CARIAN PILIHAN


Thursday, 26 May 2016

Apa Saya Alami Ketika Mengandung

Assalamualaikum..

1. Tekak Terasa Tawar

Semasa mengandung ni, alhamdulillah takda pula muntah-muntah atau loya yang melampau. Cuma tekak rasa tawar dan air liur banyak. Selera pun takda. Nasi memang tak selera langsung nak makan. Tekak ni menjurus ke arah western hehe. Contohnya spaghetti, pizza dan mi. Nasi memang pandang sipi-sipi je.



2. Kuat Berpeluh


Sebelum ni, berpeluh juga. Tapi tak se extreme masa mengandung ni. Baju sampai basah. Kalau tahap panas sangat, muka pun habis dibasahi peluh. Kaki pun peluh.



3. Suka Minuman Manis dan Berais


Sebelum mengandung, memang tak minum ais dan manis. Tapi entah kenapa bila mengandung pandai pula order air manis hehe. Kena pula dengan cuaca panas lagilah laju order.



4. Emosional


Secara normalnya, perkara kecil-kecil tak memberi kesan dalam hidup. Tapi masa mengandung ni, benda kecil kadang suami tersalah cakap sikit boleh buat terus menangis. Air mata laju je mengalir. Tiba-tiba perasaan rindukan keluarga lah datang.



5. Mengidam


Ni normallah kan. Majoriti perempuan pun mesti mengidam punya. Macam aku..semua senang je nak cari. Pisang monyet, pizza, spaghetti, mi rebus, nasi ayam dengan ais jagung. See..senang je nak cari hehe. Alhamdulillah takda ngidam palik-pelik. Nasi briyani dengan kek pun sempat makan mase last last mengandung hari tu.


Setakat ni, rasanya ni jelah. Nanti tulis lagi. Asalamualaikum..



No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)