Thursday, 28 February 2019

10 Tips Cantikkan Bibir Secara Semulajadi






10 TIPS memerahkan dan Cantikkan BIBIR. 

Bibir adalah sebahagian dari tubuh manusia dan juga mencerminkan imej dan personaliti seseorang itu. Ianya juga adalah sebahagian aset penting bagi wanita, kerana bibir juga mencerminkan kesihatan. Bibir yang kusam dan tidak bermaya tentunya akan menyebabkan wajah lesu dan tidak bermaya.
Apakah petua memerahkan bibir? Adakah cara memerahkan bibir tanpa apa-apa produk?
Kami ada jawapannya.Berikut adalah tips-tips penjagaan bibir supaya sentiasa kelihatan merah dan menawan.


1. SAPU MINYAK ZAITUN

Tips memerahkan bibir dan mencantikkan bibir ialah dengan menyapu minyak zaitun. Minyak zaitun juga membantu dalam memerahkan bibir.
Campurkan minyak zaitun dengan sedikit gula, kemudian sapu pada keseluruhan bibir dan tunggu beberapa minit. Selepas itu, urut keliling bibir secara perlahan dengan arah lawan jam, kemudian bilas sehingga bersih.

2. SAPU AIR MAWAR SEBELUM TIDUR


Letakkan kelopak mawar ke dalam air dan kemudian sapukan air mawar ke seluruh bibir. Lakukan sebelum tidur dan jadikan ia rutin harian. Tips mencantikkan bibir ini sesuai dilakukan sebelum tidur malam. 

3. GUNAKAN LIMAU NIPIS

Tips memerahkan bibir yang seterusnya ialah menggunakan limau nipis. Limau nipis juga dapat mengurangkan hitam di bibir anda, kerana ianya kaya dengan Vitamin C.
petua-cantikkan-bibir

Caranya ialah perahkan air jus limau sebanyak 2-3 sudu kecil, dan bancuhkan bersama air suam. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Setelah itu, bilaslah dengan air suam. Lakukan sebanyak 1-3 kali sehari.


4. GUNAKAN MADU


tip-cantikkan-bibir-guna-madu

Tips memerahkan bibir yang pertama ialah dengan menggunakan madu. Madu merupakan anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Nilai khasiatnya sangat tinggi dari dalaman badan hingga luaran. Untuk memerahkan bibir, sapukan pada bibir hingga merata kemudian biarkan ianya meresap kepada bibir selama 15 hingga 20 minit.
Setelah itu, basuhlah dengan air biasa atau suam. Lakukan rutin ini 3 atau 4 kali dalam seminggu. Insya-Allah, dalam beberapa minggu, bibir anda akan kelihatan cerah dan kemerahan.

5. SAPU MINYAK KACANG BADAM SEBELUM TIDUR

Kacang badam atau hazelnut mempunyai kandungan Vitamin E yang tinggi. Ianya dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Sapukan minyak badam sebelum tidur. Ianya juga dapat meningkatkan kelembapan bibir.
Selesai mencuba tips mencantikkan bibir dan memerahkan bibir ini, jangan lupa pagi-pagi gosok gigi!

6. LETAK MENTEGA

Sapukan mentega pada bibir setiap kali hendak masuk tidur.





7. SAPUKAN KUNYIT

Kunyit juga dapat memerahkan bibir secara semulajadi. Campurkan serbuk kunyit dengan 1 sudu susu. Kemudian sapukan pada bibir selama lebih kurang 5 minit, kemudian bilas dengan air tetapi bau azab sikitla

8. GUNAKAN AVOCADO

Kisar 50 gram buah avocado sehingga halus menjadi serbuk, kemudian titiskan 2-3 minyak zaitun dan campurkan menjadi adunan. Sapukan adunan tersebut pada bibir. Biarkan selama 6 minit dan bilas menggunakan air bersih. Lakukan sebelum tidur.

9. GUNAKAN DAUN KETUMBAR

Kisar 2 tangkai daun ketumbar dan campurkan dengan air hingga sebati. Sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit. Kemudian bilaskan dengan air suam.

10. HIRIS TIMUN DAN LETAK PADA BIBIR

timun bukan setakat mencantikkan muka tetapi mampu cantikkan bibir





Timun juga dapat cantikkan bibir dan memerahkan bibir secara semula jadi kerana khasiatnya yang tinggi. Caranya ialah dengan menghiris timun nipis-nipis dan letakkan ke atas bibir anda. Biarkan selama beberapa minit kemudian bilaslah dengan air.




Carian Popular Ke Sini:



  • petua cantikkan bibir
  • nak bibir cantik
  • cara bibir merah