Thursday, 1 December 2016

Persiapan Beg Ibu dan Bayi ke Hospital

Assalamualaikum..

Ni persiapan semasa aku pergi bersalin ke hospital kerajaan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Masa bersalin tu pecah ketuban di rumah pukul 12 tengah malam. Sampai di hospital terus masuk labour room. Pukul 3 pagi mula meneran, 3:45 pagi selamat baby deliver. Admit ward subuh. Tengahari tu hari yang sama dah discharge sebab baby dan ibu takda masalah.

Berikut ialah persiapan beg IBU :

1. Pad.

2. Makanan (Contoh : Biskut, kurma)

3. Minuman (Contoh : Air mineral, air zamzam, susu kotak atau apa-apa air susu yang digemari)

4. Tuala.

5. Kain batik.

6. T-shirt lengan panjang.

7. Skirt labuh.

8. Tudung sarung.

9. Seluar dalam dan baju dalam.

10. Selipar (untuk pergi tandas)

11. Toiletteries (Sabun, berus gigi, ubat gigi, cleanser)

12. Amenities (Krim muka, lip balm, bedak)

13. Buku merah, kad pengenalan, fotostat surat nikah, guarantee letter (government staff) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

14. Stokin.


Image : Google


Beg BAYI :

1. Baju siang.

2. Baju lengan panjang.

3. Napkin.

4. Selimut.

5. Diaper.

6. Mittens.

7. Topi.

8. Stokin.

9. Wet tissue.


Beg BAYI (labour room - letak dalam plastik je nanti nak pass kat nurse selepas bayi lahir)

1. Napkin 1 helai.

2. Baju lengan panjang 1 helai.

3. Diaper 1 keping.

4. Stokin dan mittens.

5. Kain bedung / Napkin extra.



Persiapan Ibu Berpantang

Asalamualaikum..

Tempoh berpantang amat penting ye lebih-lebih lagi bagi masyarakat Melayu. Ibu yang baru lepas melahirkan anak amat lemah badannya dan dalam tempoh pantang tu ibu-ibu nak recharge semula tenaga. Bukan badan sahaja lemah, mental ibu juga perlu dilegakan semula selepas mengerah tenaga melahirkan bayi. Berikut adalah antara keperluan bagi ibu berpantang : 

1. Pilis, param dan lotion panas (senang kata ubat bersalinlah, boleh beli dan pilih dari pelbagai jenama yang ada di pasaran, ikut budget masing-masing)

2. Breast pad.

3. Pad - Elakkan maternity pad sebab keras. Pakai pad biasa pun boleh tapi pakai yang overnight punya masa awal-awal.

4. Kain batik.

5. Stokin.

6. Bengkung.

7. Booking tukang urut.

8. Minuman dan makanan sebab menyusukan anak ni cepat lapar. (Contoh : kurma, susu, horlicks, biskut, roti, sayur-sayuran dan buah-buahan yang boleh dimakan semasa pantang).



Umur Saye

Daisypath Happy Birthday tickers

My Blog Life..

Daisypath Anniversary tickers