakai berus gigi otrho ke @ y biasa punya.
ada baca y awk gn darlie lime nn colgate plax. jd skrg ni tgh guna brg tu2 tu nk dptkan gigi putih.
tkasih sbb share info.
Akak skrg pon br pasang braces semalam. Excited rs tgk gigi

Guevara Evo said...

Wasalam. Sy pakai yg ortho tu. Setiap kali check up braces memang beli satu. Sama sama semoga dapat gigi yang cantik hehe

Guevara Evo said...

Wasalam. Sy pakai yg ortho tu. Setiap kali check up braces memang beli satu. Sama sama semoga dapat gigi yang cantik hehe

iman aqilah said...

salam macam mana nak tahu bila boleh buka braces? perlu ke kita tanya doc or biar sampai doc bagitahu ? thanks

Guevara Evo said...

Wasalam..boleh je kalau nak tanya doktor. Tapi biasa doktor akan beritahu gigi dah elok jadi dah boleh buka braces.

Guevara Evo said...

Wasalam..boleh je kalau nak tanya doktor. Tapi biasa doktor akan beritahu gigi dah elok jadi dah boleh buka braces.

Guevara Evo said...

Wasalam..boleh je kalau nak tanya doktor. Tapi biasa doktor akan beritahu gigi dah elok jadi dah boleh buka braces.

Mrs. Atikah said...

Salam nak tanye , berapa lame nak makan mcam biase ye .. Sye bru 1 week pakai braces. Nak mkn gigi bawah atas berlaga2 .. Seksanye nak mkn .. Mkn bubur je

Amirah Hisyam said...

Sama lah kite T.T

Guevara Evo said...

Wasalam..masa sis dulu 2 minggu minum nestum je. Memang seksa pada awalnya sabar je lah. Lama lama nanti boleh makan apa yang kita nak hehe

rayyan aiqal said...

Brapa kos buat semua tu sis..ceciter detaild sikit

rayyan aiqal said...

Ada tak braces warna putih mcm wsrna gigi..so tak la nampak besi tu sangat..

Anonymous said...

Assalam..nak tnye lepas cabut gigi tu ada bengkak tak? Sye baru lepas cabut gigi 2 barang lepastu bengkak n ada nanah sikit, tapi dr dah bersihkan.. nak tnya macamne nak kasi gusi cepat hilang bengkak ye?

Guevara Evo said...

Wasalam. Masa saya cabut takda bengkak. Okay je. Kalau nak redakan gusi bengkak kena rajin kumur dengan listerine atau air garam. Byk makan sayur dan buah untuk vitamin.

Mohd Zahril said...

Salam. Awk sy nk tye ni

Unknown said...

Kenapa gigi saya jadi senget balik iye, pastu gigi belakang senget juga pastu rasa sakit sgt lepas setahun buka braces

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers