CARIAN PILIHAN


Thursday 1 December 2016

Persiapan untuk Ibu Berpantang







Assalamualaikum..

Persiapan berpantang dan Tempoh berpantang amat penting ye lebih-lebih lagi bagi masyarakat Melayu. Ibu yang baru lepas melahirkan anak amat lemah badannya dan dalam tempoh pantang tu ibu-ibu nak recharge semula tenaga. Bukan badan sahaja lemah, mental ibu juga perlu dilegakan semula selepas mengerah tenaga melahirkan bayi. Berikut adalah antara keperluan bagi ibu berpantang : 

1. Pilis, param dan lotion panas (senang kata ubat bersalinlah, boleh beli dan pilih dari pelbagai jenama yang ada di pasaran, ikut budget masing-masing)

2. Breast pad.

3. Pad - Elakkan maternity pad sebab keras. Pakai pad biasa pun boleh tapi pakai yang overnight punya masa awal-awal.

4. Kain batik.

5. Stokin.

6. Bengkung.

7. Booking tukang urut.

8. Minuman dan makanan sebab menyusukan anak ni cepat lapar. (Contoh : kurma, susu, horlicks, biskut, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dimakan semasa pantang).