Monday, 8 April 2019

Tips Jika Dipatuk Ular di Muara




Seorang pemancing berkongsi pengalamannya ketika dipatuk ular ketika sedang memancing di Muara.






"Assalamualaikum semua, apa sy nk kongsi ni adalah satu peringatan bersama.kerana terlalu ghairah mencari siakap dia muara xpandang dibawah, xkire di muara atau mana2, yg penting beringat. kejadian saya kena patuk ular ni pada tahun lepas mancing di area port klang dkt pulau indah.. saat leka tgh casting sy dipatuk ular kapak bodoh, kesilapan saya dkt situ saya hanya berselipar walaupun tanah tiada rumput..ibarat air yg tenang tiada buaya..perkara pertama saya buat, sy tekan dekat kaki sy dipatuk, dan saya urut smpai keluar air putih mungkin bisa dan saya kencing ditmpt tersebut smpai 10 saat saya basuh dengan air mineral dan amik pucuk daun bakau saya kunyah sehingga hancur dan tampal ditempat terkena patuk tersebut. sehingga lah smpai hospital sy dicucuk anti venom..cara saya berpantang jgn makan sayuran berjala seperti timun, kacang dan sekutunyalah..banyakkan minum air masak..lagi elok rendamkan kaki dalam pasir pantai sedalam 1kaki.jika ada geliga ular letak ditempat kne patuk.. disini saja saya dapat kongsi kepada kawan2"







Ular ini merupakan ular paling kecil dari keluarga Homalopsidae. Ular ini dapat ditemukan di habitat lumpur, hutan bakau, muara dan berbagai habitat air tawar maupun air payau. Ular ini dikenali sebagai Richardson's Mangrove Snake.

Ular ini dapat menggalikan dirinya kedalam lumpur di air. Ular ini makan ikan Gobiidae dan mungkin juga krusatea. Seperti ular homalopsid lainnya, ular ini berbisa rendah dan bertaring belakang.





Sumber : Facebook
Kredit : Amroy Kazan