Wednesday, 10 April 2019

5 Jenis Resipi Ayam Bakar Meletop





Disini adalah perkongsian 5 Jenis Resipi Ayam Bakar. Ayam Bakar sangat sinonim dengan family day dan riadah bersama keluarga. Klik pautan dibawah untuk terus ke Resipi yang anda inginkan :


1. AYAM BAKAR CILI PADI
2. AYAM BAKAR ALA SATE
3. AYAM PANGGANG BLACKPEPPER
4. AYAM BAKAR ALA NANDOS
5. AYAM BAKAR BEREMPAH






AYAM BAKAR CILI PADI

ayam bakar yang meletop




Bahan-Bahan

1 ekor ayam
Garam dan gula @ madu secukupnya
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap

Bahan Kisar

1 batang serai
4 ulas bwg putih
5 ulas bawang kecil
10 tangkai cili padi (leh adjust lau nak tambah pedas)
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 biji kiub ayam (lau xmau guna leh ganti belacan)
Sedikit minyak (saya guna olive oil)
(semua bahan ni kisar atau tumbuk)

Cara Membuatnya:

1. Campur bahan kisar ngan sos tiram, sos cili, kicap, garam dan gula @ madu. Sapu pada keseluruhan ayam dan perap 1 jam atau semalaman dalam peti ais

2. bakar dalam oven guna api atas bawah, suhu 200 c selama 45 minit atau 1 jam. Bergantung pd oven memasing. Tengok-tengok api, jangan kering sangat. Biar isi ayam tu lembab-lembab sikit. Boleh juga bakar guna kuali ajaib, pandai-pandai adjust api.




Kembali ke Atas



AYAM BAKAR ALA SATE

ayam bakar ala sate yang sedap




Bahan-bahan diperlukan:

1 ekor ayam - dipotong2
15 biji bawang merah
1 labu bawang putih
2 cm halia
10 - 15 tangkai cili kering - ikut kepedasan sendiri
10 batang serai
2 cm kunyit hidup
1 sudu kecil garam
2 cawan teh gula pasir (resepi ni memang menggunakan banyak gula bertujuan supaya ayam tu cantik berkilat masa dipanggang dan rasanya seimbang manisnya sebab dah bercampur dengan rasa pedas dan rempah2 dalamnya...memang seakan2 rasa sate)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
5 sudu besar madu

Cara menyediakan dan memasak:

Kisar semua bahan kecuali ayam dan madu.
Tuang bahan kisar ke dalam bekas yang berisi ayam dan sebatikan.

Tuang madu dan sebatikan lagi.
Perap dahulu sebelum dibakar. ( perap 24 jam untuk dapatkan rasa ayam bakar ala sate yang lebih best )

Panaskan oven dan bakar ayam selama 1 jam dengan suhu 180c. guna api atas bawah untuk mendapatkan ayam bakar yang cantik garingnya dan sentiasa terbalikkan ayam tu.



Kembali ke Atas


AYAM PANGGANG BLACKPEPPER
Oleh: Azie Kitchen

ayam bakar blackpepper yang mantap




Bahan bahan:
1/2 ekor ayam - potong suka hati
2 inci halia
6 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
Coarse black pepper secukupnya
Sedikit madu
Sedikit garam
Sedikit minyak zaitun - renjis

Cara Memasak :

Kisar halia dan bawang putih sehingga halus. Lumur pada ayam. Satukan sos tiram dan madu. Lumur lagi pada ayam. Akhir sekali tabur serbuk lada hitam.

Masukkan ke dalam loyang bersesuaian. Renjis dengan minyak zaitun. Bakar pada suhu 150C sehingga ayam masak. Saya bakar lama dalam 1 jam dengan diterbalikkan dan direnjis minyak dari masa ke semasa.

Nota:
Boleh juga dimasukkan ubi kentang, karot dan dibakar bersekali.




Kembali ke Atas


AYAM BAKAR ALA NANDOS

ayam bakar ala nandos yang sedap




Bahan - Bahan

1 ekor ayam (dikembang kupu-kupu)
6 biji cili padi (kurangkan sekiranya nak kurang pedas)
1 biji capsicum merah
1 biji lemon (diperah jusnya)
2 sudu besar paprika
2 sudu kecil garam
1 sudu besar oregano
1/2 sudu kecil serbuk cili
1/2 cawan minyak sayuran (boleh juga guna minyak zaitun)
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1/4 sudu kecil pewarna merah

Cara Memasak

1. Ayam dikembang kupu-kupu. Ketepikan.

2. Masukkan kesemua bahan (kecuali ayam) ke dalam blender dan proses sehingga sebati. Sos ini akan digunakan untuk memerap ayam. Ia juga boleh dimasak dengan sedikit air sehingga agak pekat dan digunakan untuk mencicah semasa menikmatai ayam nanti. Boleh juga dibuat kuantiti yang lebih besar dan simpan di dalam peti sejuk. Sebaik-baiknya sos ini dibuat awal sehari sebelum digunakan untuk memerap kerana rasanya akan lebih sedap lagi.

3. Langkah ini boleh diabaikan tetapi kalau buat akan bertambah sedap, moist dan lembut ayamnya. Masukkan 2 sudu kecil garam, 1 sudu kecil gula, 1/2 cawan cuka, jus sebiji lemon, sesikit daun ketumbar dan sedikit daun pasli ke dalam bekas yang muat seekor ayam. Masukkan air sejuk. Kacau sebati. Masukkan ayam, biarkan tenggelam. Tutup dan sejukkan 1 ke 4 jam. Selepas itu keluarkan, bilaskan dengan air dan bolehlah diperap dengan bahap perapan.

4. Lumurkan sos perapan ke seluruh permukaan ayam, juga di celahan-celahan. Tutup dan sejukkan semalaman.

5. Preheat oven ke 170ºC

6. Masukkan ayam ke dulang yang telah digris. Bakar selama 20 minit. Terbalikkan ayam pada minit ke 10.

7. Setelah 20 minit, kurangkan suhu ke 120ºC. Terbalikkan ayam, sapu sedikit sos pada ayam dan bakar lagi lebih kurang 15 ke 20 minit. Sapukan sos sekali lagi pada minit ke 10.

8. Untuk mendapatkan efek BBQ, gunakan fungsi broil pada oven dan bakar lebih kurang 5 minit untuk setiap belah. Sekiranya tiada fungsi broil, alihkan ayam ke rak paling atas, gunakan api atas sahaja, setkan suhu ke 200ºC dan bakar 5 minit untuk setiap belah. Perhatikan supaya tidak sangat hitam.




Kembali ke Atas

AYAM BAKAR BEREMPAH

ayam berempah yang asyik




Bahan

1/2 ekor ayam
2 sudu besar rempah kari
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih  kisar halus
2 inci halia
garam secukup rasa

Cara Membuat :

1. Bersihkan ayam dan basuh. Tuskan sehingga kering.

2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.

3. Perapkan selama 2 jam atau lebih.

4. Gunakan pemanggang ajaib atau kuali non-stik bakar ayam selama 30 minit sambil balikkan sekali sekala.

5. Hidangkan dengan sos lada hitam atau sos cili.

#Tips
Boleh bakar dalam oven pada suhu 180'C selama 30 minit. Susunkan ayam atas jaring untuk dapatkan garing kedua-dua belah bahagian [tidak perlu pusingkan ayam].




Kembali ke Atas

Sumber : Siakap Keli
Kredit: Makan D'Utaqa