Asalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah tak sangka entry aku tentang braces mendapat view yang tinggi. Ada yang sampai 13k hit. Alhamdulillah bersyukur sangat sebab sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi sedikit klu kepada sesiapa yang berminat nak pakai braces tu.
Aku pakai braces selama setahun setengah. Setiap bulan dalam masa itu, aku ulang-alik ke klinik gigi. Sekarang dah lebih 7 bulan buka braces atau retainer. Masih pergi klinik untuk review gigi. Lepas bukak, sebulan lepas tu ada appointment. Lepas tu, 6 bulan selepas. Now 6 bulan lagi aku kena pergi klinik gigi tu lagi. Janji korang dah habis bayar, pergi klinik gigi tu cuma untuk rawatan je, tak payah bayar apa-apa lagi sebab ni semua dah termasuk dalam kos braces.
Okay, so di sini aku sertakan beberapa tips sebelum pergi jumpa doktor gigi. Nak jumpa doktor gigi pun kena ada adab tau hehe.
1. Buat appointment pada waktu pagi.
Kenapa kena buat waktu pagi? Well, pada aku, pada waktu pagi ni, doktor masih fresh dan belum melayan kerenah pelanggan lain yang mungkin akan menyakitkan hati dia. Kita pun sedia nak memulakan hari dengan baik pada waktu pagi kan. Takdelah doktor tu bad mood ke, tak happy ke pagi-pagi tu. Dapatlah dia melayan patient dengan senang hati. Kalau buat appointment petang-petang, doktor mungkin dah penat. Yah, dia manusia jugak uols.
2. Tak payah pakai lipstick (berwarna)
Seperti yang anda ketahui, kalau nak cek gigi kita tu, alatan dan jari doktor akan menyentuh bibir kita. Apa yang akan terjadi kalau kita pakai lipstick berwarna especially red. Of course la terkena glove dan alatan doktor tu. Jari doktor tu pulak nak kena pegang benda lain pulak. Habis comot la. Buat doktor terpegang dagu, tak pasal-pasal dagu kita pun kena comot gincu tu sekali kan. So, pakai lip balm je cukup. Yang tak berwarna.
3. Pastikan dah gosok gigi.
Pastikan gigi kita bersih sebelum jumpa doktor gigi. Aku selalu buat appointment pagi-pagi dalam pukul 9 pagi. Selepas sarapan, aku mandi dan gosok gigi siap-siap. Jadi gigi bersih dan mulut pun tak berbau. Jumpa doktor gigi first thing in the morning. Lepas dah jumpa doktor gigi tu, kau nak makan ke nak hape ke suka hati lah. Tak nak kan doktor ternampak sisa makanan dekat gigi or lada yang terselit hehe.
4. Jangan sibuk nak bercakap.
Semasa rawatan pergigian berlangsung, jangan sibuk nak bercakap. Kecuali doktor yang tanya. Doktor tu nak buat kerja die, kalau bercakap, susah la die nak tengok dalam mulut kita. Kalau nak bercakap or bertanya apa-apa, selepas rawatan boleh tanya. Masa tu doktor pun dengan senang hati boleh jawab. Jangan ganggu fokus die masa tengah merawat kita.
Okay, semoga bermanfaat!
Carian Popular Ke Sini:
- kurangkan bilangan kata
- doktor gigi
- cara memakai braces
- proses braces
- tips penjagaan braces