Assalamualaikum.
Kali ni nak share tentang kesakitan-kesakitan yang pernah aku alami semasa proses pemakaian braces dan selama pakai braces lah ye. 21/11/2013 ni ada appointment di klinik gigi Haslinda. Nak bukak braces dah hehe. Perasaan tak sabar dan pada masa yang sama jugak rasa sedih sebab i love braces!! kita dah makan bersama, tidur bersama, ketawa bersama, sengih bersama then dah nak kena buka, sedih sobs! Sekarang doktor dah ikat pakai dawai besi, tak payah pakai getah warna-warni lagi sebab dah tetap dah kedudukan gigi yang ni. Means, gigi dah tersusun yeay!
Ok lah, ni antara kesakitan-kesakitan yang pernah aku alami. It depends on people. Yang ni aku share aku punya pengalaman pakai retainer ataupun braces ;)
1. Kesakitan Selepas Pasang Bracket dan Wire
Nah study sikit gambar ni. Kalau ada istilah yang tak tahu yang mana satu ni? Korang rujuk gambar berlabel atas ni eh. Dah tahu kan yang mana bracket dan yang mana wire? Lepas pasang tu, memang korang akan rasa tegang dekat gigi. Sampai malam masih rasa tegang tu, sampaikan lepas gosok gigi pun masih rasa lagi. Macam tak nak gosok gigi pun ada sebab sakit kot! Kesakitan ni aku alami selama seminggu. Masa nak tidur lebih terasa. Aku kan cabut empat batang gigi, so lebih terasa tegangnya tu. So, peace!
2. Kesakitan Kalau Darah Beku Terbuka atau Tercabut Dari Gusi (Kalau ada cabut gigi)
Kadang-kadang, ada kes yang kena cabut gigi untuk pasang braces. Ni nak bagi gigi tu cantik tersusun dengan memberi ruang yang cukup untuk gigi bergerak. Kalau tak cabut nanti jadi jongang atau gigi tak bergerak sebab takda space untuk gigi. Lepas cabut gigi tu faham-fahamlah mestilah darah banyak. Lagi-lagi dalam usia muda, gigi tu masih tegap lagi. Darah tu memang akan beku dekat gusi, aku pernah alami satu darah beku tu tercabut, maka keluarlah darah. Banyak jugak la. Rasa macam minum darah pun ada juga sebab masa telan air liur mesti rasa darah. Gusi tu jadi berdenyut-denyut and sakit yang tak berapa sangat berbanding lepas pasang bracket dan wire. Sakit ni tahap biasa je kalau nak banding yang no.1.
3. Kesakitan Setiap Kali Balik Check-up Setiap Bulan.
Setiap bulan akan pergi check-up. Doktor akan tukar elastic tie (rujuk gambar). Masa mula-mula pasang elastic tie tu masih ketat lagi. Samalah macam getah rambut, awal-awal kan getah rambut tu ketat lama-lama jadi loose. Kesakitan ni dalam sehari dua hingga seminggu lepas check-up. Tahan je lah, kadang-kadang lepas check-up memang aku beli bubur. Dah tau dah lepas check-up mesti sakit punya. Tapi ni depends on people eh. Ada juga yang tak sakit. Tapi sekali dua je aku kena lepas balik check-up tak sakit. Yang lain mesti sakit.
Ni contoh elastic tie yang belum dipasang pada gigi. Doktor akan tarik seketul demi seketul sebelum pasang pada gigi.
4. Kesakitan Memaki 'Coil' (Rujuk gambar berlabel)
Ni non-medicated orthodontic relief wax. Ambil sikit, gumpal-gumpalkan kasi bulat then tampal pada coil ataupun besi yang tak selesa. Kalau pada coil kena gumpalkan macam bentuk silinder then tekap pelan-pelan dekat coil. Kasi lekat then rasa selesa sikit lah. Wax ni kalau tertelan pun takpe, Memang edible.
5. Kesakitan Memakai Rubber Band.
Kalau ada cabut gigi, space pada ruang gigi yang dicabut tu akan ditutup secara perlahan-lahan. Pada masa ni lah rubber band digunakan. Rubber band akan disangkut pada hook(rujuk gambar berlabel) pada gigi geraham dan gigi taring. Lama kelamaan space akan tertutup. Barulah gigi cantik dan tersusun. Kesakitan yang dirasai adalah mild sahaja. Rasa tegang-tegang sikit sebab rubber band akan menarik gigi tu supaya rapat.
Ni contoh penggunaan rubber band pada gigi. Ni pasang gigi atas ke gigi bawah. Ada jugak pasang gigi atas dengan gigi atas, gigi bawah dengan gigi bawah. Bertujuan untuk rapatkan space yang ada selepas gigi dicabut. Mula-mula aku pakai gigi atas dengan gigi atas. Dah akhir-akhir pakai, doktor suruh pakai gigi atas dengan gigi bawah untuk rapatkan space yang tinggal sikit-sikit je.
What I love about braces is kebanyakan barang dia comel dan berwarna warni. Dahlah yang pakai braces ni majoritinya perempuan. Perempuan kan suka benda comel dan colourful ni. So, rasa macam comelnye!eh warna boleh pilih-pilih lagi? nak warna ni kat braces pulak la bulan depan!. Ha kan excited camtu, takdalah rasa takut je memanjang.
Macam ni lah lebih kurang keadaan gigi aku. Tunggu masa nak buka je 23/11/2013 ni. (Gambar : Google)
Ni interdental brush, bertujuan untuk bersihkan di celah-celah gigi dan bracket. Comel kan? colourful.
Ni pula ortho toothbrush. Khas untuk si pemakai braces. Okaylah saje je nak share tools braces yang comel ni.
Hope entry ni bermanfaat untuk korang ok ;)
Carian Popular Ke Sini:
- braces gigi
- kurangkan bilangan kata
- doktor gigi
- cara memakai braces
- warna braces yang sesuai untuk perempuan
- tips penjagaan braces
- color braces yang cantik