Seorang peminat ikan hiasan kecewa dengan kematian ikan kesayangan yang berlaku kepada beliau beberapa hari lalu.
Mengikut kiraan ikan yang mati dan harga ikan yang mati boleh mencecah ribuan ringgit.
Sesiapa pun akan menangis tidak berlagu jika perkara ini terjadi pada kita. Shafiq Duc berkongsi gambar-gambar ikan yang telah mati di facebook Arowana Fan.
Ikan-ikan ini mati disebabkan ketiadaan tenaga elektrik ketika beliau pergi ke kerja. Ketika pulang beliau mendapati ikan kesayangannya telah pergi selamanya. Walaupun tiada tenaga elektrik beliau masih mempunyai mesin back up oksigen namun mungkin disebabkan kepadatan ikan menyebabkan mesin Pump ACDC tersebut tidak dapat menampung ikan yang ada.
Ini antara ikan yang telah mati :
Ikan Arowana MGBB = Rm 1000-Rm3000 seekor
Ikan Pari Freshwater : RM300-RM400 Seekor
Takziah kepada Shafiq Duc atas pemergian Ikan Kesayangannya.