Assalamualaikum..
Ibubapa mana yang tak risau kalau anak demam kan. Sejak ada dua orang anak ni, masa anak sakit lah yang paling down sekali. Hati risau, nak makan pun tak lalu. Lepas anak sihat, barulah lega sikit. Don't worry parent, I have your back.
Straight to the point, ni antara langkah yang perlu ibubapa lakukan semasa anak demam :
1. Kerap cek suhu badan anak.
Seeloknya simpan dan beli satu termometer untuk kegunaan sendiri di rumah. Boleh pilih dan beli online pun ada. Contoh termometer :
Termometer ni murah. RM10 dah boleh dapat tapi ambil masa beberapa saat untuk dapat bacaan.
Termometer ni pula mahal sikit dalam RM20 ke atas tapi dalam masa sesaat je dah boleh dapat bacaan. Selain itu, lampu dia boleh tukar warna ikut ketinggian suhu. Contoh : Suhu normal 36.9 (warna hijau). Suhu 37.9 (Warna oren). Suhu tinggi 38.8 (Warna merah)
2. Lap badan anak.
Kerapkan lap badan anak dengan tuala yang dibasahkan dengan air terutama bahagian pelipat contoh leher, ketiak, lengan dan kaki. Tak payah pakaikan baju pun takpe. Kalau nak pakaikan baju pastikan sleeveless dan berlubang-lubang untuk kasi panas keluar.
3. Beri makan paracetamol.
Ikut nasihat doktor. Ubat yang diberi ada dos tertentu yang dikira ikut berat badan anak. Bawah 2 tahun dos 120mg/5ml. Atas dua tahun pula 250mg/5ml. Ubat yang dimasukkan dalam bontot anak pula untuk umur 2 tahun ke atas. Ubat bontot ni juga atas nasihat doktor. Ubat punggung tak sesuai untuk bayi bawah 2 tahun melainkan kes suhu badan dah terlalu tinggi mencecah 40 darjah celcius. Paracetamol diberi setiap 6 jam.
Ni cara pengiraan syrup paracetamol kanak-kanak dan contoh
4. Kerap mandikan anak.
Mandikan anak dapat kurangkan panas dan membantu haba panas keluar ketika suhu naik. Anak memang akan rasa tak selesa sebab seram sejuk kan tapi kita terpaksa buat macam tu.
5. Sentiasa perhatikan anak.
Pastikan anak tak terlalu lemah. Lihat mata, jika anak mata hitam asyik naik ke atas segera bawa ke hopital. Ditakuti sawan. Lebih bagus anak aktif ketika demam daripada anak terbaring lesu.
6. Bawa ke hospital jika demam berlarutan.
Di hospital nanti, doktor/nurse akan ambil darah anak untuk dianalisis. Doktor nak tengok samada perlu diberi antibiotik sekiranya demam disebabkan bakteria atau sebaliknya. Ujian darah penting untuk menentukan sebab sebenar anak demam. Jika tekak bengkak pun anak bleh demam. Sekiranya antibiotik diberikan, beri makan pada anak setiap 8 jam mengikut do yang diberikan dan habiskan antibiotik tersebut.
7. Beri makanan berkhasiat.
Ketika anak demam, selera mungkin berkurangan. Cuba beri anak makan bubur ayam dan kerapkan penyusuan bagi bayi yang masih menyusu. Jika anak taknak makan, jangan paksa. Beri minum susu atau yogurt, buah-buahan dan minum air kosong yang mencukupi.
p/s : Tips-tips yang diberikan hanyalah berdasarkan pengalaman sendiri, maaf jika ada kesilapan. Gambar ihsan GOOGLE.