Skip to main content

Persiapan Newborn Baby

Asalamualaikum..

18 Mei 2016 lepas aku dah selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Oleh itu, serba sedikit aku dah ada ilmu tentang persiapan untuk sambut kelahiran bayi ni. Memang banyak orang share tentang persiapan masing-masing tetapi persiapan tu more to orang kaya punya persiapan. Sedangkan aku cuma biasa-biasa sahaja. So, untuk tolong orang yang budget kurang sikit ni aku pun terbuka hati untuk tulis entry ni.

InsyAllah budget bawah RM 500.00. Ni pun every month simpan RM 100.00, lepas tu dah cukup duit baru beli barang baby masa 8 bulan mengandung. Senang terus beli sekaligus.

Ni list barangnya :

1. Diaper (Newborn) - Beli sepaket dulu, nanti baru beli lagi.

2. Baju tidur - Beli lah dalam 4-5 helai yang rm10. Brand fiffy.

3. Baju siang - Beli juga dalam 4-5 helai. Campur-campur lengan panjang, lengan pendek dengan baju lubang-lubang.

4. Topi - Senang nak pakai kalau keluar hospital atau pergi klinik. Beli 2.

5. Napkin - Beli yang pack 10 helai. Kat hospital nak pakai, masa pantang pun banyak nak pakai untuk bedung baby atau alas tidur.

6. Tikar getah - Untuk salin diaper baby atau siapkan baby selepas mandi. Penting sebab newborn baby ni banyak pee dan poo (kencing dan berak).

7. Mittens - Sarung tangan dan kaki. Beli dalam 4-5 set jugak.

8. Stokin - Beli banyak sikit sebab baby kena sentiasa pakai stokin.

9. Selimut.

10. Tuala - 2 helai cukup dah.

11. Grooming set (sepit kuku, cotton buds, cotton tissue, cotton ball - ni untuk sapu ubat pusat)

12. Toiletteries (sabun mandi dan syampu - lagi bagus beli head to toe soap)

13. Baby lotion, baby oil, minyak telon dan bedak baby.

14. Besen mandi.

15. Bantal karipap, bantal peluk dan tilam. Pentingnya pakai bantal karipap ni sebab kepala baby tak mudah gerak dan baby selesa. 

Ni contoh bantal karipap.

16. Kelambu.

17. Wet tissue.

18. Spray bottle - Untuk spray semasa tukar diaper baby.

19. Barut baby.


Setakat ni, ni jelah yang penting, kalau ada lagi nanti aku update. So, good luck mommies and daddies..

Image ihsan google


Comments

Popular posts from this blog

Braces : Before And After

Asalamualaikum..

Masa 20/11/2013 hari tu, aku dah buka braces dah. Masa buka tu, doktor just check-check sikit, then dah sure nak buka, doktor buka dulu dawai atau elastic tie, lepas tu tanggalkan wire. Lepas tu tak sure pula doktor pakai apa sebab tak nampak. Yang penting ada pakai air masa nak tanggalkan bracket.

Kejap je, dah tanggal semua bracket, dalam 15-20 minit la. Bila braces tu dah takda, aku rasa lain kat mulut ni tau. Sebab dah takda braces kan, macam rasa rapat bibir dengan gigi haha. Sebelum ni kan ada bracket tu kan. Lidah ni pun mula la nak merasa gigi tu. Rasa licin je bila dah takda braces. Something different u know.
Aku pun cakap la, 'doktor rasa lain la'. Doktor senyum lepas tu dia kata 'biasalah tu, ok cepat nak ambil gambar'. Amboi doktor ni, ok ok haha.

By the way, aku ada minta doktor email kan gambar gigi aku sebelum dan selepas pakai braces. So comel omomomo betul klinik ni, efisyen betul, malam lepas buka braces tu, aku dah dapat dah emailny…

Soal Jawab Mengenai Braces

Asalamualaikum

Sejak pakai braces ni, aku dah tahu serba sedikit mengenai braces. Ada yang tanya pasal braces dekat aku. So, aku jawab dekat sini je lah ye ;)

Aku pasang braces dekat Klinik Pergigian Haslinda. Deret-deret dengan Marrybrown, Sebelah bangunan Majlis Daerah Kulai. Klinik dia dekat tingkat 2.


Mahal tak nak pakai braces?
Biasanya kos untuk pakai braces ialah 4k - 6k. Bergantung kepada jenis braces. Yang biasa orang pakai 4.5k - 5.5k je. Macam akulah, jenis metal. As far as I know, braces ni ada 4 jenis. Boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut. Masa first time datang, doktor akan buat acuan gigi kita dan soal jawab macam-macam lagilah. Tanya kenapa nak pakai braces semua kan.

Then, kena x-ray. X-ray perlu sebab takut ada gigi lagi kat dalam gusi ke dan nak tengok kedudukan tulang gigi kita. Masa first time datang ni, kena bayar RM300. Kalau kena cabut, gigi geraham RM60 untuk sebatang gigi. Aku cabut 4 batang so, total RM240. Lepas cabut, baru pasang braces, masa ni bayar RM…

Braces : The Pain

Asalamualaikum.

Kali ni nak share tentang kesakitan-kesakitan yang pernah aku alami semasa proses pemakaian braces dan selama pakai braces lah ye. 21/11/2013 ni ada appointment. Nak bukak braces dah hehe. Perasaan tak sabar dan pada masa yang sama jugak rasa sedih sebab i love braces!! kita dah makan bersama, tidur bersama, ketawa bersama, sengih bersama then dah nak kena buka, sedih sobs! Sekarang doktor dah ikat pakai dawai besi, tak payah pakai getah warna-warni lagi sebab dah tetap dah kedudukan gigi yang ni. Means, gigi dah tersusun yeay!

Ok lah, ni antara kesakitan-kesakitan yang pernah aku alami. It depends on people. Yang ni aku share aku punya experience ;)

1. Kesakitan Selepas Pasang Bracket & Wire



Nah study sikit gambar ni. Kalau ada istilah yang tak tahu yang mana satu ni? Korang rujuk gambar berlabel atas ni eh. Dah tahu kan yang mana bracket dan yang mana wire? Lepas pasang tu, memang korang akan rasa tegang dekat gigi. Sampai malam masih rasa tegang tu, sampaikan lep…