Panduan Mendaftar E-Rumah Johor
Langkah 1: Daftar Akaun
1. Pemohon perlu klik butang “Daftar Akaun Sekarang” untuk mendaftar akaun dengan SPJ.
2. Pada Skrin Daftar Akaun, klik kotak Individu
2.Skrin Syarat-Syarat Pendaftaran Akaun akan dipaparkan.
3.Setelah membaca dan memahami syaratsyarat permohonan, klik Saya Setuju jika bersetuju. Manakala, jika tidak bersetuju dengan syarat, klik Tidak Bersetuju.
4.Jika bersetuju, Borang Pendaftaran Akaun Baru – Individu akan dipaparkan. Tetapi, jika tidak bersetuju, skrin utama Portal Awam SPJ akan dipaparkan.
5.Pemohon perlu melengkapkan maklumat individu.
6.Maklumat yang diperlukan termasuk Nama Individu, No Kad Pengenalan Individu, Tarikh Lahir dan Emel. Kemudian klik DAFTAR.
7. Mesej notifikasi akan dipaparkan. Klik Tutup untuk menutup mesej notifikasi Satu emel akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan.
Langkah 2: Log Masuk Portal SPJ
1. Dibahagian atas sebelah kanan, klik Log Masuk ke Dalam Akaun. Kemudian, Skrin Log Masuk Sistem akan dipaparkan
2. Klik kotak Individu untuk login ke Portal Awam SPJ. Kemudian, skrin untuk masukkan Kata Nama dan Kata Laluan akan dipaparkan.
3. Masukkan Kata Nama dan Kata Laluan. Klik Log Masuk. Kemudian, mesej notifikasi akan dipaparkan
4. Klik Tutup. Borang Maklumat Peribadi Individu akan dipaparkan.
5. Lengkapkan maklumat peribadi individu. Kemudian, klik KEMASKINI. Mesej notifikasi akan dipaparkan.
Langkah 3: Memohon Rumah Mampu Milik
1. Klik Perumahan Mampu Milik. Kemudian, skrin Permohonan Lot Bumiputera akan dipaparkan.
2. Klik Permohonan Baru. Kemudian, skrin Borang Permohonan Rumah Mampu Milik akan dipaparkan.
3. Pemohon pilih Kategori Rumah, Daerah dan Mukim. Kemudian, klik HANTAR
6.Untuk meneruskan permohonan, klik Ya. Jika tidak mahu meneruskan permohonan, klik Tidak.
7.Jika klik Ya, mesej notifikasi akan dipaparkan. Jika klik Tidak, skrin borang permohonan akan dipaparkan.
8. Klik Tutup untuk menutup mesej notifikasi. Nota: Selepas pemohon menghantar permohonan, Pembantu Tadbir Rumah Mampu Milik akan memproses permohonan tersebut.