CARIAN PILIHAN


Friday 17 August 2018

Pakaian Bertunang Lelaki






Assalamualaikum...

Boleh dikatakan ramai juga yang bertanya tentang baju tunang simple dan pakaian bertunang lelaki mahupun perempuan. Dan kebanyakkannya nak baju tunang simple.

Sebenarnya tunang ni tidak serumit mana pon bagi kita umat islam. Cuma kadang-kadang adat melayu tu yang buat rumit sikit.

Tunang ni sebenarnya adalah sebagai tanda persetujuan yang kita akan berkahwin dengan perempuan pilihan kita atau ibu bapa. Ada juga orang yang membuat tunang sebelum majlis pernikahan iaitu pada hari yang sama perkahwinan. Ada juga yang hold ataupun masa menunggu sampai setahun hidup mahupun setahun mati.

Setahun hidup ni orang kata dalam masa setahun ataupun lebih pon boleh buat persiapan tetapi janganla hold sampai 2 tahun teruk benor korang ni.

Setahun mati pula perlu membuat persiapan dalam masa setahun dan tidak boleh lebih. Gitula gamaknya.

Melalut pulak sampai cerita tunang ni.

Okay ni nak bagitau pulak pakaian tunang lelaki :

Pakaian bertunang lelaki ni pakai biasa-biasa pon boleh tak ada masalah sebab klo ikut adat melayu tunang lelaki tak boleh datang sebenarnya. Duduk rumah tengok TV main PUBG ke. haha

Klau ada yang nak pergi pon selalunya duduk lepak luar je sementara ibu bapa tengah berbincang dengan ibu bapa pilihan sendiri tu. Biasala nak tanya hantaran, ikat berapa lame semua tu. Biasanya tak ada masalah nak join tapi jangan menyampuk je la. Biasanya korang da deal awal-awal dan cakap awal-awal dengan parent korang apa yang tunang pilihan korang mahukan jadi tak adalah kalut nanti.

Baju Tunang lelaki :

Kalau lelaki yang nak datang majlis pertunangan tu bolehlah cari kemeja yang sama dengan tunang pilihannya. Ni pentingla. Klau tak ,nak amik gambar tak comey plak sorang baju pink sorang baju coklat.Baju kene match dengan baju tunang.

Seluar Tunang lelaki

Lelaki tu kalau boleh pakaila seluar slack ataupun jean slack. Jangan pulak pakai kain pelekat.
Elakkan pakai baju melayu untuk tunang. Macam nak nikah plak. Tunang ni tanda je. Tunang kita diam-diamkan dan nikah kita hebah-hebahkan. Nanti kalau nak nikah pakaila baju melayu kilat-kilat tu puas-puas. Huhuhu. Yang penting smart dan selesa.
pakaian bertunang lelaki
Gambar masa tunang: sekarang dah kahwin anak 2. hehe







Carian Popular Ke Sini:

  • baju tunang simple
  • baju bertunang simple
  • pakaian bertunang lelaki
  • pakaian tunang lelaki
  • baju tunang lelaki
  • pakaian tunang simple