Wednesday, 18 March 2015

Persiapan Pertunangan

Assalamualaikum.

Since lama tak update blog ni, nak tanya apa khabar dekat semua. Harap sihat-sihat semuanya ye. Tujuan utama nak update blog ni ialah encik suami dah sibuk tanya kenapa tak update blog, dah lama tak update hehe. Baiklah hari ni nak share sedikit tips dengan korang untuk persiapan pertunangan. So, siapa-siapa yang nak bertunang tu bolehlah rujuk kat sini. Harap dapat membantu. Ni persiapan diri sendiri, tak tahu lah kalau orang lain tu, lainlah persiapannya. Ni kira share pengalaman sendiri lah. Okay, jom..


1. Berbincang dengan pasangan.

Ni situasi kalau korang dah ade boyfriend/girlfriend. Kalau pilihan keluarga biasa keluarga yang arrange kan semua. Bincang lah dah sedia ke nak tunang, tentukan tarikh, tentukan masa, lepas tu nak buat kat mana (biasanya buat dekat rumah belah perempuan). Boleh juga bincang sekali untuk mas kahwin dan wang hantaran.


2. Berbincang dengan parents/penjaga masing-masing.

Bila dah dapat kata sepakat dengan pasangan, boleh lah suarakan hasrat korang tu dengan parents/penjaga masing-masing. Beritahu lah segala yang korang dah rancang dengan pasangan sebelum ni. Kalau semua dah dapat kata sepakat tu, bolehlah terus rancang untuk adakan majlis pertunangan pulak.


3. Persetujuan antara parents/penjaga pihak lelaki dan perempuan.

Ni kira kita panggil MERISIK lah kan. Biasanya, parents/penjaga pihak lelaki akan jumpa pihak perempuan. Atau boleh jugak call. Aku dulu mama suami call je mak aku hehe sebab jauh. Merisik dalam phone je. Masa bertunang baru datang rumah. Masa ni lah dorang akan tanya perempuan ni dah berpunya ke belum, dapatkan kata putus untuk tarikh, masa, tempat, mas kahwin, hantaran dan sebagainya.



4. Katering / Masakan.

Ni paling penting ni. MAKAN!! haha. Kalau buat majlis ni tak kira majlis apa-apa pun mesti ada makanan dan minuman yang perlu disajikan pada tetamu. Lagi pula majlis pertunangan. Yang penting tempah lah ikut kemampuan sendiri. Tanya la rombongan pengantin lelaki nak datang berapa ramai. Senang sikit nak budget kan. Biase tak ramai sangat sebab kalau majlis pertunangan ni yang datang saudara dekat, kenalan terdekat, jiran tetangga dengan rombongan pihak lelaki je. Antara menu yang sesuai ialah nasi ayam, nasi putih + lauk pauk dan macam-macam nasi lagi yang korang boleh pilih. Kalau boleh sediakan la pencuci mulut. Paling tidak pun buah-buahan potong. Kalau ada kuih-muih lagi best! Masa aku budget orang 100 orang je.


5. Canopy / Kerusi meja.

Kalau rasa kawasan dalam rumah sempit, boleh lah pertimbangkan untuk sewa canopy dan kerusi meja. Kalau dah ada garaj rasa dah tak payah sewa canopy, sewa kerusi meja je untuk tetamu duduk semasa makan. Macam aku dulu, garaj dah ada cukup besar untuk letak 4 meja makan panjang. So dah tak payah sewa canopy.


6. Barang Hantaran.

Okaylah, kalau tentang barang hantaran ni, banyak pemahaman ye. Ada yang nak sireh junjung dengan cincin je, dah cukup. Ada yang nak 5 dulang berbalas 7 dulang. Ni semua ikut lah diri sendiri ye sebab ada yang nak simple, ada yang nak ade banyak barang. Janji dua-dua pihak setuju dengan pilihan nak buat macam mana, tu lah yang korang buat. Macam aku dulu, buat 5 dulan berbalas 7. Dari pihak perempuan ada sireh junjung, kemeja+seluar, kek, cupcake, buah-buahan, coklat dan potpouri. Dari pihak lelaki pula ada sireh junjung, baju kurung, kek, handbag dan telekung. Okay handbag aku tak expect langsung sebab tu pemberian dari mama hehe. Alhamdulillah. So, masa nikah hari tu takde handbag dah sebab masa tunang dah ada. Cincin sebentuk jangan lupa sebagai tanda. Masa aku dulu mintak sebentuk cincin je. Malas banyak-banyak, nanti nikah ade cincin lagi. Cukuplah 2 je ;) Barang kemas ni suka hati pilih. Boleh juga buat gelang. Depends..


7. Baju Tunang.

Biasanya masa tunang ni orang pakai simple je. Pakai baju biasa-biasa pastu tudung dengan tudung halfmoon buat veil (aku le tuu hehe). Masa aku tunang beli kain ela dengan kain lace. Lepas tu tempah. Tudung beli sendiri pastu halfmoon mintak dengan anty su. Haa mekap pun tak panggil mak andam. Anty su mekapkan lagipun nak simple je. Senang kata, untuk tunang ni orang buat simple2 je.


8. Pelamin Mini.

Haa ni pun depends la jugak Kalau nak buat, ada bajet lebih boleh je. Kalau tak nak pun takpe. Masa aku tunang ada pelamin mini tapi request yang simple je. Aku request white lepas tu ada bunga-bunga sikit. Dah. Kalau ada family yang nak buatkan pelamin lagi bagus, Jimat sikit kan.


9. Photographer / Videographer

Ini pun depends jugak nak panggil yang profesional tau ada family member pun lagi bagus. Jimat hehe. Senang kata kalau nak tunang ni kalau boleh kita had kan perbelanjaan hehe sebab nanti kahwin nak pakai banyak duit. Lantik sorang ahli keluarga untuk jadi photographer, pastu sorang untuk jadi videographer. Settle.


Sekiann..So far ni je lah kot. Nanti kalau ada apa-apa akan di update dari semasa ke semasa InsyALLAH. Ni sedikit gambar semasa majlis tunang aku.










15 comments:

Nisha Nasha said...

kira tunang ada hantaran jugak? ke tunang niyh sekali dengan nikah?

Norsharlinda Md Idris said...

Hantaran saya tu barang hantaran. Bukan duit. Ni saya tunang saja nikah lain.

Nur Shaza said...

Tahniah2.. pe yg aku faham tunang ni pihak laki cuma sedia hantaran, cincin, dan sedia kan diri. Tu jeh.. nak nikah tu nanti bru bnyk kje ny bagi dua belah pihak.

Nur Shaza said...

Tahniah2.. pe yg aku faham tunang ni pihak laki cuma sedia hantaran, cincin, dan sedia kan diri. Tu jeh.. nak nikah tu nanti bru bnyk kje ny bagi dua belah pihak.

Faiznur Izzati said...

Sis . Nak tnya , bajet tunang selalu nyaa brpaa ? :D

Sharlin said...

Bajet tu depends la. Biasenya dlm 2k. Kalau lagi kecil jemputan kita lagi kurg kos.

Sharlin said...

Bajet tu depends la. Biasenya dlm 2k. Kalau lagi kecil jemputan kita lagi kurg kos.

cerita cintaku yang penuh dugaan said...

Sis nk tnya hntran nie dhntr brapa kali ? Wktu tunang sja,wktu nikah atau 22 skali ?

Guevara Evo said...

Hantaran ni bergantung pada pengantin tu. Kalau nak tunang sahaja pun boleh. Nikah sahaja pun boleh. Nak dua2 pun boleh. Tak payah langsung pun boleh. Ni tambahan je.

Guevara Evo said...

Hantaran ni bergantung pada pengantin tu. Kalau nak tunang sahaja pun boleh. Nikah sahaja pun boleh. Nak dua2 pun boleh. Tak payah langsung pun boleh. Ni tambahan je.

jue lia said...

sorry nk ty..klau merisik bt skli ngn tunang bole x eh?? huhuhu

Guevara Evo said...

Boleh je. Tu semua ikut kita. Yang penting bincang dulu dengan pasangan dan keluarga.

Guevara Evo said...

Boleh je. Tu semua ikut kita. Yang penting bincang dulu dengan pasangan dan keluarga.

muhdevori said...

Assalam
Macam mana nak tau diri dah sedia ke belum😅

Guevara Evo said...

Wasalam..plan the best and Allah will do the rest

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers