Thursday, 14 February 2019

RUMAH BARU ROSAK? 10 LANGKAH YG PERLU ANDA BUAT JIKA PEMAJU TIDAK MAHU BAIKI KECACATAN DALAM TEMPOH YG DI TETAPKAN.




10 LANGKAH YG PERLU ANDA BUAT JIKA PEMAJU TIDAK MAHU BAIKI KECACATAN DALAM TEMPOH YG DI TETAPKAN.

1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kepada pemaju.
Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu.
Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut.
CC surat tersebut kepada peguam yang menyediakan Perjanjian Jual Beli.

2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemaju dan peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat pemaju dan pejabat peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada pemaju dan peguam.
Cara lain tidak dibenarkan oleh undang-undang.

3. Beri tempoh 30 HARI kepada pemaju mulai daripada tarikh pemaju terima Surat tersebut untuk mereka baiki kerosakan.





4. Sekiranya pemaju tidak baiki kerosakan dalam tempoh 30 HARI, sila lantik kontraktor anda sendiri untuk tujuan tersebut.

5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda terlebih dahulu untuk kos baiki kerosakan tersebut.

6. Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada pemaju dan CC sebut harga tersebut kepada peguam dan beri peluang lagi kepada pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.

7. Jika pemaju masih tidak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja-kerja pembaikan sehingga siap.

8. Selepas sudah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pembaikan kerosakan tadi kepada peguam.

9. Peguam hendaklah membuat bayaran kepada kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang dipegang oleh peguam.

10. Kalau pemaju dan peguam tidak beri kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.

Ni contoh-contoh kerosakan rumah :


Jubin pecah, kekurangan simen dan cat yang tidak sekata.


Simen yang tidak rata dan keretakan dinding.


Atap genting pecah.


Sumber : Facebook


No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)