Thursday, 8 September 2016

Panduan Memohon E-Sila Jabatan Perkhidmatan Awam




Bagaimanakah cara untuk memohon program penajaan JPA menggunakan ePermohonan?

Permohonan program penajaan JPA menggunakan ePermohonan memerlukan pendaftaran akaun pengguna yang boleh dilakukan dengan menekan butang 'Daftar' di Halaman Utama ePermohonan. Pendaftaran akaun ini adalah percuma dan hanya perlu dilakukan sekali sahaja (Single Sign-On) untuk setiap pemohon. Pemohon perlu menggunakan akaun yang sama untuk memohon apa-apa program penajaan yang menggunakan ePermohonan.



Saya tidak menerima emel pengaktifan selepas mendaftar. Apa perlu saya lakukan?

Emel pengaktifan akan dihantar secara automatik selepas pendaftaran akaun berjaya dilakukan. Pemohon dikehendaki menyemak ruangan emel Spam atau Junk Mail di dalam emel peribadi sekiranya masih tidak menerima emel dalam tempoh 5 minit. Sekiranya emel pengaktifan masih tiada, pemohon boleh klik pada butang 'Masalah Log Masuk' pada halaman utama untuk memohon emel pengaktifan semula.



Saya telah mengisi semua maklumat yang diperlukan bagi tujuan permohonan tajaan, bolehkah saya mengemaskini maklumat tersebut?

Kesemua maklumat permohonan yang telah diisi BOLEH DIKEMASKINI dengan memilih 'tab navigasi' yang terletak diatas borang permohonan (lihat rajah dibawah) pada bila-bila masa sehingga tarikh tutup permohonan.



Saya adalah penjawat awam dan ingin memohon program tajaan JPA. Mengapa saya tidak boleh menggunakan akaun emel jabatan untuk tujuan pendaftaran?

Pendaftaran memerlukan akaun emel peribadi bagi memudahkan pihak JPA menghubungi pemohon terutamanya apabila pemohon bertukar jabatan. Emel rasmi pegawai akan dipohon semasa pemohon mengisi borang permohonan



Saya tidak dapat melihat syarat-syarat permohonan serta dokumen-dokumen lain kerana sistem memaparkan Google Drive Unreachable. Apa perlu saya lakukan?

Sila pastikan anda menggunakan pelayar web versi terkini seperti disarankan. Sekiranya masih tidak dapat mengakses, terdapat kemungkinan capaian internet semasa anda (seperti talian internet di pejabat) menghalang anda dari mengakses laman web Google Drive. Mohon hubungi pentadbir talian internet anda bagi membolehkan capaian ke Google Drive, atau gunakan talian internet di tempat lain untuk membaca dokumen tersebut.


Saya ingin membatalkan pendaftaran akaun eSILA-ID saya. Apa perlu saya lakukan?

eSILA-ID adalah ID bersepadu (Single Sign-On - SSO) yang digunakan oleh pelajar/pegawai tajaan JPA untuk log masuk aplikasi penajaan atas talian JPA dengan menggunakan MyKad atau Kad Pengenalan Polis/Tentera dan meliputi aplikasi seperti ePermohonan, eKeputusan, ePenawaran dan MySELF. Akaun eSILA-ID adalah tidak boleh dihapuskan. Sekiranya anda mengesyaki akaun eSILA-ID anda didaftarkan/digunakan oleh pihak lain, sila hubungi talian teknikal untuk bantuan lanjut.



Saya ingin membatalkan permohonan saya untuk program ini. Apa perlu saya lakukan?

Anda boleh membatalkan sendiri permohonan anda secara layan diri dengan cara klik pada 'Masalah Log Masuk' di laman utama permohonan. Sila hubungi talian teknikal sekiranya terdapat sebarang masalah.