CARIAN PILIHAN


Sunday 29 July 2018

Perumahan : HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB PEMINJAM DAN INSTITUSI KEWANGAN




HAK-HAK DAN TANGGUNGJAWAB
PEMINJAM DAN INSTITUSI KEWANGAN

Peminjam dan institusi kewangan mempunyai hak-hak dan tanggungjawab masing-masing di sepanjang tempoh pinjaman. Antara yang terpenting ialah :



Hak Peminjam
– Hak untuk mendapat akses kepada segala maklumat yang boleh mempengaruhi keputusan untuk
   membuat pinjaman
– Hak untuk dilayan secara profesional, bersopan dan tanpa prasangka
– Hak untuk berunding terhadap perubahan pada syarat-syarat dan terma pinjaman
– Hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar mengenai akaun pinjamannya
– Hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku pelanggaran kontrak

Hak Institusi Kewangan

– Hak untuk mendapat maklumat lengkap mengenai kedudukan kredit peminjam.
– Hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar mengenai peminjam.
– Hak untuk menerima pembayaran balik faedah/ansuran bulanan ke atas pinjaman mengikut jadual.
– Hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya berlaku keingkaran/ pelanggaran kontrak

TANGGUNGJAWAB

• Peminjam

– Bertanggungjawab untuk memahami keseluruhan terma dan syarat pinjaman.
– Bertanggungjawab untuk sentiasa mematuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan.
– Bertanggungjawab untuk mengajukan pertanyaan dan mendapat penjelasan yang memuaskan.
   mengenai semua aspek pinjaman.
– Bertanggungjawab untuk membayar fi, caj, faedah dan bayaran ansuran mengikut jadual.

• Institusi Kewangan

– Bertanggungjawab untuk melaksanakan segala yang perlu bagi pihak peminjam seperti yang
   dinyatakan di dalam perjanjian pinjaman.
– Bertanggungjawab untuk berunding dengan peminjam sebelum membuat sebarang perubahan 
   terhadap terma dan syarat, fi dan maklumat lain yang berkaitan.
– Bertanggungjawab untuk menjawab sebarang persoalan yang dibangkitkan oleh peminjam.
   Pegawai pinjaman di setiap institusi kewangan bersedia membantu anda dan menjelaskan isu yang 
   anda tidak pasti. Anda seharusnya meluangkan masa berbincang mengenai pinjaman perumahan 
   anda secara terperinci supaya anda boleh memilih kemudahan pinjaman yang menepati keperluan
   anda.