CARIAN PILIHAN


Thursday 3 August 2017

Perumahan : Membeli dengan cara yang bijak. Part 1

Membeli dengan cara yang bijak memerlukan banyak perancangan, kaji selidik dan kesabaran


Membeli rumah memang menyeronokkan. Mungkin ia adalah barangan paling berharga yang dibeli dalam seumur hidup anda. Memahami langkahlangkah yang terlibat di dalam pinjaman perumahan boleh membantu anda menjimatkan masa dan mengelakkan keraguan dan keresahan. Buku kecil ini bertujuan untuk menyumbang idea kepada anda mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan pembelian rumah dan menggariskan langkah utama yang perlu dibuat. Ia menyediakan panduan asas dan mengupas istilah-istilah teknikal serta memberikan tip-tip berguna kepada anda sewaktu memohon pinjaman perumahan.


Membeli rumah ialah suatu pembelian terbesar yang akan anda buat dalam seumur hidup anda

MEMBELI RUMAH

Membeli rumah adalah satu peristiwa besar dalam kehidupan seseorang. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan yang rapi dan teliti adalah perlu. Jika anda ingin membeli rumah yang masih dalam pembinaan, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju berkenaan. Anda hendaklah memastikan bahawa pemaju: 
• Mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan   (belum luput)
• Mempunyai lesen pengiklanan dan permit jualan sah yang dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan Anda berhak bertanya kepada pemaju maklumat mengenai lesen dan permit tersebut. Anda juga boleh merujuk kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut. Pemaju yang mempunyai rekod yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai.

DARI SUDUT KEMAMPUAN 

Sebelum memasuki sebarang perjanjian untuk membeli rumah, anda perlu terlebih dahulu menyiapkan belanjawan diri dan keluarga anda, untuk mengenal pasti harga rumah yang mampu anda miliki. Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah dan kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah. Sumber kewangan untuk membiayai pembelian rumah, adalah terdiri daripada kesemua atau sebarang kombinasi perkara-perkara berikut: Membeli rumah ialah suatu pembelian terbesar yang akan anda buat dalam seumur hidup anda
 i. Tabungan
ii. Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan/atau
iii. Kemudahan pinjaman daripada institusi kewangan.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)