CARIAN PILIHAN


Friday, 24 April 2015

Persiapan Perkahwinan : SD Kahwin




Assalamualaikum.

Dalam post ni, aku nak share pengalaman sendiri membuat persiapan perkahwinan. Seperti yang korang tahu la kan, persiapan kahwin ni ada yang nak simple-simple je, ada juga yang nak buat besar-besaran. Tu semua bergantung kepada kemampuan diri sendiri. Apa-apa pun bawa berbincang dengan keluarga dan bakal suami ye. Jadi, jom baca apa yang aku buat dan sediakan untuk majlis perkahwinan aku.


1. Kursus Kahwin.


Pergi kursus kahwin la first thing yang aku buat untuk perkahwinan aku. Pergi lebih kurang setahun sebelum pula tu haha. Punyalah semangat kan. Masa aku pergi tu 22/10/13. Bayaran RM120.00 di Masjid Jamek Kota Tinggi, Johor. Kursus tu 2 hari. 8 am - 4 pm. Borang semua cetak dekat laman web dia. Daftar pun sms dekat nombor yang dorang bagi. Masa pergi kursus kahwin ni lah kita dapat banyak input tentang rumahtangga dan cara seterusnya untuk membuat permohonan nikah.


2. e-ncr (e-Nikah, Cerai, Rujuk)


Okay, e-ncr ni laman web rasmi untuk bakal pengantin yang nak menghantar permohonan nikah dorang dan mendaftarkan perkahwinan mereka. Selain itu, ni jugak berguna untuk pasangan yang bercerai dan rujuk. Ni alamat penuh die encr.johor.gov.my Alamat web ni specially for rakyat Johor la. Aku ni anak jati Johor. Kalau negeri lain pun dah banyak yang pakai online ni. Harus diingat, permohonan nikah ni boleh dibuat 3 bulan sebelum tarikh nikah. Cara dia, kena daftar dulu dekat laman web tu. Lepas tu telefon pejabat kadi daerah masing-masing untuk aktifkan pendaftaran korang. Lepas dah aktif tu, barulah boleh login dan bolehlah terus isi borang dan print dokumen yang diperlukan. Dokumen untuk ujian HIV pun dah include sekali, tinggal pergi klinik/hospital kerajaan sahaja untuk buat ujian.


3. Pergi Pejabat Kadi.


Bila dokumen semua dah complete print dan isi, bolehlah pergi pejabat kadi. Kalau pasangan lelaki lain daerah/negeri dengan pasangan perempuan, yang lelaki tu kena buat permohonan nikah dulu dekat daerah/negeri dia. Lepas tu baru pass dokumen pada perempuan. Nanti baru perempuan boleh pergi pejabat kadi. Kalau dah sama daerah, senang dua-dua boleh sama-sama pergi pejabat kadi. Tapi, Johor ni special sikit, dia ada interview untuk bakal pengantin. Masa aku, kena tanya Al-Fatihah, Doa Qunut dengan Syarat sah nikah. Alhamdulillah la dapat jawab semua. My tips for you ialah pilih ustaz, sebab ustaz tak banyak tanya hehe. Pergi Pejabat Kadi sebulan sebelum tarikh cadang nikah ye.


4. Jurunikah / Tok Kadi.


Selepas selesai di Pejabat Kadi, dorang akan bagi nama kadi yang akan nikahkan korang. Bawa dokumen yang Pejabat Kadi bagi dan bagi pada kadi. Aku punya warna pink, tak payah isi apa-apa pun kat borang tu. Nanti kadi tu akan isi sendiri. Masa ni lah kita tempah tarikh dan masa nikah dengan kadi tu. Kalau nak selamat, cepat-cepat sikit jumpa kadi tu supaya masa yang kita nak tu tak ditempah oleh orang lain dulu. Terutamanya waktu cuti sekolah. Jangan jadi macam aku, waktu yang aku nak tak dapat sebab dah ada orang tempah dulu. Aku nak nikah pagi 13/9/14 sebenarnya tapi tak dapat. Tukar kepada 12/9/14 malam. Tapi takpelah relaks sikit dah majlis nikah malam sebab 13/9 tu dah majlis resepsi.


5. Katering.


Ni benda penting. Setahun atau 6 bulan sebelum majlis dah boleh start cari dan tempah katering. Kalau katering yang famous amous haruslah lagi cepat kena booked kan. Pilih menu yang seimbang maksudnya ada pembuka selera, makanan utama, pencuci mulut dan air minuman. Tu yang basic. Kalau nak tambah macam mi rebus ke nasi putih ke tu bergantung pada masing-masing. Kalau ada budget lebih lagi, beli lah kerepek-kerepek atau kuih untuk letak dekat meja tetamu. Lagi best kalau ada katering yang tawarkan food tasting. So, kita dapat rasa sendiri masakan dorang. Ambil sekali dengan pakej makan damai. Senang cerita, dapur pun tak berkecah.


6. Bridal.


Orang sekarang kahwin mesti nak pakai bridal. Ambil yang pakej sekali dengan pelamin, baju nikah, baju sanding, mekap nikah dan sanding, hiasan bilik pengantin. Cari yang bukan kaki TIPU!, baju cantik dan up to date, pelamin cantik, mekap cantik dan harga berpatutan. Banyakkan survey dan tanya kenalan. Cari betul-betul sebab bridal ni banyak kes. Lambat la, mekap huduh la, baju buruk, pelamin buruk dan sebagainya. Bridal tempah 6 bulan sebelum majlis. Bincang sekali pilihan baju, warna. Jangan lupa fitting. Kalau muslimah, tengok sekali tudung dan masa majlis tu request siap-siap kalau tak nak bulu mata palsu, tak nak pakai rantai kat luar, nak pakai shawl, nak tudung tutup dada. Just request, kita bayar kot hehe.

Pengantin perempuan yang cantik




Go sepet hehe! Request simple make up, no fake eyelashes, tudung bawah dada, no necklace, no crown for nikah.





my husband ;)





Always go for simplicity girls! and you will look gorgeous on your wedding. Dan tentunya you will be look like you, not anybody else.

Pelamin bajet dan cantik dan simple




This is my pelamin.


7. Hantaran.


Ni optional. Kalau tak nak pun tak jadi hal. Masa majlis aku, aku minta anty su aku buatkan. dia memang pakar buat hantaran ni semua. So, aku bagi warna tema. Lepas tu serah je kat dia untuk buat. Dia pilih untuk buat konsep satin flower. Memang cantik sangat dia buat, warna purple, pink dan silver. Contact my anty su through fb (Dayang Musliha)

mas kawin, mas kahwin




Cincin dan duit mas kahwin.

hantaran jam tangan




Jam tangan Casio Sheen.

hantaran Al-quran Pelangi




Al-Quran Pelangi dan telekung.

hantaran baju bertandang




Baju bertandang dan shawl untuk majlis belah lelaki minggu depan.

hantaran lotion victria secret dan set mandian Tfu




Lotion Victoria's Secret & Set mandian Tofu.

hantaran kasut pengantin




Custom made shoes. Only one in this world.

hantaran perfume victoria's secret




Victoria's Secret body mist & Perfume.


8. Homestay/Hotel.


Jangan lupa untuk tempahkan homestay/hotel untuk keluarga mertua kalau mereka datang dari jauh dan memang nak bermalam satu malam sebelum majlis. Pilih yang dekat dan mencukupi untuk rombongan yang datang nanti.


9. Kad Jemputan.


Ini penting. Kad jemputan ni untuk kita jemput orang datang ke majlis kita. Yang penting kena lukis pelan nak ke rumah kita dengan jelas dan pastikan semua ejaan dan nama betul. Tarikh dan masa pun kena betul. Masa aku dulu, aku tempah, lepas tu kedai tu e-mailkan kad yang dah siap sebelum dia print. Masa tu aku check semua ejaan betul-betul. Kalau ada salah beritahu siap-siap. Lepas dah puas hati bolehlah suruh print, nanti dah siap boleh ambil. Pilih kad yang ringkas, murah dan mudah orang faham. Mahal-mahal pun nanti orang buang jugak hehe. Kira betul-betul jumlah orang yang nak dijemput supaya kad tak terlebih atau terkurang.


10. Senarai Jemputan.


Senarai jemputan ni seeloknya tentukan dalam kategori supaya lebih senang nak ingat. Untuk ingat kawan-kawan, aku tengok semula gambar sekolah dan gambar masa kat poli dulu hehe. Antara kategori tu adalah saudara-mara, jiran tetangga, kenalan dan kawan-kawan. Biasanya kategori saudara-mara dan jiran tetangga ni diuruskan oleh ibu bapa pengantin.


11. Bunga Telur.


Biasanya orang buat hias dekat pelamin dan ada juga yang bagi dalam goodies. My anty su juga buat bunga telur ni. Bunga dip yang aku rasa rumit giler nak buat tapi dia nak buat. Macehh anty su!

Bunga Telur masa majlis.




Bunga Telur masa majlis.


12. Goodies.


Untuk goodies ni, aku buat dua jenis. 100 pieces untuk VIP (saudara dekat, kawan-kawan). Letak sikit dalam bilik pengantin untuk bagi masa kawan-kawan tengok pengantin. Lagi satu goodies biasa 600 pieces. Dalam goodies tu aku letak air kotak, jajan, jelly dan lollypop. Untuk goodies VIP ada extra Surah Yasin. Goodies ada macam-macam orang buat. Ada yang nak simple dia bagi cawan sahaja atau bahulu sahaja. Macam tu ambil, macam tu bagi. Tak payah susah-susah packing. Ni semua bergantung lah pada budget keluarga masing-masing.

Goodies biasa.




Goodies biasa.

Goodies VIP.




Goodies VIP.


13. Guest Booth.


Guest booth boleh buat macam-macam. Selalu orang buat buku tetamu, magic colour pen, bubble talk, background banner dan sebagainya. Masa aku dulu, ada juga tambah simple goodies untuk orang yang tulis dalam guest book.

Guest booth during my wedding. Simple & sweet.




Guest booth during my wedding. Simple & sweet.


14. Candy Buffet.


Candy buffet setup is by my anty su also. Dia yang beli barang-barang sweets semua daripada deco sampai ke cupcake semua dia buat. Aku tolong buat labelling je hehe. Chocolate fountain pun ada uols tapi as a bride haruslah aku tak merasa langsung. Please after this nak pergi majlis orang yang ada choc fountain, nak merasa jugak.

Hello Kitty Theme Candy Buffet. Request by me, badan je besar tapi perangai budak2 lagi hehe




Hello Kitty Theme Candy Buffet. Request by me, badan je besar tapi perangai budak2 lagi hehe.


15. Photographer / Videographer.


Penting okay ada photographer. At least kalau ada budget lebih bolehlah panggil videographer. Tapi photographer ni kena ada untuk capture moment terindah dalam hidup korang. Tips dia kena pilih yang berkualiti bukan ambil gambar suka-suka hati je. Harga pun kena affordable. Kalau mahal sikit, tapi kerja dia bagus why not kan. Tu kalau budget lebih. Kalau budget minima, pilih yang sederhana jangan pilih yang worst. Pastikan ini trusted photographer supaya tak kena tipu, nanti kalau time majlis photographer takda kan haru-biru jadinya.


16. Wedding Cake.


Wedding cake fungsi dia letak dekat area makan damai. Biasanya, lepas pengantin makan sikit, pengantin akan ada acara memotong kek. suap-suap pasangan gitu hehe. Nanti kek yang dah potong tu, hidang dekat family yang duduk dekat meja makan damai sekali. Pengantin biasa makan secebis je, Lepas tu, kek hilang dah haha.

My wedding cake is like the simpliest in town




My wedding cake is like the simpliest in town hehe. Yang penting sedap!


17. Hand Bouquet / Bunga Tangan.


Sebenarnya, untuk hand bouquet ni, biasanya bridal ada sediakan sekali. Tapi kalau nak rare dan tak tersama dengan pengantin lain hehe, tempahlah sendiri hand bouquet. Terdapat banyak jenis hand bouquet, ada fresh flowers, fake flowers, buttons, ribbons, terpulanglah nak pilih yang mana. Kalau nak tahan lama jangan pilih fresh flowers ye. Masa majlis aku tu, my anty su juga yang buatkan hand bouquet. Masa tu trend satin flower brooch tengah in, jadi dia buatkan yang tu. Matchy matchy dengan hantaran.

bunga hantaran perkahwinan
Dapat guna untuk majlis nikah dan sanding sebab memang pilih warna yang boleh matchy matchy dengan both baju. Pakai putih masa nikah memang best, nampak suci gitu seperti kesucian ikatan yang bakal terjalin cheewahh.


18. Inai.


Sekarang ramai bride nak ada ukiran-ukiran inai tu. Kalau ada family members yang pandai lagi bertuah. Mesti dapat diskaun atau free je hehe. Tapi kalau takda kenalan, kena la upah orang yang pandai tu. Rate sekarang rm150-200 untuk kaki dan tangan sampai pergelangan tangan je. Lepas tu design yang simple. Kalau pelukis inai tu lagi pro, lagi mahal. Masa aku, memang nak save dan tak nak melabur banyak untuk inai ni, aku beli inai sticker dan suruh my aunt pakaikan. Nak bagi straight dan cun dekat hujung jari tu, tampal salotape dulu. Lepas tu, inai tu kasi rata betul-betul dekat jari. Inai instant tu tak payah pakai lama, dalam setengah jam dia dah merah. So far, i like the colour ;)






Belanja gambar outdoor sikit hehehe. Till then guys, semoga bermanfaat.

Ni belanja video perkahwinan saya :









Carian Popular Ke Sini:

  • persiapan kahwin simple
  • persiapan kahwin
  • persiapan sebelum kahwin
  • persediaan perkahwinan
  • hantaran perkahwinan
  • persediaan sebelum nikah
  • bunga hantaran perkahwinan
  • persiapan kahwin blog