TIPS GRILL RUMAH BAGI TUJUAN PENYEWAAN
- Lama tak share bab tips-tips ni wehh, Ok bagi sesebuah rumah memang memerlukan grill sebagai
tujuan pencegahan keselamatan yang diperbuat dari pelbagai jenis besi. Grill biasanya dipasang di
pintu luar, sliding door, tingkap, jendela dan ruangan berkaca yang terdedah.
- Orang nak menyewa rumah kita pun dia tengok ada grill atau tidak, kalau kosong je alamatnya
payah lah nak dapat penyewa oleh kerana faktor keselamatan.
- Harga besi yang semakin mahal bagi grill keseluruhan rumah, ia bergantung kepada berapa banyak
besi yang digunakan, jenis besi dan corak design besi.
- Bagi rumah untuk tujuan penyewaan, perkara paling penting bagi grill ialah harga yang paling
rendah dan ekonomi.
- Tiada guna tempah menggunakan besi jenis mahal, corak design yang nak lebih cantik serta cat
putih yang nampak lebih elegan. Boleh kata semua tu membazir melainkan nak duduk sendiri.
1. Pilih jenis Mild steel atau Besi Biasa sahaja yang mana harganya yang paling murah &
berpatutan. kalau pandai nego dengan tukang besi boleh dapat murah lagi.
Walaupun besi biasa lebih murah, tidak bermaksud ia kurang sesuai dijadikan sebagai grill. Harganya murah kerana kos pembuatan serta beratnya adalah lebih rendah menyebabkan proses pembuatannya lebih mudah dan dapat dihasilkan dalam kuantiti yang banyak.
2. Grill tidak perlu corak berbunga-bunga, corak yang melengkung etc kerana harganya akan lebih
mahal dari corak standard lurus biasa. Memang nampak cantik tapi fungsinya tetap sama.
3. Tidak perlu cat grill dengan powder coating, cukup gunakan cat biasa sahaja. Jika ambil cat
powder coating kita kena tambah duit lagi bagi grill sebuah rumah dalam lingkungan RM800 -
RM1500. Cat biasa lebih fleksibel low maintenance.
4. Cuba elakkan cat grill warna putih, ini kerana warna putih akan nampak lebih cepat lusuh,
kekuningan, kotor etc. Sebaiknya pilih warna yang lebih gelap seperti coklat, hitam, kelabu. Tapi
tiada masalah jika minat dengan cat warna putih.
5. Tidak perlu grill jenis besi Wrought Iron atau Stainless Stell bagi rumah tujuan sewaan. Dari aspek
kualiti dan ketahanan ianya mungkin lebih baik berbanding besi biasa tetapi harganya konfem
lebih mahal dari besi biasa.
Ini cuma perkongsian tips untuk grill di pasang pada rumah dengan kos yang paling minimum.
Sumber : Facebook.com ( Grill,Awning Murah Melaka)
No comments:
Post a Comment
Nak Komen Ye?
Silakan. ;)