CARIAN PILIHAN


Friday, 1 March 2019

SKIM mySALAM untuk Rakyat B40










Skim perlindungan kesihatan nasional mySalam adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 3.69 juta individu B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 berumur 18 hingga 55 tahun, serta pasangan mereka. Inisiatif ini menjadi realiti melalui kerjasama dengan syarikat insurans, Great Eastern Holdings yang telah menyumbang caruman dana permulaan sebanyak RM2 bilion ke dalam dana amanah mySalam. Kerjasama ini merupakan contoh model Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership) yang tulen, ke arah membina rangkaian perlindungan sosial yang lebih baik untuk rakyat Malaysia.

Sebagai permulaan, skim ini akan ditawarkan melalui Great Eastern Takaful Berhad, pengendali takaful yang didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Mereka yang layak akan dimaklumkan melalui SMS di mana mereka dilindungi di bawah skim ini. Skim ini menyediakan pembayaran sebanyak RM8,000 satu kali / sekaligus sekiranya mereka disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit jantung, distrofi otot, Alzheimer, dan lain-lain. Selain itu, skim mySalam juga menyediakan bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari, atau RM700 setiap tahun, kepada mereka yang menerima rawatan di mana-mana hospital kerajaan.


Skim ini berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Penerima mySalam boleh mula membuat tuntutan mereka di bawah Skim ini mulai 1 Mac 2019.


Manfaat dari skim ini ialah Pembayaran sebanyak RM8,000 secara sekaligus apabila disahkan menghidapi salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang disenaraikan di bawah Skim ini.

Bayaran RM50 secara harian sehingga RM700 setahun sebagai pendapatan gantian apabila sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan atau hospital yang diiktiraf.

Pemohon yang layak akan dimaklumkan melalui Pesanan Khidmat Ringkas (SMS) mulai 1 Mac 2019.