CARIAN PILIHAN


Wednesday 9 May 2018

Perumahan : Tabungan, Simpanan KWSP, Mencari Pembiaya Part 2

TABUNGAN 


     Anda hendaklah mempunyai simpanan peribadi yang mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka dan kos sampingan yang lain. Anggaran yang bijak ialah di antara 10%-20% daripada harga rumah sebagai bayaran muka dan di antara 3%-5% lagi adalah sebagai kos sampingan, seperti bayaran guaman dan duti setem. Ini tips menabung dengan efektif Klik sini


SIMPANAN KWSP



     Anda juga boleh mengeluarkan wang daripada ‘Akaun 2’ anda untuk membuat bayaran muka. Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat pertanyaan berhubung dengan kelayakan untuk membuat pengeluaran tersebut. Cara-cara untuk mengeluarkan Akaun 2 KWSP klik sini

MENCARI PEMBIAYA


Anda perlu membuat tinjauan dan perbandingan terhadap produk pinjaman yang terdapat di pasaran sebelum memilih institusi pembiaya anda. Sila ambil ingatan bahawa, setelah mengambil pinjaman perumahan, anda akan sering berurusan dengan institusi kewangan berkenaan untuk tempoh yang begitu lama. Oleh itu anda perlu mengambil kira faktor-faktor lain dan tidak tertarik kepada kadar faedah yang rendah sahaja. Berikut ialah antara faktor yang harus diambil kira:
• Bagaimana profesionalnya sikap institusi kewangan sewaktu berurusan dengan pelanggan?
• Adakah ia menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dari segi kecekapan dan kebolehpercayaan?
• Apakah pakej yang ditawarkan dan pakej yang mana satukah yang paling sesuai untuk anda?
• Apakah caj-caj yang dikenakan kepada anda? Contohnya ialah fi guaman, fi dan caj berkaitan yang    dibayar kepada Kerajaan, fi pengeluaran pinjaman dan sebagainya. Anda juga hendaklah
  dimaklumkan bila dan berapa kerap pembayaran caj-caj tersebut harus dibuat.


Institusi kewangan yang inovatif biasanya menawarkan pakej pinjaman yang lebih menarik dan sesuai untuk anda dan tambahan pula permohonan diproses dengan lebih cepat dan tanpa banyak kerenah. Masa yang diambil untuk pinjaman anda diluluskan dari tarikh anda mengemukakan permohonan yang lengkap ialah lebih kurang satu hingga dua minggu.

No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)