Sunday, 17 June 2012

Soal Jawab Mengenai Braces

Asalamualaikum

Sejak pakai braces ni, aku dah tahu serba sedikit mengenai braces. Ada yang tanya pasal braces dekat aku. So, aku jawab dekat sini je lah ye ;)

Aku pasang braces dekat Klinik Pergigian Haslinda. Deret-deret dengan Marrybrown, Sebelah bangunan Majlis Daerah Kulai. Klinik dia dekat tingkat 2.


Mahal tak nak pakai braces?
Biasanya kos untuk pakai braces ialah 4k - 6k. Bergantung kepada jenis braces. Yang biasa orang pakai 4.5k - 5.5k je. Macam akulah, jenis metal. As far as I know, braces ni ada 4 jenis. Boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut. Masa first time datang, doktor akan buat acuan gigi kita dan soal jawab macam-macam lagilah. Tanya kenapa nak pakai braces semua kan.

Then, kena x-ray. X-ray perlu sebab takut ada gigi lagi kat dalam gusi ke dan nak tengok kedudukan tulang gigi kita. Masa first time datang ni, kena bayar RM300. Kalau kena cabut, gigi geraham RM60 untuk sebatang gigi. Aku cabut 4 batang so, total RM240. Lepas cabut, baru pasang braces, masa ni bayar RM1500. Check-up tiap-tiap bulan RM200.

Sakit tak pakai braces?
Memang tipu kalau aku kata tak sakit. Nampak sangat aku promote suruh orang pakai braces kan? hehe. Sakit tu adalah rasa tegang kat gigi masa mula-mula pakai sebab masih bengkang-bengkok lagi susunan gigi tu. So, aksi tarik-menarik berlakulah antara gigi tu. Gigi akan rasa macam sengal-sengal sikit terutama selepas check-up. Maklumlah getah warna-warni tu masih ketat lagi. Lepas seminggu lepas check up, guarantee lupa pasal braces sebab dah rasa selesa ;)

Berapa lama nak kena pakai braces tu?
Bergantung kepada susunan gigi. Kalau tak teratur sangat tu kena pakai lamalah. Bergantung juga kepada tulang gigi anda, lembut atau keras. Kalau lembut dan senang bergerak, cepatlah gigi jadi tersusun. Biasanya, sebulan tak nampak lagi perubahan. Kalau dah 3 bulan baru nampak gigi tersusun.

Mesti kena cabut gigi ke?
Bergantung kepada susunan gigi anda. Macam aku, gigi takda ruang untuk gerak kalau tak cabut. Kalau tak cabut, gigi akan ke depan. So, aku kena cabut gigi geraham kecil (sebelah taring) untuk memberi ruang kepada pergerakan gigi. Kalau gigi korang dah okay, cuma berlapis sedikit je, tak payah cabutlah maknanya.

Dan PERINGATAN!! cabut gigi adalah tidak sakit. Diingatkan tidak sakit ye! sebab doktor akan bius, jadi tak rasa sakit masa cabut tu. Lepas dah cabut, letak kapas. Memang tak rasa apa-apa. Cuma darah memang banyak, sebab aku muda lagi, gigi tu dah tegap dah. 1 hari juga lah, baru darah berhenti.

Tiap-tiap bulan kena check up ke?
YES! tiap-tiap bulan kena pergi check up. Setiap bulan memang kena buat appointment untuk jumpa dengan dentist anda. Setiap bulan, doktor akan tukar getah braces (yang warna-warni tu), wire (jika perlu), tengok perubahan gigi kita. Doktor akan bagi tools baru yang korang perlukan.

Example : semalam aku pergi check up, doktor bagi elastic band (latex) yang berfungsi untuk merapatkan gigi. Kan aku ada cabut gigi, tu kena pakai latex tu, Latex disangkut pada metal gigi taring dan metal gigi geraham belakang. Doktor kata pakai 14 hours tapi aku nak pakai 24 hours. Sebelum ni, masa pasang braces, doktor bagi bees wax untuk diletakkan pada bahagian metal yang kita tak selesa.  Bulan depan, doktor kata nak tukar wire besar sikit. See, Tiap bulan mesti ada progress dia.

Apa tools untuk pemakai braces?
Paling pamakai braces perlukan ialah berus gigi khas untuk braces, berus gigi orthodontic. Kepala dia kecil dan sesuai untuk membersihkan di celah-celah. Ada juga benda alah kecil untuk bersihkan celah-celah bracket.

Bees wax juga diperlukan untuk diletakkan pada bahagian metal yang kita tak selesa. Atau pada wire. Kalau tertelan bees wax ni takpa sebab ia berasal dari lebah.

Elastic band (latex) - penggunaan berdasarkan saranan doktor. Tak semua pakai. Macam aku ni kena pakailah, sebab nak rapatkan gigi pada ruang yang dicabut tu. Latex juga berguna untuk selarikan gigi. Ikut saranan doktorlah, kalau doktor suruh, pakai je ok ;)

Berapa jam nak pasang braces?
At least 1 hour. Masa doktor pasangkan braces kat aku, It takes 1 hour tapi aku rasa macam 15 minit sebab sekejap lah rasanya.

Apa yang boleh dan tidak boleh dimakan?
Doktor cuma pesan jangan makan makanan yang keras dan melekit. Contoh : pulut, kuih koci, sate, kerepek, etc. Masa mula-mula pakai braces, aku makan nestum sebab memang tak boleh mengunyah langsung. Bila dah seminggu, mula rasa selesa, aku dah makan roti, nasi, ayam. Tapi selalu susah nak bersihkan. Biasanya aku jadi malas nak makan sebab malas nak bersihkan bracket, bagus juga ek? hehe.

So, ada apa-apa soalan, tanya je ;) insyALLAH, aku jawab kaalau aku tahu. PEACE!

p/s : Jangan takut nak pakai braces. Sakit sikit je, kalau nak dibandingkan dengan gigi yang tersusun cantik nanti apela sangat kan.

174 comments:

Anonymous said...

Salam. Awk buat brces kat klinik gg haslinda tu ke? I da otw nak buat. Da mould n xray gg dah pon. Tp bile tgk2 balik , klinik gg haslinda ni mcm mahal la.. Kwn i buat , doktr cas bulan2 treatment cume 100 je. Consultion ptutnya free kan. Awk tahu x mne2 klinik gg kat area kulai/skudai/jb yg ok? Sbb rse mcm nk bt braces kat tmpt lain je:)

Norsharlinda said...

wasalam, ohhh, saya mmg buat dkt klinik gg haslinda tu. untuk tempat lain saya mmg tak tahu. ok, pasal monthly check up tu, kalau nak bayar 100 pun boleh. tapi lambat sikit lah nak habis bayar. tapi kos utk braces tu tetap sama pun mane2, kalau metal mmg 4k lebih. ;) thanks for the feedback. dr nasrul ni baik, so saya dah selesa buat braces kat sini.

Anonymous said...

salam,permulaan bayaran utk pasang braces tu mmg rm1500 ye?

Norsharlinda said...

a'ah, ni kalau dekat klinik haslinda ni lah, kalau klinik lain saya tak tahu, manalah tahu lain kosnye

niesa said...

Saya baru 2 Hari pki braces..sebnrnya x sakit pun ,sengal ckit jew..myb price ikut klinik jugak kot..sya buat atas sja 1900..monthly hanya 100..depands on u..amat berpuas hat..akhirnya terjawab jugak tg sbnrnya x lah skit mana pun,cuma 1st week nk kunyah tu ssh ckit..so kurg ckit nikmatnya makn..btw thnks 4 the infrmation..

Norsharlinda said...

ohh ok. pakai atas je eh, saya pakai atas bwh tu yg mahal sikit, hehe. kan tak berapa sakit sgt. awal-awal je. lame2 ok lah.

Haiqal Azhar said...

saya nak pakai tapi takut . haha! sebenarnya waktu doktor sedang pakaikan sakit ke, selepas doktor pasangkan baru terasa sakit ?

Norsharlinda said...

jgn takutlah sebab tak sakit sangat ;) masa pakai tu tak sakit pun, tapi bila dah start pasang lastic (getah warna-warni tuu) akan mula rasa tegang. and seminggu afterwards makan bubur & nestum je jawabnye. hehe

Anonymous said...

terasa sakit bila dia masukkan getah warna - warni je ? ok ok .

Norsharlinda said...

ye, sebab getah tu grip wire pada bracket. so, mula lah rasa tegang kat gigi tu ;)

Ummi Shaheira said...

tetap takutt :'( sakit , malu... mahal hmm

Norsharlinda said...

hehe ummi shaheira, jgnlah berperasaan macam tu. sebab tak seteruk yg difikirkan. hehe. sakit tu cuma sementara je masa awal2 pakai & lepas check up setiap bulan. malu tu tak perlu sebab skarang braces dah jadi trend and cute lah. mahal tu sebab barang untuk braces tu mahal. ;)

Anonymous said...

norsharlinda, awak buat kat klinik mne? and cost n service dy cmne? ok x?.. tgh survey klinik yg ok :)

Norsharlinda said...

saya buat dekat klinik gigi haslinda. dekat kulai deret dgn marrybrown. kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal kos awak bukak link ni eh http://sharlinda89.blogspot.com/2012/05/braces.html

servis kat sini best sangat, doktor baik dan sopan treat customer. nurse die pun baik ;)

Melissa Wong said...

Bila baru boleh makan

Norsharlinda said...

bergantung kepada individu, macam saya seminggu baru boleh makan. tu pun belum boleh makan nasi, makan mihun atau bubur sahaja. lepas 3 minggu baru boleh start makan nasi, ayam, sayur.

Anonymous said...

lepas buat tu rasa pening2 ke ?sebab kakak saya buat jugak. tapi dia buat kerajaan punya :D

Norsharlinda said...

oh ye ke. saya tak pening pulak lepas psg braces tu. okay je ;)

Haryati Akmal Borhan said...

saya baru lepas pakai. still sakit lagi.saya buat kat melaka. 3.7k sahaja. klinik pergigian impian. sure eh kak after a week , da ok ?

Anonymous said...

Awak buat atas kat klinik mn?jb ke?

Norsharlinda said...

haryati : oh ye ke, kira ok jugak murah tempat awak buat braces tu. Kalau mengenai seminggu tu dah ok ke tak, bergantung kepada individu sebab kedudukan gigi kita tak sama ;) nak tanye, masa buat terus bayar 3.7k ke atau bayar ansuran. tiap bulan bape?

Norsharlinda said...

saya buat dekat kulai, johor. nama klinik tu klinik pergigian haslinda

intan diana aziz said...

Salam. Nk tanya cabut gigi dn buat braces hari yang sama ke atau ikut peringkat2...

intan diana aziz said...

Salam. Nk tanya cabut gigi dn buat braces hari yang sama ke atau ikut peringkat2...

Norsharlinda said...

wasalam. secara peringkat2. mula cabut gigi geraham atas bawah belah kanan dulu (geraham sebelah taring). lepas tu dlm 2 3 hari cabut belah kiri pulak. lepas tu datang lagi baru pasang braces. senang sbb darah dah berhenti. masa mula2 cabut, darah banyak.

Norsharlinda said...

lupa nak mention, kos braces saya 4.5k. lepas dah habis bayar, dtg buat rawatan je. xpyh lagi bayar 2oo tiap2 bulan.

Anne said...

selain beza harga apa beza antara klinik kerajaan dgn swasta punya pendakap gigi ?? hehhehe

Norsharlinda said...

anne : saya tak pasti sangat tapi yang saya tahu kalau under government kena queue sebab list panjang dan setiap kali rawatan kena tunggu lama.

Anonymous said...

haha...untunglahh,ni nak buat braces pon ntah bila:'(nak kena tunggu kumpul duit bagi cukup dulu larh derr xD

Anonymous said...

huhu......nk nangisss!!sakitnya tak terkira pabila memasang braces yang menjadi kegilaan ramai ni --"

Norsharlinda said...

haha nak pakai braces mmg kena kumpul duit and awal2 mmg lah sakit. sabar ajelah hehe. tp nanti berbaloi sbb dpt gigi yg cantik. it's like mengandung, kan sakit then dah tgk muka baby, hilang semua sakit tu.

Babe Luff said...

Hi. Sy otw nak pasang braces. Now bru psg separator. Doc ckp kna cbut 4 btg gg. Ms psg separator dia terus cbut 1. Nx week cbut lg 1. Takot jgk rasa nak psg ni. Org ckp saket sgt smpai leh jd kurur sbb x mkn. Hehe

Babe Luff said...

Hi. Sy otw nak pasang braces. Now bru psg separator. Doc ckp kna cbut 4 btg gg. Ms psg separator dia terus cbut 1. Nx week cbut lg 1. Takot jgk rasa nak psg ni. Org ckp saket sgt smpai leh jd kurur sbb x mkn. Hehe

Norsharlinda said...

hai.. oh ye ke. saya walaupun cabut 4 batang gigi, tapi tak pakai separator. doktor cabut 2 kanan dulu lepas tu cabut dua kiri pulak. pada saya takdelah sakit sangat pakai braces ni. sebab sebelum pakai pun takut jugak sebab ramai kata sakit tapi sebenarnye masih okay lagi. sebenarnye, kurus lepas seminggu pakai je, lepas tu dah tak sakit, makan macam biase je hehe

Anonymous said...

hi syg.. ni b.. yeah! braces die da bukak.. alhamdulillah..

Norsharlinda said...

haha, sibuk je la ;p

nuruladila said...

Salam nak tanya awak pakai braces ni brape lama baru boleh bukak.

Norsharlinda said...

wasalam..saya pakai setahun stgh lepas tu dah boleh bukak. lepas bukak braces kena pakai retainer pulak ;)

nuruladila said...

Oh okey thank you for the information.. actually sebelum ni saya dilema nak bli ip5 ke braces haha lepas tu decide braces umur pun makin lama makin lanjut dan gg saya terabur plus kene kutuk dengan kawan2 hantu gg argh tension. InsyaAllah sabtu ni saya buat appointment Dr. Awak punya blog akan jadi teacher saya dan mudah difahami . Thank again.

Norsharlinda said...

alhamdulillah ;) ;) hehe mmg braces la pilihan yang lebih baik. sebab kan dah ada hp. boleh postpone kalau nak beli hp baru hehe. good luck! trust me result dia nanti buat kita senyum lebar dan berbaloi sangat.

SM said...

Salam kak, after settle cabut gigi, kena tggu brp hari lepas tu nk tggu pasang braces eh?

Norsharlinda said...

wasalam. Lepas cabut tu, akak kena tunggu seminggu lepas tu baru pasang bracket ;)

Anne's said...

nak tanya akak buat braces brape ? selain kulai ada x dental yg pricenya okey? :)

Norsharlinda said...

akak buat braces kena bayar 4.5k. Masa pasang kena bayar 1.5k, ada balance lagi 3k, bayar setiap bulan rm200. Selain kulai, akak tak tau sangat sebab tak de experience kat tempat lain. Yang penting awak cari dental yang paling dekat dengan awak.

Ridhwan Ruzil said...

cepatnya kamu pakai setahun setengah,saya pakai 4 tahun setengah kot.sekarang ni da ok da.da boleh sengih.dulu sangat buruk gigi..and nak tanya,retainer kena pakai seumur hidup ke?

Norsharlinda said...

Haaa tu la. Saya pun terkejut pakai setahun setengah je, sebab ade dengar orang pakai sampai 3-4 tahun. Mungkin gigi tak berapa teruk tu yang pakai setahun setengah. Tentang retainer tu, saya tak pasti kena pakai seumur hidup ke tak. Sekarang ni doktor kata pakai la selama 6 bulan lepas tu ada datang klinik lagi untuk review. Lepas dah review pun nanti still kena pakai retainer.

Aizatul Aqilaa Latib said...

Hai awak. Saya nak tanya sikit. Saya tengah plan jugak ni nak pakai braces. Nak tanya dulu gigi awak problem yang jenis macam mana ea? Means, gigi awak berlapis or gigi awak jarang. Sebab awak pakai sekejap je kan. :)

Norsharlinda said...

hai..kejap, mula2 nak cakap nama awak sedap hehe. Problem gigi saya ni, berlapis dan jongang. Gigi mmg tak jarang. Gigi terlebih besar ade lah sampai tolak giig ke depan. Tu la, alhamdulillah pakai sekejap je setahun setengah. Kalau nak tengok gigi saya before & after, blh tgk kat sini : http://sharlinda89.blogspot.com/2014/01/braces-before-and-after.html

Anonymous said...

salam..dear blog yg u ctr total kos u xtray n bla2 dgn pemasangan total rm2055 rite..u kate u kna bya 4.5k..so balance rm2445 tu u kna bya tiap blan rm200..cm 2 ye?

Norsharlinda said...

wasalam. macam ni. 4.5k tu untuk braces sahaja. Untuk xray dgn berus gigi dan cabut gigi tu harga lain. Kan masa pasang kena bayar 1.5k, jadi ada balance 3k. 3k tu kena bayar ansuran setiap bulan rm200. or nak bayar lebih or kurang pun boleh. Kalau bayar lebih, cpt la habis, kalau bayar kurang, lambat habis.

atqh said...

Getah warne2 tu kena byr ke tiap kali tukar? Atau mase 1st time pakai je kena bayar?

Norsharlinda said...

Masa pasang braces tu kena bayar rm 1.5k, lepas tu setiap bulan ditetapkan boleh bayar rm200. Tapi kalau nak bayar kurang or lebih boleh. Getah warna2 tu termasuk dalam bayaran kita untuk braces. Cuma kalau cabut gigi, berus gigi dan dental brush yang tak termasuk dalam bayaran.

atqh said...

Thank you!! Ingat nak buat kalerful gituh. Hehe

Norsharlinda said...

Boleh. Request dengan doktor untuk warna tu. Saya pernah buat pun 2 warna sekali pasang. Nak selang-seli atau gigi bawah warna lain, gigi atas warna lain pun boleh. Cakap je dengan doktor.

Anonymous said...

Kalau pakai braces bahagian bawah je boleh ke?

Anonymous said...

Kalau kita nak pakai braces bahagian bawah je boleh tak? And ada ke orang yg tak perlu cabut gigi before pakai braces ni sebab susunan gigi die x la teruk sangat. Just asking :)

Norsharlinda said...

Boleh kalau nak pakai bawah je. Harga pun lebih murah berbanding pakai atas dan bawah. Ade yang tak perlu cabut gigi masa pakai. Kena cabut gigi tu kalau gigi takde ruang nak bergerak dan masalah ni selalunya bagi orang yang jongang sebab nak tarik gigi tu ke belakang perlukan ruang, tu yang kena cabut gigi. Kalau gigi just berlapis sikit memang tak payah cabut gigi.

miss FH γƒ… said...

Esok saya ada appointment doctor utk braces. Dia cakap nk pasang getah. Getah tu separator la kn? Klau psg separator, berapa lama nk tunggu sampai betul2 complete pasang bracket semua?

Norsharlinda said...

Saya dulu takde kena pakai separator. Getah tu ada banyak getah, ada yang untuk merapatkan jugak, getah yang pakai dekat bracket yang warna warni tu pun getah. Tu doktor panggil elastic tie. Getah yang untuk rapatkan gigi sangkut pada bracket doktor panggil rubber band. Esok baru nak pasang braces ke?

Anonymous said...

Haii..
nak tye la kat klink ni bole ke buat gg atas je ... tq

Norsharlinda said...

Hai, boleh. Kalau nak pakai bawah sahaja pun boleh. Nak pakai atas sahaja pun boleh. Harga pun lebih murah.

Anonymous said...

salam sis..ha betul kalau buat under gov memang queue dia panjang..saya ni pun baru nak pasang after 3tahun tunggu masa sekolah menengah dulu..tu pun appointment pertama saya yang ke 81..memang panjang turn nye..so ni baru dapat panggilan balik..tapi dah tak excited pakai dah sebab lama sangat tunggu huhuhu..tapi sis kalau dekat gov pun boleh tukar ke getah warna-warni tu every check up??

Norsharlinda said...

wasalam..tu la kalau gov mmg pnjg la queue die. Tentang getah warna-warni tu sis tak pastilah pulak, lebih baik awak tanye dgn doktor yang merawat awak tu. Tapi mestilah boleh kan, takkan tak boleh pulak hehe.

Natasha Nurul said...

Elastic tie tu klau tertanggal..tkda ppa effect kan..

Norsharlinda said...

natasha, elastic tie kalau tertanggal akan memberi kesan jugak. Mungkin gigi akan gerak sikit sebab tak de pemegang yang nak pegang gigi tu dengan braces. Tapi tak banyak la dia gerak. Takpe, nanti masa check up doktor akan tukar baru. Tu lah gunanya check up setiap bulan sebab kadang-kadang elastic tie tu memang senang tercabut.

Anonymous said...

hi.. sy nk tanya awk ada suggestion x mana2 clinic yang pasang braces area kl? nk buat dkt clinic dr haslinda tu jauh sgt.. huhu. erm lg satu nk tanya awk pakai braces mase umur brape ya?

Norsharlinda said...

saya tak tau area kl. saya tak duduk sana pun ;) awak google je nanti mane tau jumpe klinik gigi yang best kat kl dan dekat dengan awak. saya pakai braces masa umur 23 tahun.

Anonymous said...

assalamualaikum, nk tnya.. Bla start gigi bergerak utk tersusun rapi? Klu 3months ok x gigi? Nk pki braces before kawen.. Kawen thn dpn dlm bln 6.. Nk start wt braces bln 1 thn dpn.. Sempat x lurus? Then nk tnya klu
braces pki blkg gigi ok x?

Anonymous said...

assalamualaikum, teringin nak tanya soalan ni. Agak agak kos untuk paka braces bahagian atas berapa eh? Rasa rasa dalam berapa? Terima kasih....

Norsharlinda said...

wasalam.. biasenye dalam 3-4 bulan gigi dah start tersusun cantik tapi kena jaga makan dan rajin gosok gigi. Rase kalau buat bulan 1 sempat cantik gigi tu tapi rase belum boleh bukak braces tu dalam masa 6 bulan. Apa2 pun kena discuss dengan dentist awak ye. Kalau nak pakai blkg gigi boleh tapi sangat mahal 7-8k.

Norsharlinda said...

Kos kalau pakai atas je rase separuh dari harga asal. Pakai braces masa saya pakai kos dalam rm4500. Kalau half rm2250. Tak tahu harga sekarang berapa kalau pakai braces. Better cari klinik gigi dan bincang dengan dentist.

HANIS SYAHIRAH ZAIDEEN said...

Salam. Berapa lama ek masa yg diambil dari first check sampai pasang braces? Lama tak?

Norsharlinda said...

hanis : wasalam. Masa saya dulu lebih kurang seminggu selepas first check tu appointment untuk cabut gigi 2 batang dulu. Lepas seminggu lagi cabut gigi lagi 2 batang. Lepas Seminggu lagi baru pasang braces. Appointment tu bergantung kepada doktor free ke tak dengan awak free ke tak. Biase seminggu la kalau doktor free.

Anonymous said...

Good info...kena buat appointment ya...actually rumah sis n klinik ni dekat sgt....teringin nak pakai, tp takutnya....malu umur dah 30an

Norsharlinda said...

thank you! haah kalau blh buat appointment la sebulan sebelum nak jumpe doktor. Takut penuh hehe. Takpe takyah malu sebab ade nurse dalam tu pun dah berusia 30-an pakai braces jugak tau. Jadi takyah malu ye kak ;)

Rosiani Md saad said...

Assalam..hii..nak tnya awk kn x pkai TPA (besi yg kat lelangit 2) ..sy br 2 hari pakai..sgt x selesa..asa mcm nak buang ja braces ni.. mmg susah ka nak mkn? sbb sy x leh mkn...mknan slalu tersangkut pada besi tu..

Norsharlinda said...

wasalam. haah sy tak pakai tu. Kalau tak pakai pun sy mmg susah nak makan jugak. Seminggu lebih jugak lah makan quaker oat dgn nestum Lepas tu baru pelan2 makan nasi dgn lauk. Kerepek dgn benda keras dan melekit sy mmg tak berani makan lagi masa awal2.

Reservation 906riversidehotel said...

salam nak tanya ada effect ke tak pergi appoinment sebab saya dah 3 bulan tak pergi

Reservation 906riversidehotel said...

salam nak tanya ada effect ke tak pergi appoinment sebab saya dah 3 bulan tak pergi

Norsharlinda Md Idris said...

Lamanya awak tak pergi app dgn doktor hehe. Ada tak getah yang dah putus atau bracket tanggal? Kalau takda tu okaylah tapi better pergi la sebab tujuan pergi app ni setiap bulan supaya doktor boleh tengok perkembangan pergerakan gigi kita. Ada masanya doktor kena tukar wire yang lebih tebal atau yang paling penting tu doktor nak tukar getah tu.

Anonymous said...

SILA BALAS! um akak linda sebenarnya ada x klinik gigi lain selain drpd klinik yg akk pegi tu ade x klinik gigi kat kawasan selangor , gombak untuk braces/pendakap gigi.

Siti Khairunnisaq said...

Assalammualaikum, maaf bertanya. Kalau masa buat first app tu berapa charge ya? Sebelum kena bayar utk pemasangan? Erm kalau buat app utk tanya dokt tu ini sebelum buat keputusan utk buat braces agak agak kena charge tak?

Norsharlinda Md Idris said...

Mesti ada punya klinik gigi area situ. Awak cuma kena google atau tanya orang yang duduk situ.

Norsharlinda Md Idris said...

siti khairunnisaq : Wasalam. Masa first app tu kena rm300 untuk kos x-ray gigi dan buat acuan gigi. Selepas tu baru kena bayar untuk pemasangan braces. Kalau ada nak kena cabut gigi kena bayar asing ye. Boleh je kalau nak tanya2 dengan doktor. Tapi biasanya tanya dengan nurse pun dah okay sebab takut doktor busy untuk layan hehe. Kalau sekadar tanya tak kena charge.

Anonymous said...

Saya punya gigi ni jongang sikit so susah sangat nak makan . Dah lama teringin nak pakai braces tapi tak mampu . Sekarang ramai yg jual myobrace kan . Teringin nak try yg tu . Seller ckp tak perlu cabut gigi kalau jongang melainkan berlapis . Tapi gigi saya ni dah takde ruang sebenarnye . Dulu masa check kat klinik pun , doktor kata kene cabut gigi kalau nak pasang braces . Saya decide nak cabut jugak . Tapi boleh ke pegi klinik nak cabut gigi untuk dptkan ruang tp taknak pasang braces ? Nak pasang myobrace yg beli dari tempat lain . Takut doktor tak bg :/

Norsharlinda Md Idris said...

Pada pendapat saya la kan, tak payah lah pakai braces myobrace tu. Lebih baik pakai braces dengan pantauan dentist sebab nanti kalau cabut gigi, ruang yang terbentuk tu boleh effect kat gigi lain. Gigi lain boleh bergerak2 dan boleh jadi lebih teruk dari sebelum ni. Dentist ada cara sendiri untuk rapatkan semula ruang daripada gigi yang dicabut tu dan ada getah khas untuk tarik gigi supaya rapat dan menghasilkan giig yang tersusun rata. Saya tau sebab saya sendiri cabut gigi 4 btg untuk pakai braces. alhamdulillah dengan pantauan dentist setiap bulan, gigi jadi cantik dan tersusun rata. Nasihat saya, kumpul duit perlahan2, setiap bulan boleh bayar secara ansuran. Bukan kena terus bayar 4k lebih tu sekaligus.

Anonymous said...

assalamualaikum. nak tanya lepas cabut braceskan kita kena pakai retainer kan. kalau pakai retainer macam dalam 2 tiga bulan je. lepas tu dah tak pakai dah. then nampak gigi macam tak tersusun pula. tapi quite ok daripada sebelum pakai lah. nak buat cam mana ek? hihi tak puas hati lah. rasa macam menyesal tak disiplin masa pakai retainer. hihihi sekarang dah setahun lebih lah buka braces. dulu pakai braces cabut 2 gigi atas. bawah tak cabut. then apa langkah ek kalau nak cantikkan balik gigi? takkan kena pakai balik:? hihi

Anonymous said...

ke pakai je balik retainer tu ? hihi

Norsharlinda Md Idris said...

Wasalam..laa hehe. Patutnya kena pakai retainer tu sebab risiko untuk gigi gerak memang tinggi. Cuba pakai balik retainer tu. Insyallah gigi gerak semula ke keadaan masa lepas buka braces sebab retainer tu doktor buat lepas gigi cantik. Masa mula2 pakai retainer tu pakai setiap masa dan buka masa nak makan je. Lepas setahun, pakai waktu tidur malam je. Harap gigi awak cantik balik ;)

Nurul Ain said...

Nak tanye kalau pegi kat klinik then ckp kat dentist tuh yg just nak buat xray n etc yg perlu kite buat before pkai braces boley ke? Then dah buat tuh sume dentist tuh akan tnye kan same ade nak buat braces or not...sbb takot x cukup duit cadang nak buat after upsr..please reply ye tq 😊😘

Norsharlinda Md Idris said...

Tu kena tanya klinik tu lah hehe. Tapi rasa baik tak payah la pegi dulu. Kena bayar rm300 dik. Baik kumpul duit dulu nanti dah okay baru buat, Sebab takut nanti kena ulang buat xray masa nak pakai braces. Rugi je kalau dah xray dulu walaupun belum nak pakai braces.

Anonymous said...

Salam,nk tnye wt braces ni adakah skali putihkn gigi?ke hrge lain tok putihkn gigi?

Norsharlinda Md Idris said...

Wasalam..putihkan gigi tu harga lain.

Anonymous said...

boleh x saya nak pakai retainer.. but saya x pakai braces.. gigi saya hanya berlapis je.. tpi x jongang..

Norsharlinda Md Idris said...

Saya tak pasti tentang tu. Apa pun bincang dan jumpa dengan dentist ye untuk keterangan lebih lanjut.

Alan Cheng said...

Gigi saya teratur , tetapi gigi di hadapan sya ada sedikit ruang..senyum tak begitu cantik jika sya ingin braces Perlu cabut gigi ke?sebab sya cuma nak rapatkan ruang kat gigi itu

Norsharlinda Md Idris said...

Biasanya kalau gigi ada ruang kena tampal je. Proses tu panggil composite restoration. Apepun jumpa dentist dulu ye.

Dini Noordin said...

Salam awak, gigi saya hanya jarang, tapi perlu ke pakai braces? Ada cara lain tak?

Unknown said...

Salam. Saya nak tanya kalau kos braces atas sahaja awak tahu tak berapa harganya.

Faiyadh Akmal said...

Salam. Saya nak tanya kalau kos braces atas sahaja awak tahu tak berapa harganya.

Norsharlinda Md Idris said...

dini : Jumpa je doktor dulu. Biasanya kalau gigi jarang, doktor nasihatkan tampal je atau nama dia cmposite restroration.

Wasalam, kalau atas je setengah harga RM2250. Tak tau sekarang kalau harga dah naik.

Faiyadh : Wasalam. Kalau braces sahaja rm4500. Tapi saya tak tau kalau ks tu dah naik sekarang.

Miemy said...

Sye dh pki 3 hari selera mkn pn xde..gg berlaga sma gg pn rsa skt..rsa mcm nk cabut smue gg rsa sengal2 tu x hilang..sehari skli je mkn bubur..nk tnya stiap bulan servis mmg Γ kn rsa skt mcm ni ke??

Darina said...

Dia hari tu jugak dia x-ray cabut gigi garham jika perlu and terus pakai braces ke ? Ke macam mana ?

Norsharlinda Md Idris said...

Miemy : Rasa sengal tu memang akan sentiasa ada masa baru pakai. Kalau baru check up kadang-kadang sakit, kadang-kadang tak sakit. Memang mula-mula terseksa tapi bila gigi cantik, mesti happy dan rasa berbaloi.

Darina : Macam saya cabut gigi dulu, lepas tu seminggu selepas cabut baru pakai braces. Kasi darah berhenti dulu dan tempat cabut okay.

Unknown said...

Sy buat rawatan braces di jb. kos pakej braces yg dikenakan rm6900 TIDAK termasuk xray,acuan, cabut, dan cuci gigi. Deposit rm800. dalam 4bulan petama byaran rm350 sebulan. Lepas 4bulan tu byar rm400-600 sebulan. Now bulan april sy da hbis byar rm6900. Tapi, apa yg sy musykil, lepas hbis byar, gg sy masih dlm keadaan yg x memuaskan. Jadi doc kata, dtg buat rawatan sampai puas hati . Tapi ,, kena byar lg kos rawatan tiap2 bulan (kurang dr rm250) smpai puas hati dgn kdaan gg. Betul ke smua klinik kenakan byaran cekik darah mcm ni? pakej dh mahal, tapi lpas hbis byr, ada byaran lg. Sy mula pasang braces pada december 2014

nurul izzati said...

Sy buat rawatan braces di jb. kos pakej braces yg dikenakan rm6900 TIDAK termasuk xray,acuan, cabut, dan cuci gigi. Deposit rm800. dalam 4bulan petama byaran rm350 sebulan. Lepas 4bulan tu byar rm400-600 sebulan. Now bulan april sy da hbis byar rm6900. Tapi, apa yg sy musykil, lepas hbis byar, gg sy masih dlm keadaan yg x memuaskan. Jadi doc kata, dtg buat rawatan sampai puas hati . Tapi ,, kena byar lg kos rawatan tiap2 bulan (kurang dr rm250) smpai puas hati dgn kdaan gg. Betul ke smua klinik kenakan byaran cekik darah mcm ni? pakej dh mahal, tapi lpas hbis byr, ada byaran lg. Sy mula pasang braces pada december 2014

Anonymous said...

Saya baru 2 hari pakai braces ���� sakit sangat dia tarik²

Norsharlinda Md Idris said...

nurul izzati : Mahalnya kos braces awak. Pakai braces jenis metal yg biasa tu ke? Setahu saya bila dah habis bayar tak perlu bayar lagi dah sebab tu dah masuk kos untuk rawatan braces sekali. Kalau acuan & x-ray memang lain kos.

Baru 2 hari memang sakit. Biasanya tunggu dalam 2 minggu baru selesa. Saya dulu makan nestum sahaja 2 minggu. Tak bleh mengunyah langsung.

nur syud said...

Assalamualaikum awak. Harap tak terlambat lagi nak tanya since entry awak ni tahun 2013 hehe. Saya nak tanya, apa penyebab wire di bahagian hujung gigi saya bend ke bawah? Wire tu bend ke bawah yg menyebabkan gusi saya rasa sakit. And saya baru pakai sebulan :(

Sharlin said...

Wasalam..mungkin wire tu terlebih panjang kot. Better awak pergi jumpa dentist beritahu masalah awak tu. Kalau tak merana kang nak tanggung sakit lama lama.

eiqa said...

Salam..nk tnye slalu berape lame ye kne tnggu ble kita da bg xray kt doctor..😊

Sharlin said...

Eiqa : wasalam..lps dah submit xray tu biase tak lama tunggu. Doktor sendiri akan tanya kita bila biasanya. Sis dulu tunggu dlm next weekend je.

Sharlin said...

Eiqa : wasalam..lps dah submit xray tu biase tak lama tunggu. Doktor sendiri akan tanya kita bila biasanya. Sis dulu tunggu dlm next weekend je.

chico lindo :) said...

Salam awak, nak tanya kalau bracket braces tercabut, dan hilang kena buat bayaran tambahan ke?

Sharlin said...

Wasalam..bracket sy tak pernah hilg tp sy pernah tanya doktor..doktor kata kalau hilang 1 kena bayar rm50. That time tahun 2012. Skrg mgkin dah naik harga hehe. Kalau tercabut..simpan nanti next check up bawak untuk doktor tampal balik.

Sharlin said...

Wasalam..bracket sy tak pernah hilg tp sy pernah tanya doktor..doktor kata kalau hilang 1 kena bayar rm50. That time tahun 2012. Skrg mgkin dah naik harga hehe. Kalau tercabut..simpan nanti next check up bawak untuk doktor tampal balik.

Unknown said...

hi sis, hopefully x late jg brtnya dsni skrg sbb da lama kn entry neπŸ˜… skrg da byk org bwt pemasangan braces murah bwh 1k mcm tu dmna2 kdai biasa je bkn d klinik, bole trust ke tu sis gigi akn dpt hsil mmuaskn nti lps pasang?ada yg kata jg smua brg yg dgunakn standart dktr gg d klinik pnya.

Guevara Evo said...

Tak pastu ttg braces yang murah ni. Lebih baik pakai braces dengan doktor gigi yang diiktiraf sebab sekarang ni kan banyak kes braces yg buat gigi makin terabur. Seram.. kalau gigi dah terabur duit banyak pun tak guna hehe.

Guevara Evo said...

Tak pastu ttg braces yang murah ni. Lebih baik pakai braces dengan doktor gigi yang diiktiraf sebab sekarang ni kan banyak kes braces yg buat gigi makin terabur. Seram.. kalau gigi dah terabur duit banyak pun tak guna hehe.

Guevara Evo said...

Tak pastu ttg braces yang murah ni. Lebih baik pakai braces dengan doktor gigi yang diiktiraf sebab sekarang ni kan banyak kes braces yg buat gigi makin terabur. Seram.. kalau gigi dah terabur duit banyak pun tak guna hehe.

amirul hisham said...

salam nak tanye,boleh ke makan roti lps psg..saya semalam baru pasang...xde effect kat gigi ke ?

amirul hisham said...

*lepas pasang

amirul hisham said...

nak tanya..np gigi saya takley nak rapat ehh..hanya kat gusi je boleh rapat...boleh ke sy nak kunyah makanan pakai gusi tu dulu ? xde effect ke ?

amirul hisham said...

urm...tade respon ponnn :(

Guevara Evo said...

Sorry lambat respon ye. Roti rasa boleh sbb roti kan lembut. Ikut rasa kita macam mane. Gigi memang lambat nak rapat. Saya dulu makan masa setahun juga baru gigi rapat. Makan pakai gusi boleh tp makanan yang lembut lah.

Guevara Evo said...

Sorry lambat respon ye. Roti rasa boleh sbb roti kan lembut. Ikut rasa kita macam mane. Gigi memang lambat nak rapat. Saya dulu makan masa setahun juga baru gigi rapat. Makan pakai gusi boleh tp makanan yang lembut lah.

Anonymous said...

nak tanya cmne nk makan bubur eh? saya bru je pasang semalam.. malam guna sudu letak n sedut je bubur tuk atau letak kat tengah2 lidah? sebab gigi depan ni sakit sangat.. dan tak tercabut ke eh braces nie ... tkut trcabut je

Unknown said...

Salam. Nak tanya boleh ke kita ketat kan retainer dkt klinik lain. Cntoh saya bljr dkt perak tp tgh cuti sem, dduk jb. So bole tk pegi klinik dkt jb ?

Guevara Evo said...

Hehe awal2 mmg makan lembut2 je. Saya dulu 2 minggu makan nestum je. InsyAllah tak terbukak. Gam dia kuat.

Guevara Evo said...

Boleh. Tapi kena deal dengan dua2 klinik.

Guevara Evo said...

Boleh. Tapi kena deal dengan dua2 klinik.

Guevara Evo said...

Hehe awal2 mmg makan lembut2 je. Saya dulu 2 minggu makan nestum je. InsyAllah tak terbukak. Gam dia kuat.

El Syaheda said...
This comment has been removed by the author.
El Syaheda said...

Salam alayk, awak punya dia tampal mould nya ke atau tebuk?

Unknown said...

salam
kalau gigi dh elok tpi nk pkai braces lagi,ade effect ape2 tk?

Guevara Evo said...

Wasalam..mould tu dia tampal.

Guevara Evo said...

Wasalam..boleh je kalau nak pakai. Doktor lagi suka kot. Kerja dia mudah sikit hehe.

Guevara Evo said...

Wasalam..boleh je kalau nak pakai. Doktor lagi suka kot. Kerja dia mudah sikit hehe.

Guevara Evo said...

Wasalam..mould tu dia tampal.

Guevara Evo said...

Wasalam..mould tu dia tampal.

Anonymous said...

awak dah lama bukak braces tu kan.... skrng still pakai retainer lg ke??

Anonymous said...

ada tak braces yang xperlu cabut gigi...

Guevara Evo said...

Haah sekarang masih pakai lagi. Pakai malam masa tidur sahaja.

Guevara Evo said...

Ada. Doktor yang tentukan kena cabut gigi ke tak lepas tengok keadaan gigi asal. Kalau gigi rapat sangat memang kena cabut untuk kasi ruang gigi gerak supaya tak jadi jongang.

Guevara Evo said...

Ada. Doktor yang tentukan kena cabut gigi ke tak lepas tengok keadaan gigi asal. Kalau gigi rapat sangat memang kena cabut untuk kasi ruang gigi gerak supaya tak jadi jongang.

Guevara Evo said...

Haah sekarang masih pakai lagi. Pakai malam masa tidur sahaja.

wawa onn said...

hye. saya mmg dh pakai braces. tapi harini bracket braces tu tercabut. macam mana ye? dikenakan kos ke nak fix balik?

Guevara Evo said...

Hai..bracket tu simpan tau nanti bawak pergi jumpa doktor. Takda kena caj sebab kalau cabut pun doktor pasang balik. Kos tu dah termasuk sekali kos braces.

nurul nabilah said...

Klu pakai braces bole scaling ta? Saya klinik krajaan and stiap kali dtg saya ikut je dye pnye proses. Segan nk tanya .

Guevara Evo said...

Tak pasti boleh ke tak. Kena tanya doktor hehe. Saya scaling masa lepas buka braces.

hasnita hussain said...

Salam anak akak nak pakai braces....sekarang umur dia 15 tahun. 8.5.2017 kena jumpa pakar. Jadi akak nak tanya kalu adik tahu, akak buat di klinik kerajaan maybe kena tunggu turn 1 1/2 @ 2 tahun..so masa tu anak akak maybe umur 17-18 tahun. klu ada rezeki dia akan sambung belajar lps SPM kemungkinan luar dr tempat tinggal akak so checkup bulanan tu boleh refer klinik kerajaan @ klinik swasta lain ke alam erti kata klinik yang dekat dengan tempat dia belajar.

Guevara Evo said...

Wasalam akak..tentang tu saya memang tak tahu. Mungkin nanti masa jumpa pakar tu akak boleh tanya sekali tentang check bulanan tu..

nur atikah mustfa kamal said...

Kalau dah habis bayar braces, ada kena bayar apa2 lagi ke tiap kali appointment?

Aisah said...

Nak tanya, masa pakai seperator tu, salah satu seperator tercabut then yang besi pasang kat geraham tu tak sekata. Sgt susah utk kunyah yang seimbang. Agak2 bila yang besi kat geraham tu nak sekata ye?

Guevara Evo said...

Tak payah bayar mase pergi appointment kalau dah habis bayar. Datang buat rawatan je.

Guevara Evo said...

Tentang tu saya tak tahulah sebab saya tak pakai separator. Better nanti awak tanya dentist.

Guevara Evo said...

Tak payah bayar mase pergi appointment kalau dah habis bayar. Datang buat rawatan je.

Shafiqahaini said...

Nak tanya kalau braces untuk gigi atas je still sama ke harga untuk braces atas bawah?

Anonymous said...

hai.. still boleh tanyer ker.. ape patut kita buat sekiranya kita punyer bracket loose dan elastic tie kita yg o-rings tu putus.. ape patut kita buat sementara tunggu appointment???

Guevara Evo said...

Harga lain. Boleh dapat separuh harga je dari harga asal.

Guevara Evo said...

Boleh tanya lagi hehe. Kalau appointment dah dekat boleh tunggu masa app untuk doktor betulkan bracket dan pasang elastic tie baru. Tapi kalau lama lagi app better buat app baru sebab takut gigi gerak nanti.

Unknown said...

Hai, i nak tanya kalau kita buat braces dekat klinik swasta, then boleh tak kita buat service tukar getah dekat klinik swasta yang lain? Sebab klinik yang tempat kita buat braces tu jauh dari rumah? Boleh ke?

norsadira said...

Thanks info..sy baru nak sevey2 pakai..hehhe

Guevara Evo said...

Hai..risau awak kena bayar dekat klinik swasta yang buat service tukar getah tu. Sebab amaun awak bayar kat klinik swasta yang asal tu dah provide sekali untuk check up setiap bulan. Tapi bincang dululah dengan dentist awak macam mana kan.

Guevara Evo said...

Sama sama. Terima kasih sudi baca :)

Anonymous said...

Kalau gigi brtampal, blh ke buat braces?
Mohon reply...

Guevara Evo said...

Boleh. Janji tampalan tu kukuh. Pape nanti doktor akan cek semua. Gigi saya ada tampal dekat geraham. Alhamdulillah okay je pakai braces.

Unknown said...

Nak tanye ni gigi sye okey semua boleh gigit tapi sye bukan buat kat klinik .. Buat dekat orang yang dah belajar lama pasang braces harga dia dlm 500 atas bawah .. Kenapa harga dia murah?

Hh said...

Gigi saye atas sebatang kedepan sikit

Guevara Evo said...

Bahaya tau buat braces selain dekat klinik gigi yang ada dentist yang diiktiraf. Takut kesan buruk pada gigi. Awak takda terbaca ke pasal braces murah ni. Habis gigi jadi tercabut. Better buat dgn yang bertauliah.

zatigikwang B2ST said...

klau tidur kna pkai braces ka?

zatigikwang B2ST said...

btul ka bila hujn, ada petir akn rsa ngilu?

Guevara Evo said...

Braces memang kena pakai setiap masa sebab memang melekat dekat gigi. Retainer yang boleh bukak bukak. Tu pun pakai lepas buka braces

Guevara Evo said...

Saya takda pulak kena macam tu

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)

Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers