Thursday, 17 October 2019

Membeli Sepasang Kambing Bukan Amalan Baik Untuk Pemula.


MEMBELI SEPASANG KAMBING BUKAN AMALAN BAIK







Ramai yang pasti sudah mengalami frasa "saya nak beli sepasang anak kambing".

JIka ia diajukan kepada saya saya akan jawab, saya tak jual sepasang kambing tetapi saya jual 2 ekor betina dara.

Ramai penternak sering menjual sepasang kambing atau domba kepada pembeli yang mahu berjinak jinak dengan ternakan.

Asal jual jadi duit, tetapi jika tidak cermat ia sebenanrnya mengajar ilmu ternakan yang tidak baik kepada budak baru.

Maka apabila saya kata saya hanya jual dua ekor dara betina, pembeli terus tanya, eh kalau macam tu macamana nak bunting.

Saya tanya, jika sepasang anak kambing itu tuan pastikah dia akan bunting? Dia diam.

Kalau jantan mati? Kalau antara jantan atau betina itu mandul? Macamana jika antara jantan betina itu dari bapak yang sama? Macamana? Tuan dah berapa lama pelihara kambing? Terdiam dia.

Saya baru nak mula, main main dahulu.





Orang macam tuan inilah yang sering kena tipu. Mungkin juga penjual itu tiada ilmu tentang kambing. Tak boleh nak salahkan dia juga.

Bermulalah dengan betul.

Penternak yang hendak menjual sepasang kambing perlu pastikan antara anak jantan dan betina itu dari ibu dan pejantan yang berlainan. Tiada pertalian darah.

Akhirnya bakal penternak itu membayar untuk dua ekor kambing dara dan akan ambil kambing itu dalam tempuh satu bulan atau setelah ia di bunting kan.

Beberapa bulan selepas itu dia datang lagi untuk membeli pejantan muda sambil membawa berita gembira dua ekor kambingnya beranak kembar.

Kini dia ada 6 ekor kambing. Jika dia beli sepasang, mungkin dia hanya ada 3 ekor atau kekal 2 ekor atau tinggal seekor, mati seekor atau mati dua dua.

Jika sepasang tadi beranak, anak betina, bapaknya tak boleh panjat anak betina itu. Jika dapat anak jantan, bimbang dia panjat emak. Maka berlaku mahram atau in-breeding.

Jika saya tiada pejantan yang tiada talian darah dengan betina yang saya pernah jual dahulu, saya akan kontek rakan lain.

Secara mudah kita membentuk penternak baru yang bermula dengan betul dan pada masa yang sama mencipta rangkaian perniagaan.

Catatan di atas adalah catatan pengalaman benar yang saya lalui dengan beberapa penternak baru.


Sumber : FB :Agrolinks Worldwide - Mybiostar

No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)