Sunday, 17 June 2012

Proses Braces : Soal Jawab Mengenai Braces




Proses Braces: Soal Jawab Mengenai Braces

Assalamualaikum

Sejak pakai braces ni, aku dah tahu serba sedikit mengenai braces. Ada yang tanya pasal braces dekat aku. So, aku jawab dekat sini je lah ye ;)

Aku pasang braces dekat Klinik Pergigian Haslinda. Deret-deret dengan Marrybrown, Sebelah bangunan Majlis Daerah Kulai. Klinik dia dekat tingkat 2.







Mahal tak nak pakai braces? harga braces swasta?

Biasanya kos untuk pakai braces ialah 4k - 6k. Bergantung kepada jenis braces. Yang biasa orang pakai 4.5k - 5.5k je. Macam akulah, jenis metal. As far as I know, braces ni ada 4 jenis. Boleh klik SINI untuk tahu lebih lanjut. Masa first time datang, doktor akan buat acuan gigi kita dan soal jawab macam-macam lagilah. Tanya kenapa nak pakai braces semua kan.

Then, kena x-ray. X-ray perlu sebab takut ada gigi lagi kat dalam gusi ke dan nak tengok kedudukan tulang gigi kita. Masa first time datang ni, kena bayar RM300. Kalau kena cabut, gigi geraham RM60 untuk sebatang gigi. Aku cabut 4 batang so, total RM240. Lepas cabut, baru pasang braces, masa ni bayar RM1500. Check-up tiap-tiap bulan RM200.

Sakit tak pakai braces?

Memang tipu kalau aku kata tak sakit. Nampak sangat aku promote suruh orang pakai braces kan? hehe. Sakit tu adalah rasa tegang kat gigi masa mula-mula pakai sebab masih bengkang-bengkok lagi susunan gigi tu. So, aksi tarik-menarik berlakulah antara gigi tu. Gigi akan rasa macam sengal-sengal sikit terutama selepas check-up. Maklumlah getah warna-warni tu masih ketat lagi. Lepas seminggu lepas check up, guarantee lupa pasal braces sebab dah rasa selesa ;)



Berapa lama nak kena pakai braces tu?

Bergantung kepada susunan gigi. Kalau tak teratur sangat tu kena pakai braces lamalah. Bergantung juga kepada tulang gigi anda, lembut atau keras. Kalau lembut dan senang bergerak, cepatlah gigi jadi tersusun. Biasanya, sebulan tak nampak lagi perubahan. Kalau dah 3 bulan baru nampak gigi tersusun.

Kenapa perlu cabut gigi untuk braces? Mesti kena cabut gigi ke?

Bergantung kepada susunan gigi anda. Macam aku, gigi takda ruang untuk gerak kalau tak cabut. Kalau tak cabut, gigi akan ke depan. So, aku kena cabut gigi geraham kecil (sebelah taring) untuk memberi ruang kepada pergerakan gigi. Kalau gigi korang dah okay, cuma berlapis sedikit je, tak payah cabutlah maknanya.

Dan PERINGATAN!! cabut gigi adalah tidak sakit. Diingatkan tidak sakit ye! sebab doktor akan bius, jadi tak rasa sakit masa cabut tu. Lepas dah cabut, letak kapas. Memang tak rasa apa-apa. Cuma darah memang banyak, sebab aku muda lagi, gigi tu dah tegap dah. 1 hari juga lah, baru darah berhenti.




Tiap-tiap bulan kena check up ke?

YES! tiap-tiap bulan kena pergi check up. Setiap bulan memang kena buat appointment untuk jumpa dengan dentist anda. Setiap bulan, doktor akan tukar getah braces (yang warna-warni tu), wire (jika perlu), tengok perubahan gigi kita. Doktor akan bagi tools baru yang korang perlukan.

Example : semalam aku pergi check up, doktor bagi elastic band (latex) yang berfungsi untuk merapatkan gigi. Kan aku ada cabut gigi, tu kena pakai latex tu, Latex disangkut pada metal gigi taring dan metal gigi geraham belakang. Doktor kata pakai 14 hours tapi aku nak pakai 24 hours. Sebelum ni, masa pasang braces, doktor bagi bees wax untuk diletakkan pada bahagian metal yang kita tak selesa.  Bulan depan, doktor kata nak tukar wire besar sikit. See, Tiap bulan mesti ada progress dia.

Apa tools untuk pemakai braces?

Paling pemakai braces perlukan ialah berus gigi khas untuk braces, berus gigi orthodontic. Kepala dia kecil dan sesuai untuk membersihkan di celah-celah. Ada juga benda alah kecil untuk bersihkan celah-celah bracket.

Bees wax juga diperlukan untuk diletakkan pada bahagian metal yang kita tak selesa. Atau pada wire. Kalau tertelan bees wax ni takpa sebab ia berasal dari lebah.

Elastic band (latex) - penggunaan berdasarkan saranan doktor. Tak semua pakai. Macam aku ni kena pakailah, sebab nak rapatkan gigi pada ruang yang dicabut tu. Latex juga berguna untuk selarikan gigi. Ikut saranan doktorlah, kalau doktor suruh, pakai je ok ;)

Berapa jam nak pasang braces?

At least 1 hour. Masa doktor pasangkan braces kat aku, It takes 1 hour tapi aku rasa macam 15 minit sebab sekejap lah rasanya.

Apa yang boleh dan tidak boleh dimakan?

Doktor cuma pesan jangan makan makanan yang keras dan melekit. Contoh : pulut, kuih koci, sate, kerepek, etc. Masa mula-mula pakai braces, aku makan nestum sebab memang tak boleh mengunyah langsung. Bila dah seminggu, mula rasa selesa, aku dah makan roti, nasi, ayam. Tapi selalu susah nak bersihkan. Biasanya aku jadi malas nak makan sebab malas nak bersihkan bracket, bagus juga ek? hehe.

So, ada apa-apa soalan, tanya je ;) insyALLAH, aku jawab kalau aku tahu. PEACE!

p/s : Jangan takut nak pakai braces. Sakit sikit je, kalau nak dibandingkan dengan gigi yang tersusun cantik nanti apela sangat kan.








Carian Popular Ke Sini:


  • rawatan gigi jongang
  • doktor gigi
  • pengalaman pakai retainer
  • pergigian