Thursday, 26 May 2016

Amalan-amalan Semasa Mengandung

Assalamualaikum w.b.t.

Semasa mengandung, memang bagus kalau kita amalkan beberapa perkara ni :


1. Pemakanan Sunnah

Makanan sunnah ni banyak kebaikan dia. Contohnya kurma, habbatussauda, virgin coconut oil dan susu kambing. Macam aku..mula-mula tahu mengandung je, terus amalkan susu. Pada awalnya susu anmum lepas tu susu kambing. Lepas tu, sambung dengan susu fernleaf sampailah bersalin. Kurma pun selalu makan. Virgin coconut oil mula amalkan bila kandungan berusia 8 bulan.


2. Baca Al-Quran

Sebagai seorang Islam, memang wajar kita selalu baca Al-Quran. Apatah lagi kalau kita mengandung. Bagus untuk baby. Macam aku, memang niat nak habiskan baca satu Al-Quran dalam tempoh mengandung. Alhamdulillah berjaya juga. Lagi satu aku amalkan baca surah Maryam dah surah Luqman setiap hari. Untuk tambah lagi, aku amalkan solat dhuha.


3. Jaga Tingkah Laku

Adab memang perlu kita jaga. Jangan cakap, lihat dan dengar sembarangan. Kalau boleh kita elak-elakkan. Kita cakap, lihat dan dengar yang baik-baik. Jangan buat perkara yang tak baik contoh saja-saja bunuh atau seksa binatang.


4. Sabar dan Banyak Berdoa

Sabar dalam setiap perkara dan dugaan yang datang. Selain tu, banyakkan berdoa agar semua urusan kita dipermudahkan, dikurniakan zuriat yang sihat, soleh dan solehah serta dipermudahkan urusan bersalin.


5. Pemakanan Seimbang dan Berkhasiat

Janin yang sedang membesar memerlukan banyak vitamin dan mineral dari pemakanan ibu. Amalkan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Nasi dan sumber protein seperti ayam, daging dan ikan kena makan untuk tambahkan khasiat. Kalau kita sihat insyAllah baby pun sihat.


6. Banyakkan Berjalan dan Naik Tangga

Senaman pun penting. Tapi macam aku ni memang malas nak buat senaman kagel tu semua. Jadi, aku cuba banyakkan buat kerja rumah seperti menyapu, sidai baju dan cabut rumput. Banyakkan berjalan dan naik turun tangga. Kebetulan rumah dua tingkat.


7. Bercakap Dengan Baby dan Usap Perut

Sambil baring-baring tu, cuba bercakap dengan baby. Boleh selawat dan baca surah juga sambil usap perut tu. Ini dipanggil bonding dan boleh merangsang perkembangan janin.



No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)