Monday, 11 February 2019

PETUA-PETUA ORANG TUA DI DAPUR




PETUA-PETUA DI DAPUR

UNTUK MENJADIKAN CILI KERING KISAR TAHAN LEBIH LAMA

Untuk mengelakkan cili kering yang dikisar berkulat dengan cepat, kisarkan cili dengan sedikit minyak masak.

Kemudian panakan cili tersebut dengan memasukkan sedikit garam hingga kering airnya

Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup didalam peti sejuk.
TAUGEH
Taugeh mudah layu jika dibiarkan terlalu lama.
Warnanya akan menjadi coklat dan lembik hanya dalam beberapa hari sahaja jika tidak disimpan dengan betul.
Jadi untuk memanjangkan jangka hayatnya, kita bleh menyimpannya dalam sebuah bekas berisi air dan dicampur dengan jus lemon.
Taugeh akan tahan lebih lama , egar dan ranggup sehingga sekurang-kurangnya seminggu.
Kalau tidak mempunyai lemon, boleh gantikan dengan sedikit garam.


TAUHU TIDAK MELEKAT DIKUALI

Tauhu akan melekat jika digoreng.

Jadi untuk mengelakkan dari tauhu melekat adalah menaburkan garam pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum goreng.

Hasilnya tauhu tidak akan melekat lagi.

HILANGKAN PIJAR TANGAN YANG TERKENE CILI

Lumurkan garam/gula pada tangan.

Biarkan seketika dan selepas itu bilas seperti biasa.

Atau bleh juga ambil ebekas air suam dan campurkan dengan sedikit garam/gula.
Rendamkan tangan ke dalamnya selama lebih kurang 5 minit atau sehingga rasa pijar semakin reda.


SAYURAN HUJAU

Sayur berdaun boleh tahan lebih lama jika dibalut dengan tisu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara atau beg plastik ziplock.

Apabila dalam peti sejuk,

Ia melindungi sayur daripada lecur atau layu.
Satu lagi cara adalah dengan merendam sayuran didalam air garam selama 2-3minit.
Kemudian toskan airnya dan simpan didalam bekas kedap udara sebelum disimpan dalam peti sejuk.




CARA MUDAH KUPAS KERANG.

Caranya ialah apabila merebu kerang, campurkan sesudu minyak masak kedalam air rebusan.

Kerang itu akan terbuka sedikit dan memudahkan untuk membuka kerang terebut.
Selalunya tidak semua kerang terbuka kulitnya walaupun direbus lama.













No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)