Friday, 15 February 2019

Resepi Pisang Berkuah Kastard



Resepi Pisang Berkuah Kastard
Pisang berangan (yang sedang masak)
1 biji telur (pukul dengan garpu)
celup pisang dengan telur, goreng dlm minyak penuh, angkat atas kertas tisu serap minyak



  • sos kastard
  • 1 tin susu cair
  • 200ml air
  • 100g gula (kurangkan sampai 40g pun ok)
  • 1 tsp vanila
  • 3 biji telur
  • 1 tbsp kastard +2 tbsp air (kacau rata)



Whisk telur , vanila dan gula dalam mangkuk .
dalam periuk masak susu cair dan air, Masukkan campuran telur tadi. kacau sehingga didih.
Last sekali masukkan campuran kastard dan kacau sehingga pekat sedikit. Kalau suka lagi pekat, tambahkan kastard. saya suka cair.
Sejukkan sos dalam peti ais.
Susun pisang atas rau, biarkan sejuk dulu. nanti sos dah sejuk curah , siram atas pisang. biarkan dessert ni sejuk sejam dalam peti ais, lagi kuah pekat dan sedap.Nak hias dengan hirisan badam panggang pun bole
Kalau yang jaga badan, tak nak pisang digoreng, grill atas grill pan, sapu butter sikit.
sos kastard tak perlu manis, sebab nanti kemanisan dari air pisang tu akan bertambah manis.

Sumber : facebook


No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)