CARIAN PILIHAN


Saturday, 19 May 2012

Proses Braces : Pengalaman pakai Braces








Braces : Pengalaman Pertama Memakai Braces



Assalamualaikum.

so, kali nak bercerita mengenai pengalaman pakai braces yang baru menapak kat gigi aku ni tak sampai pun 12 jam.

hasrat untuk pakai braces ni dah lama tau aku pendam-pendam. dah lama dah berhasrat nak repair gigi yang tak berapa tersusun ni. tapi setelah mengumpul duit gaji selama berbulan-bulan, akhirnya! dapat juga pakai.

aku mulakan langkah pertama, google klinik pergigian berdekatan. memandangkan di bandar kota tinggi takda dental yang buat pemakaian braces, bila aku tanya kat dental kota tinggi, dia kata kat johor bahru ada buat, kat wisma maria. aduh! aku dah lah tak mahir jalan kat JB then agak jauh la.

aku decide nak cari dental kat kulai je. lagi dekat, jalan pun senang. plus, ada rumah abang aku,pok su & pok teh kat sana. aku berjaya menemui ' KLINIK PERGIGIAN HASLINDA '. masa perjalanan 1 jam atau kurang kalau  maintain bawa 100 km/j tanpa ada lori atau kereta yang lembap. kalau ada lori atau kereta lembap, masa perjalanan 1 jam lebih sikit sebab ambil masa untuk memotong mereka.

aku catit nombor telefon dan alamat. aku kepam dalam laci meja solek sebab takda keberanian lagi nak telefon. pada masa yang sama juga, aku menggantikan bahagian HR di pejabat sebab akak HR tu cuti bersalin. if anything happen to me, who will handle? so, tunggu akak tu naik kerja dulu.

dan, akhirnya, aku telefon jugak untuk tahu harga braces swasta ni. akak pembantu klinik tu kata, datang first time kena ambil gambar, x-ray dan buat replika gigi kita, kosnya RM 300.00. appointment dibuat pada 28 april 2012. pada appointment pertama ini, pok su aku yang baik hati telah sudi membawa aku ke sana sebab first time pergi kan. mesti nak ingat jalan semua. dan aku pergi ditemani mak dan isya (anak pok su).







alhamdulillah semua berjalan lancar. citcat dgn DR. NASRUL tentang gigi aku, nak buat macam mana semua. beliau cek gigi aku semua, beliau kata setahun pun dah tersusun cantik dah ni. geraham cantik, kena cabut 4 batang gigi geraham kecil. AKU MACAM WHAT??! CABUT?!! seriously aku seriau dengar cabut gigi. sebab mindset dah macam tu dari kecil. tapi, aku redha sebab gigi perlukan ruang untuk bergerak.


next appointment, 12 Mei 2012, cabut 2 batang gigi belah kanan. 1 atas 1 bawah. kena bius 4 jarum. tapi tak sakit. diulangi tak sakit ok! siap ada tv depan aku tayang cerita happy feet 2. ok suka! lupa nervous semua. RM 120.00 (aku bawa balik gigi aku, mak aku tanam belakang rumah)

appointment ketiga, 17 Mei 2012, cabut 2 batang gigi belah kiri pula. prosedur sama je masa cabut gigi belah kanan. RM120.00 (dr kata nak bagi dekat student pergigian, ok aku redha untuk sedekah gigi aku ;) )
masa ni aku dah ger ready beli brus gigi untuk braces dan ape ntah nama dia :

berus-gigi-untuk-braces-people-ortho
berus gigi

bersihkan kekotoran die celah bracket
ape ntah nama dia (bersihkan di celah-celah bracket)

appointment keempat, 19 Mei 2012 (tarikh keramat), braces is on my teeth. yahooo!!! tak sakit sangat pun. rasa tegang je kat gigi ni. take about 1 hour. aku rasa macam 15 minit je dr nasrul pasang. dr nasrul cuci dulu gigi pakai machine, macam berus je rupanya. then pakai besi kecil-kecil tu seketul demi seketul. tau tak seketul besi kecil tu berharga RM 50.00 tau! then pakai wire. then getah colour pink. masa ni bayar RM 1500.00. dr bagi bees wax untuk letak pada mana-mana bahagian besi yang tak selesa. protect the mouth.

kalau pakai braces ni, dr kata jangan makan benda keras dan melekit. ok dr! i will!

nasihat aku untuk mereka yang nak pakai braces ialah :

1. think positive, jangan fikir takutlah, sakitlah, apalah. ianya tak sakit ok! kalau kena cabut gigi pun, kan kena bius. (bercakap dari pengalaman)

2. jangan tengok jarum atau mende alah peralatan dr tu. buat kau seram sejuk je. just lay down relax and peace!

3. telan pain killler lepas balik rumah (aku tak, sebab kesakitan tu masih boleh ditahan)


RM   300
RM   120
RM   120
RM     10 (toothbrush)
RM      5
RM 1500

= RM 2055 (jumlah yang sudah aku belanjakan) fuh!

selepas ini, every month aku akan pergi check up braces. RM 200 setiap kali pergi check up.

aku rasa aku bertuah sebab dapat cari tempat yang dekat, senang dan dr nasrul tu baik. sudi je nak jawab soalan subjektif aku, haha. pembantu klinik tu pun ok, layan pelanggan dengan mesra, senyum sokmo dan rela jawab soalan subjektif aku jugak. aku siap tanya "kak, nanti boleh drive tak lepas pakai braces?" macam-macam lagi la aku tanya. siap wish "Chaiyok" kat aku tadi pagi sebelum aku pasang braces.

Alhamdulillah, terima kasih YA ALLAH kerana sudi memakbulkan doa dan memudahkan segala urusam hambamu ini. alhamdulillah ;)