CARIAN PILIHAN


Sunday, 29 July 2018

Perumahan : INSURANS PERUMAHAN








INSURANS

Insurans adalah terlalu penting untuk diabaikan bila anda membeli rumah kerana ia memberi anda dan orang yang disayangi ketenangan fikiran dalam bentuk jaminan kewangan jika berlaku
kemalangan. Terdapat 2 jenis insurans penting untuk dipertimbangkan :

• Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran 

  Insurans jenis ini menyediakan perlindungan untuk rumah anda terhadap malapetaka seperti banjir, 
  kebakaran, rusuhan, petir dan kerosakan akibat perbuatan khianat. Untuk rumah jenis hakmilik 
  strata seperti pangsapuri atau kondominium, anda tidak perlu membeli polisi insurans kerana 
  Perbadanan Pengurusan mungkin telah menginsuranskan keseluruhan bangunan. Anda perlu
  mendapatkan sijil pengganti Polisi Induk yang dikeluarkan oleh syarikat insurans untuk 
  disampaikan kepada institusi kewangan. Ini adalah penting supaya institusi kewangan sedar bahawa 
  rumah tersebut telah diinsuranskan dan tidak perlu lagi membeli polisi yang berasingan ke atas 
  rumah anda. Dalam hal ini, anda dikehendaki menyerahkan hak anda ke atas polisi tersebut kepada
  institusi kewangan.

• Insurans Nyawa Gadai Janji

Insurans jenis ini memastikan pembayaran penuh ke atas baki belum jelas pinjaman bila berlaku hilang upaya atau kematian. Premium biasanya telah diambil kira di dalam jumlah pinjaman dan diagihkan mengikut tempoh pinjaman. Premium hanya perlu dicaj sekali dalam tempoh
pinjaman. Tidak timbul lagi premium yang perlu dibayar sama ada sebulan sekali atau setahun sekali.
Seandainya pinjaman telah dibayar balik sepenuhnya lebih awal, pada amnya anda mempunyai opsyen untuk memohon pembayaran balik premium untuk baki tempoh yang belum luput atau
meneruskan perlindungan insurans

PENGELUARAN PINJAMAN

Institusi kewangan akan mengeluarkan pinjaman (membuat pembayaran) setelah mendapat nasihat daripada pihak peguam bahawa proses perundangan telah sempurna dan dokumen pinjaman
adalah lengkap. Dengan ini, anda akan dimaklumkan mengenai tarikh dan jumlah pembayaran ansuran pertama yang perlu dibuat.