Thursday, 25 October 2018

Panduan Mendapatkan Laporan Kredit (CCRIS)

Cara Mendapatkan Laporan Kredit (CCRIS) 

       
Bagi pemohon yang berada di Johor, laporan kredit boleh diperolehi di alamat berikut:- 

Bank Negara Malaysia 
Pejabat Wilayah Johor Bahru
Jalan Bukit Timbalan
 80000 Johor Bahru
Johor 
Telefon: 07- 225 7888 Faksimile: 07-225 7892 
BNMTELELINK: 1-300-88-5465 




Bank Negara Malaysia Pejabat Wilayah Johor Bahru beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat, kecuali cuti umum, dari pukul 9.00 pagi - 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari). Pemohon dinasihatkan supaya membawa MyKad atau pasport (bagi bukan warganegara Malaysia) dan dokumen sokongan lain (seperti lesen memandu dan sebagainya) yang boleh mengesahkan identiti pemohon. 

Pemohon akan diberikan laporan kredit semasa kunjungan tersebut. Pemohon yang tinggal jauh dari Johor Bahru boleh memohon laporan kredit dengan melengkapkan dan menghantar kepada kami borang permohonan laporan kredit berserta dokumen berikut: 
 Borang Permohonan Laporan Kredit (CRR); 
 Borang Pengisytiharan Pinjaman; (borang boleh dimuat turun klik sini)                  
 Satu salinan MyKad yang jelas (depan dan belakang) / pasport (bagi bukan warganegara      Malaysia);
 Mana-mana dua dokumen sokongan lain berikut (dengan nama dan alamat pemohon tertera dengan jelas pada setiap salinan): 

  • Lesen memandu; 
  • Bil seperti bil air, bil elektrik, bil telefon, bil ASTRO, dan lain-lain 
  • Penyata akaun bank; 
  • Penyata kad kredit; atau 
  • Penyata KWSP. 


Sila hantar melalui pos atau faks borang yang telah dilengkapkan berserta dokumen sokongan ke alamat berikut: 

BNMTELELINK 
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah 
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato' Onn
50480 Kuala Lumpur
Faks: 03-2174 1515 

Sila ambil perhatian pemohon yang berkunjung terus ke BNM Johor Bahru akan memperoleh laporan kredit dengan segera. Walau bagaimanapun, tempoh antara dua hingga empat minggu diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima melalui pos/faks memandangkan laporan tersebut akan dihantar ke institusi kewangan yang berhampiran dengan tempat tinggal pemohon untuk diambil.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)