CARIAN PILIHAN


Thursday 1 December 2016

Ibu dan Anak : Persiapan Beg Bersalin ke hospital



Assalamualaikum..

Ni persediaan beg baby bersalin semasa aku pergi bersalin ke hospital kerajaan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah di Muar. Masa bersalin tu pecah ketuban di rumah pukul 12 tengah malam. Sampai di hospital terus masuk labour room. Pukul 3 pagi mula meneran, 3:45 pagi selamat baby deliver. Admit ward subuh. Tengahari tu hari yang sama dah discharge sebab baby dan ibu takda masalah.

Berikut ialah persiapan beg IBU :

1. Pad.

2. Makanan (Contoh : Biskut, kurma)

3. Minuman (Contoh : Air mineral, air zamzam, susu kotak atau apa-apa air susu yang digemari)

4. Tuala.

5. Kain batik.

6. T-shirt lengan panjang.

7. Skirt labuh.

8. Tudung sarung.

9. Seluar dalam dan baju dalam.

10. Selipar (untuk pergi tandas)

11. Toiletteries (Sabun, berus gigi, ubat gigi, cleanser)

12. Amenities (Krim muka, lip balm, bedak)

13. Buku merah, kad pengenalan, fotostat surat nikah, guarantee letter (government staff) dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

14. Stokin.

beg hospital bersalin hospital beg





beg hospital bersalin
Image : Google


Beg BAYI :

1. Baju siang.

2. Baju lengan panjang.

3. Napkin.

4. Selimut.

5. Diaper.

6. Mittens.

7. Topi.

8. Stokin.

9. Wet tissue.


Beg BAYI (labour room - letak dalam plastik je nanti nak pass kat nurse selepas bayi lahir)

1. Napkin 1 helai.

2. Baju lengan panjang 1 helai.

3. Diaper 1 keping.

4. Stokin dan mittens.

5. Kain bedung / Napkin extra.