CARIAN PILIHAN


Friday 17 February 2012

Lasagna & Oreo Cheesecake







Resipi Lasagna & Oreo Cheesecake

Assalamualaikum

last tuesday, i've made lasagna and oreo cheesecake. lasagna tu atas permintaan keluarga cik na tersayang dan oreo cheesecake tu atas kehendak sendiri. alhamdulillah, dua-dua dish ni menjadi. happy!

so, ada ke yang nak resepi dari aku ni hah? hehe. takpe, tunjuk gambar dulu, lasagna je ada gambar. yang oreo cheesecake tak sempat nak ambil gambar. sebabnya, lepas je kek tu keluar dari oven, terus pergi rumah mak andak. gambar pulak dalam dslr cik na. malas nak transfer.

LASAGNA



RESEPI (BAHAN-BAHAN) :

Sos :
2 biji bawang besar (cincang halus)
5 batang cili padi (kalau suka pedas, letak banyak lagi)
6 ulas bawang putih (cincang halus)
1 paket daging ayam cincang
1 tin cendawan butang
1 botol besar Prego (aku selalu guna Prego Fresh Mushroom)
Sedikit sos cili
Sedikit tepung gandum untuk memekatkan sos
kalau suka, letak sayur-sayuran seperti tomato cherry, broccoli atau kobis bunga.

Lapis - lapis nanti :
1 kotak pasta lasagna (bentuk leper dan lebar, rebus ikut kegunaan bukan semua habiskan satu kotak)
Cheesedale (yang keping-keping tu, guna ikut kesesuaian)
Sedikit daun parsley yang dihiris halus

CARA-CARA :
1. tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau or sweat.
2. masukkan daging ayam cincang dan tumis lagi.
3. lepas tu, bolehlah campur sayur-sayuran jika nak masukkan.
4. masukkan cendawan butang, dan tumis lagi.
5. masukkan prego dan letakkan sedikit garam dan lada hitam secukup rasa. sos dan tepung jangan lupa masukkan sekali. agak-agak la sukatan sos dan tepung tu. then, biar mendidih sebentar dan SIAP!
6. ni untuk lapis dalam caserol pula. pasta lasagna yang sudah direbus mestilah dilapisi dengan kain lembap di atasnya supaya tak kering.
7. lapiskan lasagna anda. dimulai dengan PASTA LASAGNA kemudian SOS yang anda buat tadi. lapis sehingga agak-agak 2/3 daripada caserol anda. atas sekali, letak cheesedale. taburkan parsley.
8. bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga cheese yang kat atas tu macam keperangan.

NOTE : kalau tak faham, tanya dekat ruangan komen ye :)



OREO CHEESECAKE


SEMASA MEMBUAT CHEESECAKE NI, ada dua orang assistant yang membantu, hehe.

RESEPI (BAHAN-BAHAN) :

2 paket biskut oreo (1 paket pecah kasar-kasar, 1 paket lagi kisar halus. buang krimnya tau)
Sedikit mentega
500 gram cream cheese
1/2 cawan gula halus
1  sudu kecil esen vanila
1/2 cawan whipping cream
1/4 cawan susu segar
2 biji telur

CARA-CARA :
1. campurkan 1 paket oreo yang dikisar halus dengan sedikit mentega yang dicairkan. Ratakan dalam loyang.
2. putarkan cream cheese sehingga sebati.
3. masukkan gula halus, esen vanila, whipping cream dan susu segar.
4. putarkan sehingga sebati. kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji.
5. setelah sebati, masukkan 1 paket oreo yang dipecahkan kasar. Gaul sahaja, jangan kisar pula.
6. masukkan dalam loyang. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah celcius selama 45 minit hingga 1 jam. bergantung selama mana diperlukan untuk kek masak.
7. lebih marvellous kalau makan lepas disejukkan dalam fridge semalaman. ahhh! syok!

esok, aku akan buat oreo cheesecake ni lagi sebab masih ada baki bahan-bahan. oreo dan cream cheese yang dah habis masa buat dulu pun dah beli.

masa buat ni selasa lepas, aku buat dua adunan. satu untuk family, satu untuk officemates. lebih dari cukup! siap bekalkan cik na yang balik Putrajaya dan adik yang balik Politeknik. alhamdulillah, rezeki :)

SELAMAT MENCUBA!








No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)