CARIAN PILIHAN


Sunday, 17 February 2019

Ayam Cemani : Hitam bukan sebarang hitam, Hitam ada khasiatnya



HITAM BUKAN SEBARANG HITAM.
KHASIAT AYAM SELASIH DALAM PERUBATAN




Ayam selasih atau nama saintifiknya Gallus Gallus Domesticus ataupun juga dikenali sebagai Ayam Cemani dikatakan berasal daripada Indonesia, iaitu daripada Pulau Jawa. Perkataan cemani berasal dari bahasa jawa kuno yang artinya Hitam Legam,warna hitam ini menyelimuti seluruh tubuh bermulai dari balung, gelambir, paruh, bola mata rongga mulut, lidah, bulu, sayap, ketiak, lubang dubur, kaki,dan kuku. Kononnya ayam cemani ini memiliki warna hitam yang sangat sempurna dengan 100 % warna keseluruhannya hitam, bahkan sampai warna daging, tulang dan darahnya semuanya berwarna hitam, warna hitam menyelimuti seluruh tubuh dari bahagian luar, hingga bahagian dalam/jeroan nya, mulai dari tenggorokan, rongga mulut, lidah, semuanya hitam. Melihat dari kriteria dan ciri-ciri tersebut inilah yang dikatakan sebagai : “Ayam Cemani Asli” atau sering juga disebut dengan julukan (Hayam Hideung) kata orang Sunda.



Dulu nya asal usul ayam selasih / cemani ini adalah ayam kedu hitam, yang banyak dipelihara oleh masyarakat zaman dahulu di desa Kedu pada zaman Kerajaan Majapahit abad ke 19. Ayam ini merupakan ayam yang sangat istimewa pada zaman tersebut, sehingga ayam ini sangat disukai dan menjadi peliharaan atau koleksi para bangsawan dan raja-raja sahaja pada zaman dahulu kala. Inilah yang membuatkan ayam ini menjadi sangat eksklusif, memiliki nilai pasaran yang tinggi kerana dikaitkan dengan golongan atasan. Ayam Selasih /Cemani berasal dari Ayam keturunan kedu hitam, ia mempunyai keunikan pada balung tunggal berbentuk gerigi (bagi jantan). Ia cuba dibiakkan dari generasi ke generasi yang seterusnya dengan mengekalkan keunikannya. Namun begitu populasinnya semakin berkurang dan menyusut jika dibandingkan populasi Ayam selasih /Cemani 100 tahun yang lalu. Hal inilah yang membuatkan Ayam Selasih/Cemani ini kini menjadi semakin kurang, dan sukar diperolehi, sehinggakan ayam ini menjadi banyak di buru dan di cari orang, hingga saat ini hanya segelintir orang saja yang memiliki nya.


.
Ayam selasih tidak ramai yg suka makan kerana isinya kehitaman tapi ia baik dalam perubatan. Bagi wanita yg serius mengalami haid tidak teratur dan gejala senggugut, dgn campuran herba lain serta bahan utama isi ayam selasih ini mampu buatkan para wanita senyum lepas sembuh dari sakit tersebut. Nak dpt pati ayam ini amat susah.. jika dpt untung la.. awet muda dan kekal cergas.. Minyaknya mmg amat mujarab dibuat minyak sapu pada kulit wajah.. bila sapu kulit menegang rasa hingga 4-7 jam.. tak caya cuba buat.





Selain tu ada juga ahli2 perubatan berkongsi pendapat ttg khasiat ayam selasih ini. seperti :
1.Melancarkan peredaran darah justeru hilang kelesuan badan.
2.Melegakan Asma
3.Baik untuk pesakit kencing manis (penurunan drastik)
4.Mengubati penyakit buasir kecil
5.Melegakan sakit pinggang, sendi2 dan lutut.
6.Melegekan Migrain dan membuang angin dalam badan.
7.Menaikan seri wajah dan kesihatan kulit yang baik.
8.Wanita selepas bersalin baik utk pulihkan peranakan.

Banyak kan khasiat ayam selasih ni. Biar pon fizikalnya hitam semua orang tak pandang tapi khasiatnya bawa 1001 manfaat. Subhanallah...

Sumber : facebook
Credit : @ayamcemanifarm


No comments:

Post a Comment

Nak Komen Ye?
Silakan. ;)