CARIAN PILIHAN


Wednesday, 10 April 2019

Makanan Sihat : 13 Resipi Tanpa Minyak

Makanan yang sihat serta tidak berminyak amat diperlukan untuk orang yang berdiet. Ini resipi makanan tanpa minyak untuk anda :


1. IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN
2. AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN
3. SIAKAP STIM LEMON
4. IKAN KUKUS KICAP BERHALIA
5. TELUR KUKUS MAYONESE
6. SUP IKAN HARUAN
7. SUP KEPALA IKAN MERAH
8. IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG
9. RESEPI KERANG REBUS
10. SUP TELUR DAN CENDAWAN
11. IKAN ASAM REBUS
12. IKAN BAWAL KUKUS PEDAS
13. SUP AYAM KAMPUNG






IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM BELACAN





Bahan-bahan :-
- ikan kembung yg telah dibersihkan
- air (ikut berapa byk kita nak kuah dia)
- garam, perasa

  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • 1 biji tomato - potong dadu
  • 1 biji lada besar - hiris halus
  • Cili api - hiris halus - ikut nak pedas mana
  • 1/2 cawan asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • sedikit belacan
  • asam limau (optional)
Cara-caranya
1. Rebus ikan dengan air sehingga masak.

2. Masukkan belacan & asam jawa, garam & perasa.

3. Satukan kesemua bahan hirisan ke atas ikan.Perahkan asam limau.

Ini memang terbaik kalau makan dengan nasi putih ni.






Kembali ke Atas

AYAM GRILL BERSOS CENDAWAN







AYAM:-

1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.

2. Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.

3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.

4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.

5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk. Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering. Perap daging paling kurang selama 1 jam.

6. Bakar daging sehingga masak.

MUSHROOM SOS:-

Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak

Cara-Caranya:-

1. Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis

2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.

3. Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.

4. Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat. Sesuaikan rasa.Tutup api.

Hidangan ini sangat disukai anak anak dan suami anda. Silap silap encik hasben dah taknak beli minyak, hari hari masak ini je.





Kembali ke Atas

SIAKAP STIM LEMON






1 ekor siakap
3 sudu besar jus lemon
1 batang serai dititik
Daun bawang
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar tepung jagung
1/2 biji tomato, hiris nipis
1 biji cili merah, hiris nipis
Bahan hiris halus:
2 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah

Cara Penyediaan:

Bersihkan ikan dan kelar di kedua belah bahagian.

Di dalam loyang, sapukan ikan dengan sedikit garam dan taburkan dengan halia, bawang kecil dan bawang putih.

Perahkan jus lemon, anggaran 3 sudu besar di atas ikan.

Masukkan serai, kemudian tuang sedikit air ke dalam loyang bersama bancuhan tepung jagung dan sedikit gula.

Tuang sos ikan dan kukus selama 15 minit.
Buka tudung pengukus dan taburkan tomato, cili merah, daun bawang dan sedikit hirisan lemon.

Kukus kembali selama 5 minit.
Angkat dan hidangkan.




Kembali ke Atas

IKAN KUKUS KICAP BERHALIA





BAHAN-BAHANNYA:
2 keping isi kan merah
1/2 batang lobak merah saiz sedang, hiris halus
2 inci halia muda, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
5 biji bawang merah, hiris halus
1 pokok daun bawang hiris halus
4-5 biji cili padi, diketuk
1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
3 camca besar kicap cair*
1 camca teh sos tiram*
1/4 camca teh minyak bijan*
1 camca teh madu*(*disatukan dan kacau rata2)

CARA MEMBUATNYA :-
1. Ikan dilumur sedikit garam dan jus lemon. perap 10 minit, cuci bersih dan toskan.

2. Lumur bahan yang disatukan (*) pada ikan hingga rata. Perap 20 minit.

3. Kemudian letak ikan tadi dalam bekas tahan panas. Letak bunga kobis dan tabur bahan lain atasnya, tabur sedikit garam jika kurang masin. Kukus selama15 - 20 minit atau hingga ikan masak.

Hidangkan segera.

Memang mengancam masakan ni.




Kembali ke Atas

TELUR KUKUS MAYONESE






Bahan Bahan:
5 biji telur
1 biji bwg besar - dipotong kecil2(dadu)
1 biji cili merah - dipotong dadu
daun bawang - dipotong halus
garam
mayonise
keju cheese

Cara:

1. Masukkan telur dlm bekas dan pukul seketika.

2. Masukkan bawang, cili merah,daun bawang dan garam, kacau hingga sebati. Masukkan mayonise dan cheese. Kacau seketika.

3. Masukkan adunan telur tersebut dlm bekas dan kukus selama 10 minit.

4. Setelah masak, angkat dan sedia untuk dihidang

Kembali ke Atas

SUP IKAN HARUAN





Bahan-bahannya:

1 ekor ikan haruan
2 cawan air
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
1 sudu makan lada hitam – di tumbuk
3 ulas bawang merah – di tumbuk
2 ulas bawang putih – di tumbuk
2 cm halia – di tumbuk
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup di hiris

Cara:
1. Ikan di potong dan di bersihkan dengan asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir.
Bilas dengan air dan di tos.

2. Panaskan air sehingga mendidih dan Masukkan bawang putih, merah, halia, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & sup bunjut.

3. Kemudianmasukkan lada hitam, garam,asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang dan daun sup sebagai penambah selera

Kembali ke Atas

SUP KEPALA IKAN MERAH






Bahan-Bahannya
1 Ketul kepala ikan Merah
2 biji cili merah dihiris nipis
2 biji tomato dibelah dua
3 labu bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
2 batang serai di ketuk
1 keping tauhu dipotong dadu kecil
Sedikit garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang
1 pek sup bunjut
Sedikit rempah sup adabi

CaraPenyediaannya

1. Panaskan air didalam periuk sehingga mendidih

2. Kemudian masukkan halia, bawang putih, bawang merah, serai,sup bunjut, sedikit rempah sup dan cili ke dalam periuk.

3. Masukkan tauhu dan tomato dikuti garam

4. Selepas itu masukkan kepala ikan merah tersebut.

5. Biarkan selama 15 minit sebelum menutup api. Masukkan daun bawang dan daun sup
sebelum dihidangkan.

Kembali ke Atas

IKAN KEMBUNG MASAK PINDANG






Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung
2 batang serai (dititik)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang kecil*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
sedikit halia*
sedikit air asam jawa
1 biji tomato (dibelah 4)
garam secukup rasa
air secukupnya

Cara memasaknya:
1. Blendkan bahan yang bertanda *. Masukkan
Bahan yang dikisar, serai, air asam jawa
serta air secukupnya ke dalam periuk.

2. Apabila sudah mendidih, masukkan garam.
Biarkan seketika. Sebelum tutupkan api
masukkan buah tomato.

3. Setelah masak, bolehlah diangkat untuk
dihidangkan.




Kembali ke Atas

RESEPI KERANG REBUS





Bahan-bahan :
1kg kerang (telah dicuci)
1 biji bawang merah besar (hiris)
2 batang serai (titik)
1 batang cili merah (hiris)
sedikit halia (hiris)
garam secukup rasa

Campur semua dan masak je sampai kerang terbuka. hehe.




Kembali ke Atas

SUP TELUR & CENDAWAN





Bahan-Bahannya
5 biji kentang sederhana besar
6 - 7 kuntum black fungus, rendam sampai kembang
4 - 5 keping fucuk, rendam hingga lembut
30 - 35 tangkai "kincam"
1 cekak soo hoon, potong dan rendam
4 - 5 biji telur
4 ulas bawang putih, diketuk
6 biji bawang merah, dihiris halus
1/2 camca teh serbuk lada hitam
1 ketul kiub pati ikan bilis
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit, toskan dan tumbuk kasar
Garam secukup rasa

Bahan Hiasan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng

Cara membuatnya :

1. Kentang dikupas, potong 4 setiap biji, cuci dan rendam, cendawan dibuang pangkalnya dan potong2, fucuk dikerat2 kecil dan kincam disimpul setiap satu, cuci dan toskan. Ketepikan.

2. Panaskan air (anggaran 1 liter) & masukkan bawang hiris, bawang putih dan udang kering tumbuk hingga wangi. Masukkan kiub ikan bilis dan kentang. Masak hingga mendidih.

3. Kecilkan api dan pecahkan telur satu persatu dalam kuah tadi. Masak hingga telur masak dan tidak pecah. Masukkan cendawan dan fucuk. Masak hingga kentang hampir empuk.

4. Masukkan kincam tadi dan tambah garam jika perlu.

5. Akhir sekali masukkan soo hoon dan kacau rata. Biar mendidih sebentar dan boleh matikan api. Taburkan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan.




Kembali ke Atas

IKAN ASAM REBUS






Bahan-Bahan :
Ikan selar kuning ( 6-8 ekor)
Tomato / kacang bendi / batang keladi
Serai - 1 batang (di ketuk)
Asam keping (3-4 keping)
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan-Bahan B : untuk di kisar
Lada kering (8-10 batang)
Bawang merah besar - 1 labu
Bawang putih - 2 ulas
Belacan - setengah inci
Kunyit - setengah inci

Cara-cara :
1. Didihkan air di dalam periuk
2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.
3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan garam secukup rasa.
4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur (tomato/kacang bendi/batang keladi)
sehingga layu. Matikan api dan sedia untuk di hidang.

Kembali ke Atas

IKAN BAWAL KUKUS PEDAS





Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal hitam (500-600 gm)
1 inci halia dihiris panjang-panjang, nipis
1 labu bawang besar- belah dua- dihiris nipis membujur
1 batang serai- hiris nipis (boleh juga kalau diketuk sahaja)
1 tangkai cili merah- hiris serong
3 tangkai cili api- ketuk
5 biji lada hitam- tumbuk halus
1 sudu teh pati asam jawa Adabi dicampur dengan 1/2 cawan air
2 biji limau kasturi diperah airnya
sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Didihkan air kukusan. Lumur ikan dengan garam. Masukkan ke dalam bekas tahan panas. Taburkan semua bahan ke atas ikan. Masukkan juga air asam jawa dan perahan limau kasturi. Kukus ikan selama 15- 20 minit. Cucuk ikan dengan garpu untuk mengetahui ikan telah masak.

2. Keluarkan ikan daripada kukusan dan sedia dihidang bersama air asam.

*** boleh ganti ikan bawal hitam dengan bawal putih, siakap, kerapu dll ikan yang berisi lembut. Kalau nak kukus ayam pun boleh gunakan resepi ni.




Kembali ke Atas

SUP AYAM KAMPUNG






1/2 ekor ayam kampung (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
1 inci halia ditumbuk kasar
3 ulas bawang merah ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk
2 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
Bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kulit kayu manis (banyaknya ikut suka)
Garam secukup rasa.
Sedikit bawang goreng.

Cara Membuatnya:

1. Masukkan ayam yg telah dipotong ke dalam periuk. rebus sehingga ayam lembut.

2. Masukkan halia, bawang merah, bawang putih,serai, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Kacau rata. Biarkan mendidih lebih kurang 10 - 15 minit.

3. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa.

4. Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah diangkat.

5. Bila nak makan taburkan sedikit bawang goreng ( kalau bawang goreng buat sendiri lagi sedap)

Masakan paling femes. Siapa boleh masak kira dah boleh kahwin dah.




Kembali ke Atas