Ramai yang menggilai pokok viral ini yang dikenali sebagai lidah jin atau lidah mertua kerana ia bukan sahaja cantik sebagai perhiasan dalam rumah tetapi ia juga mudah dijaga dan diselenggara.
Jika diimbau zaman lampau, pokok yang sama banyak menghiasi pekarangan rumah di kampung-kampung terutamanya, Kalau tak percaya, cuba tanya mak atau nenek ketika balik kampung nanti.
Sebagai pilihan lain pula, ada juga peniaga tampil pelbagai jenis pokok tiruan dengan harga berbeza bagi yang tidak mahu membela pokok hidup di dalam rumah.
Tapi dalam banyak-banyak pokok viral ini, pokok lidah jin atau juga disebut sebagai pokok lidah mentua antara yang menjadi kegilaan bukan sahaja kaum wanita tetapi lelaki!
Rupa-rupanya ia mengandungi pelbagai kelebihan yang baik untuk kesihatan manusia.
Seperti dikongsikan oleh pakar perubatan, Dr. Ahmad Samhan di Facebooknya, pokok tersebut dapat menaikkan mood positif dan menghilangkan stres.
Kajian turut menunjukkan kata Dr. Ahmad Samhan, 1,000 pokok lidah jin berkesan sebagai penapis udara ye bukan penapis habuk.
Bagi yang tidak tahu, pokok ini sebenarnya berasal dari Afrika dan memang terkenal dengan kelebihannya sehinggakan ada menjadikannya sebagai ubat dan kecantikan.
Apa kelebihan lain pokok viral ini selain dapat mencantikkan dekorasi kediaman anda?
1. Pokok yang Mudah dijaga
Pokok Lidah Jin adalah antara tumbuhan hijau yang sangat mudah dijaga serta tidak memerlukan kos tinggi. Jika tiada matahari atau bekalan air juga, pokok ini mampu bertahan. Namun sebaik-baiknya, siramlah dan biarkan ia terkena cahaya matahari!
2. Mampu penyerap pencemaran udara.
Pokok ini mampu menyerap pencemaran dan ia di antara yang terbaik dan sebab itu ia sangat sesuai sebagai pohon hijau untuk indoor.
Malah ia cukup efektif dalam menyedut gas berbahaya seperti toluene, benzene, formaldehye yang dikatakan sebagai punca kanser kepada manusia.
Jika gas berbahaya itu pun boleh disingkirkan, apatah pula asap rokok atau bau kepam dalam rumah!
3. Kaya dengan oksigen
Lidah Jin atau nama saintifiknya, Sansiviera adalah tanaman yang mampu menghasilkan oksigen dengan baik. Klorofil yang dihasilkan akan membantu mempercepatkan proses fotosintesis.
Ini sekaligus akan menyebabkan peningkatan penghasilan oksigen dalam rumah anda.
4. Miliki bau khas
Jika anda perasan lidah jin mempunyai satu bau istimewa dan tidak hairan negara seperti China dan Perancis menggunakan tumbuhan ini dalam wangian dihasilkan.
Sebab itu, lidah jin sesuai diletakkan dalam rumah seperti bilik air atau dapur bagi meninggalkan baunya yang sedap.
5. Terapi
Pada waktu petang, biasanya bunga lidah jin akan mekar dan ia mengeluarkan bau khas yang menyenangkan. Ia cukup sesuai sebagai terapi selepas seharian keluar bekerja dalam mengurangkan tekanan.
Namun begitu pokok ini juga mempunyai kekurangannya.
Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika yang mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Selain itu, ia juga mungkin menyebabkan gejala lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti anjing atau kucing antaranya pengeluaran air liur berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
"Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan," menurut status itu.
Sumber : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/700140/lidah-jin-dalam-rumah-jejas-kesihatan, https://www.mstar.com.my/xpose/i-suke/2020/06/10/pokok-viral-nyata-bukan-sahaja-cantik-atasi-stres-ketahui-manfaat-lain-lidah-jin
No comments:
Post a Comment
Nak Komen Ye?
Silakan. ;)