Hadiah Hari Lahir Untuk Lelaki : Boyfriend, Suami, atau Ayah. Kepada yang masih keliru nak bagi hadiah apa untuk lelaki sempena hari jadi dorang atau ulang tahun perkahwinan korang, disini aku senaraikan benda-benda yang sesuai dan boleh dijadikan hadiah. Antaranya :
Kalau nak beli baju sebagai hadiah, kena tahu warna kegemaran dan jenis baju pasangan korang tu dulu. Masa keluar dating, dia selalu pakai baju jenis macam mana? dan saiz apa? Baju t-shirt, jersi atau baju lengan panjang ke? Dan satu lagi warna baju tu pun kena fikir jugak masa nak beli. Warna hitam, biru, merah antara kegemaran lelaki. Baju couple pun boleh dijadikan hadiah jugak tp untuk hari lahir baik bagi baju biasa, jika ulang tahun perkahwinan atau pasangan bolehlah kot.
Lelaki ni tidak mempunyai banyak pilihan aksesori seperti wanita. Jadi, untuk menonjolkan imej mereka untuk nampak lebih menarik, handsome dan bergaya, sekurang-kurangnya seutas jam tangan mesti ada pada mereka. Tak kisah jenama jenis apa, tapi kalau aku suka yang jenis sport watches macam Casio, Adidas, G-shock and macam-macam jenama lagi. Senang pegi kedai jam pilihlah mana satu yang berkenan dihati untuk jejaka idaman. Ceewah!
Pen ni sesuai diberikan bagi lelaki yang berkerjaya,yang selalu menulis, suka membaca. Nasihat aku, kalau nak bagi hadiah pen, jangan beli pen yang ballpoint yang jenis mata macam nak tulis khat. Kalau aku dapat yang macam tu memang jadi hiasan la sebab susah nak guna. Beli yang ballpoint biasa je, yang boleh digunakan untuk urusan harian tp carila yang cantik sikit siap ada casing jgn bagi pen yang dalam plastik kedai 2 ringgit pulak. hehe
Hadiah yang lelaki paling suka. Sebab lelaki biasanya 2 hingga 3 tahun baru tukar wallet baru, selagi tak hancur lunyai selagi tu la recycle guna yang tu je. Ada jugak yang bertahun-tahun tak tukar-tukar wallet sampai koyak sana sini. Kalau perempuan, setahun tu rasanya dah 5 handbag kan? Wallet lelaki ada dua jenis, short and long wallet. Kalau lelaki yang bekerjaya, diorang lebih prefer long wallet sebab banyak slot disediakan untuk letak kad dalam tu tapi nengok jugak ada jugak yang suka short wallet walaupun bekerjaya, korang sendiri kene ushala pakwe or suami atau ayah korang.
Cuba tengok belt atau tali pinggang pasangan korang. Tali pinggang ni lebih kurang macam wallet jugak. Paling banyak ada 2 je, pastu duk ulang pakai yang sama sampai terputus. Kalau nak bagi hadiah tali pinggang, memang seronok jugak la lelaki. Biasanya lelaki hanya guna 2 warna sahaja untuk tali pinggang iaitu black and brown.
AKSESORI
Kena tengok apa minat dia. Kalau suka make up kereta macam aku, bagi hadiah aksesori kereta macam audio player, seat kereta baru ke, kereta baru pon boleh.huhu. Tapi kos nak beli tu agak tinggi jugak la. Kalau dia suka main bola, boleh beli jersi pasukan kegemaran dia atau kasut bola. Yang minat fotografi, boleh belikan dia kamera DSLR. Kalau dia suka makan, beli je dapur gas suruh dia masak..hehe
GADGET
Cuba tengok gadget apa yang pasangan korang guna sekarang ni? Kalau still guna yang jenis boleh main baling-baling tu, elok la korang upgradekan dengan beli yang baru. Kalau handphone, yang dapat whatsapp dan ada kamera pun dah ok. Gerenti dia suka giler-giler la dapat gadget baru. Kalau dapat Iphone lagi bertambah sayang kat korang. Sekarang handphone banyak yang murah-murah tinggal pilih je.
PERFUME
Kenal pasti terlebih dahulu pasangan korang tu suka perfume atau tak. Lelaki ada dua jenis, yang suka pakai perfume dan yang tak suka perfume, mungkin sebab pening dengan bau perfume kot. Membazir pulak kalau beli tapi tak guna. Kalau nak beli perfume sebagai hadiah hari jadi tu kene nengok jugak kadang ada lelaki tak suka perfume yang ada alkohol besela nak mesra solat, Bende ni penting.KEK DAN MAKANAN
Sebenarnya barang-barang kat atas ni tak ada pon tak pe sebenarnya, rasanya orang lelaki ni korang wish atau ingat hari lahir die je sudah memandai bagi die, kurang-kurang dapat 1 slice kek dan belanja makan pon memandai bagi lelaki.huhu.KASIH SAYANG
Kalau tak mampu nak sediakan apa senarai yang ada kat atas ini, memadai dengan memberikan ucapan dan kasih sayang yang sepenuhnya pada pasangan korang kerana ia merupakan hadiah yang tidak ternilai bagi mereka. Doakanlah pasangan korang dimurahkan rezeki dan panjang umur.Jadi dah tahu kan apa hadiah yang lelaki suka?
Carian Popular Ke Sini:
- hadiah untuk pakwe
- hantaran tunang simple untuk lelaki
- hadiah untuk suami sempena hari lahir
- baju kemeja lelaki
- hadiah hari jadi untuk lelaki