Wednesday, 10 April 2019

Ramadan Tiba : 13 Resipi Sahur Mudah dan Simple

Bulan Ramadhan Bakal menjelma tidak lama lagi. Mesti ramai yang memikirkan makanan yang perlu dibuat untuk sahur. Jadi ini 11 Resipi Sahur yang mudah dan simple untuk anda bersahur bersama keluarga :

1. DAGING GORENG KUNYIT
2. TELUR HANCUR
3. SAMBAL KERANG/KUPANG
4. AYAM POPCORN
5. IKAN REBUS GORENG
6. SAYUR KAILAN IKAN MASIN
7. UDANG MASAK LEMAK
8. PARU GORENG BERLADA
9. SARDIN
10. SAYUR CELUR GORENG SOS TIRAM
11. GORENG BILIS BAWANG
12. IKAN SINGGANG TERENGGANU
13. SAMBAL KERING KACANG BILIS







DAGING GORENG KUNYIT

daging greng kunyit sedap

(Boleh digantikan dengan ayam. Ayam(dilumur kunyit garam) jika suka goreng separuh masak dan angkat.)

Bahan-bahan:

Daging yang dihiris nipis
Sebiji bawang besar
Hirisan lobak merah
Kacang panjang/buncis yang dipotong
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu serbuk kunyit
Hirisan cili merah/cili padi
1/2 sudu cuka atau 1/4 cawan air asam
Sedikit kicap manis

Cara menyediakan:
Tumbuk bawang putih dan halia. Tumiskan.
Masukkan daging/ayam
Tunggu daging masak masukkan bawang besar dan hirisan cili.
Masukkan sayur-sayuran, sedikit air, serbuk kunyit, kicap dan garam
Gaulkan.
Tutup kuali seketika dalam 3-4 minit.
Angkat dan hidangkan,




KEMBALI KE ATAS

TELUR HANCUR (untuk dimakan dgn roti)

telur hancur sedap dimakan bersama keluarga
2/3 biji Telur
2 tangkai daun bayam (potong kecil-kecil)
Sedikit keju
Cendawan butang didadu
Tomato yang dihiris
sedikit mayonis
sesudu serbuk lada sulah
sesudu mentega/minyak

Cara menyediakan:
Pecahkan telur dan kacau di dalam mangkuk.
Oleskan mentega/butter di muka kuali.
Api jangan kuat.
Masukkan telur yang dikacau tadi,
Kacau dan hancurkan telur..buat dgn cepat tapi berhati-hati.
Masukkan bayam, keju, mayonis, cendawan dan serbuk lada sulah.
Kacau perahan dan angkat.

Letakkan ke atas roti yang telah disapu mentega.
Letak hirisan tomato dan sos cili jika suka.




KEMBALI KE ATAS

SAMBAL KERANG/KUPANG

sambal kerang yang menyelerakan

Kerang direbus dan dikopek kulitnya.
(atau kupang segar tidak perlu buang kulit)

Bahan untuk sambal:
Cili kisar
(rebus cili kering yang dibuang biji dan kisar dengan minyak)
10 biji bawang merah dikisar
(jika tiada bawang merah boleh guna 5 biji bawang besar)
Sedikit belacan jika mahu
Air asam ( ikut kemasaman yang disukai)
Hirisan bawang besar
Garam dan gula secukup rasa

Cara menyediakan:
Panaskan minyak.
Masukkan kisaran cili dan bawang.
Masak sehingga cili garing /naik minyak
Setelah cili agak kering dan garing, masukkan sedikit air asam dan belacan
Masukkan hirisan bawang besar.
Tunggu sambal masak elok baru masukkan kerang atau kupang.
Kacau sampai rata dan angkat.




KEMBALI KE ATAS

Ayam Popcorn


ayam popcorn yang rangup

Isi ayam
Tepung gandum
Tepung goreng KFC (mana-mana jenama)
Sebiji telur
Serbuk lada sulah
Jika suka, sedikit jintan manis dan lada hitam ditumbuk.
Sedikit garam

Cara menyediakan:
Celup isi ayam dengan telur yang pukul awal.
Kemudian masukkan ke dalam semangkuk tepung gandum, jintan manis dan lada hitam..lumur mesra.

Ambil sehelai plastik bersih. Masukkan tepung goreng KFC mana2 jenama dan serbuk lada sulah serta garam
Goncangkan plastik untuk satukan tepung.
(Ikat atau pegang mulut plastik ketat-ketat)
Kemudian, masukkan isi ayam yang telah dimur dengan telur dan tepung gandum tadi.
Goncangkan plastik sekali lagi.
(Cara ini bagi menggantikan cara angkap dan celup satu-satu)

Sediakan kuali dengan minyak yang dalam.
Tunggu minyak panas.
Goreng satu persatu isi ayam tadi hingga garing dan kekuningan.
Angkat dan toskan.



KEMBALI KE ATAS

IKAN REBUS GORENG


Bahan-bahan :
Ikan kembung / sardin / tongkol atau apa-apa ikan la
ikut suka berapa ekor
5 keping asam gelugor (jika tiada boleh gantikan dengan air asam jawa)
garam secukup rasa
air secukupnya untuk merebus

minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan dimayang
2 ulas bawang merah/ 1/2 biji bawang besar (dipotong bulat)
2 tangkai cili merah atau cili hijau solok
2 biji cili padi (dipotong kasar)
sedikit limau nipis

Cara Menyediakan:
Ikan dibersihkan dan dipotong.
Rebus ikan bersama asam keping dan garam. (masukkan ikan, asam keping, garam dan air secukupnya dan rebus dalam periuk. rebus sampai air hampir kering. padamkan api.) Sejukkan.

**Ikan rebus ini tahan lama dan boleh disimpansejuk dahulu dalam peti ais sebelum digoreng.

Ambil beberapa ekor ikan dan goreng semula ikan tadi.
Bila dah nak garing (ikut suka tahap kegaringan)
masukkan bawang besar yang telah dimayang
Masukkan sekali hirisan cili.
Goreng hingga garing dan harum.
Angkat dan dihidangkan. Perahkan sedikit asam limau jika suka.




KEMBALI KE ATAS

SAYUR KAILAN IKAN MASIN

ayur kailan ikan masin yang mantap

Bahan-bahan:
5 tangkai Kailan,dibersih dan disiang
(boleh diganti dengan kangkung)
1 ekor ikan tenggiri masin jeruk
2 ulas bawang putih diketuk
1 labu bawang besar dihiris
5 biji cili api
bahan perasa
sedikit sos tiram
sedikit sos ikan
minyak utk menggoreng
sedikit air

Cara-cara:
Panaskan minyak.
Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
Kecilkan api dan masukkan ikan tenggiri jeruk.
Masukkan sos tiram,sos ikan,bahan perasa,sedikit air.
Kemudian,besarkan api, masukkan kailan.
Goreng seketika jangan sampai kailan jadi kecut.
Siap untuk dihidangkan.



KEMBALI KE ATAS

GORENG BILIS BAWANG

goreng bilis bawang yang rangup
Ikan bilis segenngam, dicuci dan ditos
(goreng sehingga garing)

1 labu bawang besar
Hirisan cili merah
atau beberapa biji cili padi ikut keepdasan yang disukai
Kicap manis (kuantiti ikut suka)
Garam secubit
Minyak

Tambahan bahan jika suka
(khas)utk ibu berpantang
2 inci halia dihiris halus
2 inci kunyit hidup dihiris

Cara menyediakan:
Panaskan minyak
Masukkan bawang, halia dan kunyit, goreng agak kelayuan.
Masukkan hirisan cili dan kicap serta garam jika mahu
Angkat dan tuang ke atas ikan bilis yang telah digoreng.

Menu ini boleh dimakan dengan nasi putih atau bubur nasi kosong atau diletakkan ke atas telur goreng mata kerbau,




KEMBALI KE ATAS

UDANG MASAK LEMAK

udang masak lemak yang sedap
Bahan-Bahan:

1/2 kilogram udang

Bahan untuk di kisar:
4 ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
1 1/2 inci kunyit hidup
15 biji cilipadi

Bahan-bahan lain:
garam dan gula
2 batang serai
3 cawan santan
1/2 biji nenas dipotong ikut kesukaan
Cara Penyediaan:

Bahan kisar di masukkan kedalam periuk
Masukkan nenas,bersama santan dan serai, masak sehingga nenas lembut
Sentiasa kacau kuah supaya tak pecah minyak
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Masukkan udang selama 2 minit, jangan terlalu lama untuk mengelakkan udang daripada keras
Tutup api dan hidangkan.



KEMBALI KE ATAS

PARU GORENG BERLADA


Bahan-bahan :
1/2 kilogram paru lembu
7 biji cili
1 labu Bawang besar
3 ulas Bawang putih
1 batang Serai (dititik)
1 sudu teh Serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara menyediakan:
Rebus paru sehingga lembut (Nak tau lembut atau tidak, cucuk paru guna garfu)
Paru dipotongnipis mengikut saiz kesukaan masing-masing.
Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit.
Kemudian digoreng separuh masak. Angkat dan toskan.
Kisar kasar tanpa air/tumbuk bawang besar, cili merah dan bawang putih. .
Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai.
Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Setelah bahan ditumis sebati, masukkan paru yang telah digoreng tadi.
Gaul paru dan bahan ditumis sehingga sebati.




KEMBALI KE ATAS

SARDIN

sardin yang menyelerakan
Setin sardin
1 biji bawang besar holland (lagi banyak lagi sedap)
1 inci Halia
3 ulas bawang putih
Sesudu pes cili kisar
Hirisan cili merah
5 tangkai cili padi
Sedikit air asam atau boleh diganti dengan sos tomato atau sesudu cuka
1 biji tomato jika suka
Sesudu kicap manis jika suka

Cara menyediakan:
Masukkan sedikit minyak untuk menumis
Tumbuk halia dan bawnag putih dan tumiskan. Jangan sampai hangus
Masukkan pes cili kisar, masak sampai garing
Masukkan sardin
Dalam 2 minit, masukkan lain-lain bahan seperti sos tomato/air asam, tomato yg dibelah, bawang besar, hirisan cili.
Jika suka, boleh letak sesudu kicap manis.
Perasakan dengan garam,
Tunggu hingga didih dan angkat.



KEMBALI KE ATAS

SAYUR CELUR GORENG SOS TIRAM


sayur celur goreng sos tiram
6 tangkai sayur kacang panjang/buncis
atau beberapa tangkai asparagus
atau campuran sayu-sayuran yang digemari
seperti brokoli, kobis bunga, kacang peas, cendawan hitam dll
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sesudu udang kering dicuci bersih
Hirisan cili merah/cili padi
Sebiji telur jika suka
Hirisan bawang besar holland
Sedikit sos tiram

Cara menyediakan:
Celur atau stimkan sayur (jangan campai terlalu lembut). Toskan
Tumbuk bawang putih, bawang merah, udang kering sampai lumat.
Jika suka telur, terlebih dahulu buat telur hancur..goreng dengan minyak sedikit dan angkat.

Seterusnya, tumis bahan yang ditumbuk tadi.
Jangan sampai hangus.
Masukkan sayur-sayuran yang dicelur tadi.
Masukkan sos tiram, bawang besar, hirisan cili.
Masukkan sedikit air.
Perisakan dengan garam.
Tutup kuali dengan penutup dalam 2 minit.
Sebelum angkat, letakkan telur hancur dan kacau.




KEMBALI KE ATAS

IKAN SINGGANG TERENGGANU
ikan singgang terengganu

Bahan-bahan
3 Ketul ikan tongkol (Aye) /tenggiri
3 ulas bawang merah - dimayang
3 ulas bawang putih - dimayang
2 cm lengkuas - dihiris nipis
2 cm kunyit - dihiris nipis
5 keping asam gelugur
garam secukup rasa
1 liter air
Cili api

Cara Memasak:
Campurkan kesemua sekali bahan-bahan diatas dan dimasukkan kedalam periuk.
Masukkan air kosong dan jerang sehingga mendidih.
Masukkan garam dan rasa
Akhir sekali masukkan lada kecil dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

Notes:
Kalau hendak rasa singgang yang betul-betul enak, perlu dijerang bahan-bahan tu lebih lama @ sehingga sukatan air tinggal setengah daripada asal





KEMBALI KE ATAS

SAMBAL KERING KACANG BILIS

sambal kering padang kacang bilis

Bahan-bahan :
100 g ikan bilis goreng dan sejukkan
200 g kacang tanah goreng dan sejukkan
Jika suka:
Tempe dipotong dadu dan digoreng setelah dilumur kunyit dan garam
Kentang dipotong baji dan digoreng
sedikit air asam jawa
3 sdb gula
garam secukup rasa
Minyak menumis 1/2 cawan

Bahan Kisar
Cili kering (banyak brgantung kepedasan yang disukai), digunting, buang biji, rebus dan tos
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
**Kisar semua bahan sehingga halus

Cara menyediakannya:
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar
Masak sampai garing dan agak kering
Masukkan gula,garam dan air asam biar sehingga agak gareng dan kering bersakar sedikit.
Padamkan api dan biarkan sejuk seketika

Masukkan kacang goreng dan bilis goreng..(tempe dan kentang kalau mahu)
Gaul rata dan pastikan sambal menyaluti kacang dan bilis sepenuhnya




KEMBALI KE ATAS