CARIAN PILIHAN


Thursday 17 May 2018

Perumahan : Memohon Pinjaman Part 3




Memohon Pinjaman : Dokumen Yang Perlu Dikemukakan

Dokumen Memohon Pinjaman Perumahan

Anda perlu menghantar dokumendokumen asas berikut sebelum institusi kewangan memproses permohonan anda:
• Sesalinan kad pengenalan atau pasport anda
• Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
• Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA

Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau tempahan/ surat tawaran daripada pemaju
• Sesalinan surat hakmilik tanah (jika ada)
• Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit
   simpanan tetap
• Laporan penilaian harta (untuk rumah sudah siap) dan/atau
• Jika anda bekerja sendiri, anda perlu melampirkan dokumen pendaftaran perniagaan, penyata bank
   untuk 3 bulan terakhir, penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh menyokong sumber
   pendapatan anda. Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan mungkin memerlukan
   dokumen sokongan tambahan.

Selepas bersetuju untuk menerima surat tawaran pinjaman, anda perlu melantik seorang peguam untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman. Biasanya, anda akan memilih peguam dari senarai panel
peguam yang disediakan oleh institusi kewangan tersebut. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada Pejabat Setem
untuk pembatalan setem. Selepas proses di atas selesai, dokumen-dokumen berdaftar ini hendaklah
diserahkan kepada institusi kewangan berkenaan dan anda akan diberikan sesalinan Perjanjian Pinjaman. Pada amnya, masa yang diambil untuk menyiapkan proses undang-undang dokumentasi ini
adalah tidak melebihi 6 bulan.