CARIAN PILIHAN


Wednesday 18 March 2015

Persiapan Pertunangan, Engagement Preparation




Assalamualaikum.

Since dah lama tak update blog ni, nak tanya apa khabar dekat semua. Harap sihat-sihat semuanya ye. Tujuan utama nak update blog ni ialah encik suami dah sibuk tanya kenapa tak update blog, dah lama tak update hehe. Baiklah hari ni nak share sedikit tips persiapan tunang dengan korang untuk persediaan tunang saya. So, siapa-siapa yang nak bertunang tu bolehlah rujuk kat sini. Harap dapat membantu la ye. Ni persiapan diri sendiri untuk majlis pertunangan simple, simple pon tak simple sangatla, tak tahu lah kalau orang lain tu, lainlah persiapannya. Ni kira share pengalaman sendiri lah. Okay, jom..

Persediaan Tunang

1. Berbincang dengan pasangan.

Ni situasi kalau korang dah ade boyfriend/girlfriend. Kalau pilihan keluarga biasa keluarga yang arrange kan semua. Bincang lah dah sedia ke nak tunang, tentukan tarikh, tentukan masa, lepas tu nak buat kat mana (biasanya buat dekat rumah belah perempuan). Boleh juga bincang sekali untuk mas kahwin dan wang hantaran.


2. Berbincang dengan parents/penjaga masing-masing.

Bila dah dapat kata sepakat dengan pasangan, boleh lah suarakan hasrat korang tu dengan parents/penjaga masing-masing. Beritahu lah segala yang korang dah rancang dengan pasangan sebelum ni. Kalau semua dah dapat kata sepakat tu, bolehlah terus rancang untuk adakan persiapan majlis pertunangan pulak.


3. Persetujuan antara parents/penjaga pihak lelaki dan perempuan.

Ni kira kita panggil MERISIK lah kan. Biasanya, parents/penjaga pihak lelaki akan jumpa pihak perempuan. Atau boleh jugak telefon aka call je. Aku dulu mama suami call je mak aku hehe sebab jauh. Merisik dalam phone je. Masa bertunang baru datang rumah. Masa ni lah dorang akan tanya perempuan ni dah berpunya ke belum, dapatkan kata putus untuk tarikh, masa, tempat, mas kahwin, hantaran dan sebagainya.





4. Katering / Masakan.

Ni paling penting ni. MAKAN!! haha. Kalau buat majlis tunang simple pon bende ni tak kira majlis apa-apa pun mesti ada makanan dan minuman yang perlu disajikan pada tetamu. Lagi pula majlis pertunangan . Yang penting tempah lah ikut kemampuan sendiri. Tanya la rombongan pengantin lelaki nak datang berapa ramai. Senang sikit nak budget kan. Biase tak ramai sangat sebab kalau majlis pertunangan ni yang datang saudara dekat, kenalan terdekat, jiran tetangga dengan rombongan pihak lelaki je. Antara menu yang sesuai ialah nasi ayam, nasi putih + lauk pauk dan macam-macam nasi lagi yang korang boleh pilih. Kalau boleh sediakan la pencuci mulut. Paling tidak pun buah-buahan potong. Kalau ada kuih-muih lagi best! Masa aku budget orang 100 orang je.


5. Canopy / Kerusi meja.

Kalau rasa kawasan dalam rumah sempit, boleh lah pertimbangkan untuk sewa canopy dan kerusi meja. Kalau dah ada garaj rasa dah tak payah sewa canopy, sewa kerusi meja je untuk tetamu duduk semasa makan. Macam aku dulu, garaj dah ada cukup besar untuk letak 4 meja makan panjang. So dah tak payah sewa canopy.


6. Barang Hantaran.

Okaylah, kalau tentang barang hantaran ni, banyak pemahaman ye. Ada yang nak sireh junjung dengan cincin je, dah cukup. Ada yang nak 5 dulang berbalas 7 dulang. Ni semua ikut lah diri sendiri ye sebab ada yang nak simple, ada yang nak ade banyak barang. Janji dua-dua pihak setuju dengan pilihan nak buat macam mana, tu lah yang korang buat. Macam aku dulu, buat 5 dulang berbalas 7 dulang. Dari pihak perempuan ada sireh junjung, kemeja+seluar, kek, cupcake, buah-buahan, coklat dan potpouri. Dari pihak lelaki pula ada sireh junjung, baju kurung, kek, handbag dan telekung. Okay handbag aku tak expect langsung sebab tu pemberian dari mama hehe. Alhamdulillah. So, masa nikah hari tu takde handbag dah sebab masa tunang dah ada. Cincin sebentuk jangan lupa sebagai tanda. Masa aku dulu mintak sebentuk cincin je. Malas banyak-banyak, nanti nikah ade cincin lagi. Cukuplah 2 je ;) Barang kemas ni suka hati pilih. Boleh juga bagi gelang. Depends..


7. Baju Tunang.

Biasanya masa tunang ni orang pakai simple je. Pakai baju biasa-biasa je pastu tudung dengan tudung halfmoon buat veil (aku le tuu hehe). Masa aku tunang beli kain ela dengan kain lace. Lepas tu tempah. Tudung beli sendiri pastu halfmoon mintak dengan anty su. Haa mekap pun tak panggil mak andam. Anty su mekapkan lagipun nak tunang simple je. Senang kata, untuk tunang ni orang buat simple2 je.


8. Pelamin Mini.

Haa ni pun depends la jugak Kalau nak buat, ada bajet lebih boleh je. Kalau tak nak pun takpe. Masa aku tunang ada pelamin mini tapi request pelamin yang simple je. Aku request white lepas tu ada bunga-bunga sikit. Dah. Kalau ada family yang nak buatkan pelamin lagi bagus, Jimat sikit kan.


9. Photographer / Videographer

Ini pun depends jugak nak panggil yang profesional atau ada family member pun lagi bagus. Jimat hehe. Senang kata kalau nak tunang ni kalau boleh kita had kan perbelanjaan hehe sebab nanti kahwin nak pakai banyak duit. Lantik sorang ahli keluarga untuk jadi photographer, pastu sorang untuk jadi videographer. Sekarang ni pun semua teknologi phone semua dah power-power. Senang dan jimat.


Sekiann..So far ni je lah kot. Nanti kalau ada apa-apa akan di update dari semasa ke semasa InsyALLAH. Ni sedikit gambar semasa majlis tunang aku.

barang hantaran pertunangan simple




saya dan mama




Aku , Mama dan Akak tunang




Mama, aku dan Mak




Aku dan sedara mara posing depan pelamin simple




tunang aku




Masa cincin disarungkan tunang simple











Carian Popular Ke Sini:

  • majlis pertunangan simple
  • persiapan tunangan untuk perempuan
  • persediaan tunang
  • bertunang simple
  • bajet pertunangan
  • persiapan tunang
  • gambar pertunangan