CARIAN PILIHAN


Sunday, 17 March 2019

Rahsia Jutawan Forex Malaysia : Mindset Jutawan FOREX Malaysia





Pemikiran Jutawan Forex Malaysia

FOREX seumpama anda membuat pelaburan seperti ASB dan lain-lain. Maksudnya anda menghasilkan atau menambahkan wang pelaburan anda sedikit demi sedikit secara konsisten. Ia sepatutnya dipandang sebagai suatu perniagaan pelaburan. Bukannya judi pelaburan.

Berbeza dengan ASB atau mana-mana skim, forex konsepnya anda yang mengurus pelaburan itu sendiri tanpa campur tangan orang lain ataupun menggunakan orang tengah. Bagaimana anda mengurus atau mencorakkannya adalah bergantung kepada anda seratus peratus. Jadi keuntungan dan kerugian anda akan tanggung sendiri. Siapa yang berani menyatakan dengan 100% bahawa harga akan naik ataupun turun.

Hakikat yang sebenarnya tiada siapa yang betul-betul jelas dan tahu keadaan market. Semua orang melakukan analisa samada dari segi teknikal atau pun fundamental. Hasil daripada analisis tersebutlah mereka mentafsir sesuatu “price currency” akan naik ataupun turun.
Seperti yang telah dijelaskan diatas, FOREX adalah perniagaan pelaburan. Hampir-hampir sama dengan pasaran saham. Bezanya FOREX lebih tinggi kecairan dan anda boleh menentukan arah pelaburan anda.

Jadinya selagi anda tidak mampu mengubah diri anda untuk memahami dan meyakini forex itu sebagai suatu perniagaan pelaburan, maka selama itulah anda sedang bermain dengan risiko kegagalan dalam FOREX. Jelas sekali, sekiranya anda memahami FOREX itu sebagai perniagaan pelaburan yang anda telah laburkan, maka anda lebih sayang apa jua jumlah wang yang pernah anda laburkan. Tentu sekali anda faham, sesuatu perniagaan itu haruslah untungnya sederhana sahaja. Mana mungkin anda mampu menghasilkan keuntungan 100% setiap hari. Sekiranya terjadi sebegitu, tentu sekali hancur dunia forex dan semua orang mampu menjadi jutawan forex segera dengan pantas.








“Pemikiran Tetap” Trader FOREX yang berjaya:

1. Faham FOREX ini suatu perniagaan pelaburan.
2. Faham akan peluang untuk mencapai untung mestilah seiring dengan risiko yang di tanggung. Jadi anda harus tidak tamak haloba dan sentiasa menjaga margin dengan sebaik mungkin dari mengelakkan margin call yang menjadi mimpi ngeri bagi setiap trader. Maka lot yang dimainkan perlu lah sesuai dengan modal pelaburan yang ada.
3. Fahami sistem trading Forex ini memerlukan masa yang lama. Jadinya memerlukan kesabaran. Tidak semestinya setiap trade perlu close dalam rugi atau sebaliknya setiap hari. Mungkin ada hari-hari anda perlu berada dalam keadaan “floating”. Yang penting anda telah pun bersedia berhadapan dengan risiko tersebut.


“Pemikiran Tetap” Trader FOREX Yang Gagal:

1. Sikap Tamak. Berfikir untuk cepat kaya dan tidak pernah fikir tentang margin.Masuk lot gajah sampai gajah pijak pon tidak nampak.
2. Sentiasa buat analisis (guna macam-macam indikator) dan selalunya yakin penuh dengan analisis yang dibuat tanpa merujuk kepada sumber yang dipercayai.
3.Guna full margin untuk memulakan trading.
4.Sentiasa meletakkan diri pada nasib jika memulakan dan berharap akan untung 100%. Jangan ingat FOREX ni seperti judi.
5.Memulakan Forex tanpa ilmu sepenuhnya dan tidak menggunakan demo akaun untuk mengasah kemahiran analisis.