CARIAN PILIHAN


Monday, 15 April 2019

Koleksi 20 Resipi Daging Yang Menyelerakan

Koleksi Resipi Daging yang sedap lagi menyelerakan anda.

1. PAPRIK DAGING
2. SUP DAGING SIAM
3. DAGING BULGOGI
4. DAGING MASAK PALEMBANG
5. KERUTUK DAGING KELANTAN
6. DAGING BEGEDIL
7. RENDANG DAGING CILI HIJAU
8. KERABU DAGING ALA THAI
9. DAGING BRIYANI
10. DAGING MASAK RENDANG
11. DAGING BISTIK
12. DAING MASAK HALIA
13. DAGING BAKAR
14. DAGING KICAP GORENG
15. DAGING GORENG KUNYIT
16. DAGING MASAK MERAH
17. DAGING MASAK HITAM
18. DAGING MASAK KURMA
19. DAGING MASAK KANDAR
20. DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API





1.PAPRIK DAGING

Bahan2:
1/2 kilo daging potong dn rebus spai empuk simpan air rebusan
2 senduk besar cili blend kurang kan klu tak suka pedas
1 senduk besar cili sos
1 senduk besar sos tiram
3 ulas bawang putih di ketuk shj
Sebiji bawang besar di potong dadu
Sebiji bawang besar utk hiasan
Sayur ikut citarasa sendiri
Daun limau purut
Tomato dibelah 6
Cili api dan cili merah untuk hiasan
Garam gula dn perasa secukupnya

Caranya
Tumis bawang hingga naik baunya
Bubuh cili blend di tumis seketika
Masukkan cili sos dan sos tiram
Masukkan daging dan air rebusan
Bubuh sayur dan bahan2 yg lain
Perasakan secukup rasa
Kalau pekat tambah sedikit air



KEMBALI KE ATAS

2. SUP DAGING SIAM

BAHAN-BAHAN:

1 kilo daging bercampur tulang lembu
6 biji kentang
3 biji tomato
Jus perahan limau nipis secukupnya
1 pokok daun sup
Garam secukup rasa
Air secukupnya

*Air kena banyak sebab nak kena rebus tulang ni sampai dagingnya empuk , kena check daging untuk pastikan daging empuk atau belum jika tidak perlulah ditambah air dan terus rebus tulang lagi.

BAHAN-BAHAN TUMIS :

3 sudu besar rempah sup
2 biji bawang merah
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah

CARA MEMASAK :

- Semua bawang , halia , lengkuas dikupas kulit dan dimayang halus . Kupas semua ubi kentang dan dipotong empat , tomato juga dipotong 4 .

-Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang tadi kemudian masukkan remaph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan terus dimasukkan air yang secukupnya dalam periuk . Masukkan serai , cili api dan semua tulang/daging , biarkan sampai mendidih.



KEMBALI KE ATAS

3. DAGING BULGOGI

BAHAN-BAHAN:

350gm daging | dihiris nipis
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar gula
1 sudu besar madu
1/2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar bijan | disangai
1 pokok daun bawang | dipotong halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
1 sudu besar lada hitam | ditumbuk kasar
1/2 sudu kecil serbuk perasa

CARA MEMASAK:

Satukan semua bahan perapan kecuali daun bawang dan bijan. Gaul rata dan perapkan daging selama 1-2 jam.
Panaskan kuali dan tuangkan daging serta sos perapan ke dalamnya.
Balik-balikkan daging biar masak sekata. Biarkan sehingga sos perapan mengering.
Apabila dagingnya sudah empuk, taburkan daun bawang dan bijan ke dalam masakan.



KEMBALI KE ATAS

4. DAGING MASAK PALEMBANG.

Bahan-bahan:

700 gram daging – potong lebar dan nipis
2 batang serai – dititik
500ml santan pekat
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang
1 sudu besar sos tiram minyak
Bahan (dikisar):

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering
Rempah Penumis:

3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara-cara Menyediakan:

Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.
Hidangkan.



KEMBALI KE ATAS

5. KERUTUK DAGING KELANTAN
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
Daging secukupnya
6 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Sedikit halia - hiris
3 sudu besar rempah kerutuk
Gula Melaka
Garam
Asam keping
Kulit kayu manis dan bunga lawang
1 sudu besar kerisik
1 kotak santan kotak

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis semua bahan hiris bersama kayu manis, bunga lawang sehingga kekuningan. Masukkan rempah kerutuk yang tidak dibancuh dengan air dan goreng rempah kerutuk dengan pantas. Masukkan sedikit air dan masak sehingga rempah benar benar garing dan keluar minyak.

Masukkan daging dan kacau rata sebelum masukkan sedikit air dan masak sehingga daging empuk. Saya masak dahulu daging dengan pressure cooker bagi mempercepatkan ianya empuk.

Setelah daging masak, barulah dimasukkan santan dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula gula melaka, kerisik, garam dan asam keping.

Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih, cicah roti atau dimakan dengan apa sahaja.



KEMBALI KE ATAS

6. DAGING BEGEDIL


Bahan-Bahan:
Bahan Daging Begedil:

500g daging kisar
1 biji bawang besar, dikupas dan dipotong halus
1 sudu besar herba campuran
2 sudu besar serbuk roti
3 sudu besar BBQ Sauce
½ sudu kecil garam
Bahan A:

1 biji bawang besar, dikupas, dipotong kepada beberapa bahagian.
1 biji lobak, dikupas dan dipotong.
1 biji tomato, dihiris.
Perisa:

3 sudu BBQ Sauce
1 sudu kecil garam
600ml air
Cara-cara Menyediakan:

Masukkan semua bahan bergedil daging dalam mangkuk dan gaul. Kemudian bentukkan menjadi saiz kecil sebelum digoreng dalam minyak panas hingga menjadi garing.
Tuang minyak ke bekas lain dan tinggalkan sedikit dalam periuk. Goreng bawang hingga naik baunya. Masukkan bahan A, daging dan perisa. Kecilkan api biarkan ia masak selama 30 minit.
Selepas itu, ia sudah boleh dihidangkan. Lebih sedap jika ia dimakan bersama roti.




KEMBALI KE ATAS

7. RENDANG DAGING CILI HIJAU

Bahan-bahan

1 kg daging batang pinang
250 ml santan
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula melaka
2 keping asam gelugor
2 btng serai-di ketuk
2 helai daun kunyit- buang urat dan hiris halus
1/2 cwn minyak utk menumis
sedikit air jika perlu
Bahan (dikisar)

4 batang serai-hiris halus
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
30 biji cili padi hijau
5 tangkai cili hijau
6 biji bawang merah
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
Cara-cara Menyediakan:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan2 kisar hingga naik bau. Masukkan serai yg di ketuk.
Kemudian masukkan daging dan kacau hingga rata. Masukkan sedikit air dan biarkan daging sedikit empuk. Guna api sederhana je masa ni.
Selepas itu masukkan santan, kerisik,asam gelugor,gula melaka dan garam secukup rasa.
Kacau lagi di atas api yang perlahan dan masaklah hingga pekat. Masukkan daun kunyit.
Bila cukup kering, bolehlah diangkat.
Sedia untuk dihidangkan.



KEMBALI KE ATAS

8. KERABU DAGING ALA THAI

Bahan-Bahan:

300g daging, rebus smpai lembut
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang serai, hiris nipis
1 biji tomato, hiris nipis
5-7 biji cili padi, hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis, ambil jus
3 helai daun limau purut, hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:

Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
Tips

Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.




KEMBALI KE ATAS

9. DAGING BRIYANI

Bahan-Bahan:

1 kg daging lembu, dipotong
3 ulas bawang besar, dihiris nipis
3 sudu besar minyak sapi, atau boleh gantikan dengan minyak masak
4 sudu besar rempah briyani
1/2 cawan bawang goreng
1 senduk kecil tomato puree
3 biji tomato, dihiris
3 sudu besar serbuk badam
1/2 cawan tairu atau susu cair
Bahan untuk dikisar:
4 ulas bawang putih
2 inci halia
4 biji cili hijau
4 biji cili merah
Bahan untuk ditumis:
5 kuntum bunga cengkih
4 kuntum buah pelaga
1 batang kayu manis
Cara Penyediaan:

Gaulkan daging bersama bahan yang dikisar. Perap selama lebih kurang satu jam.
Panaskan minyak, masukkan bahan untuk ditumis dian masak hingga naik bau. Kemudian masukkan rempah briyani dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging, tomato puree, tomato hiris, bawang goreng dan sedikit daun ketumbar. Kacau seketika hingga sebati.
Masukkan sedikit air dan tairu ataupun susu cair dan serbuk badam. Masak sehingga empuk dan kuah menjadi pekat.



KEMBALI KE ATAS

10. DAGING MASAK RENDANG.

BAHAN-BAHANNYA :

2 kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kunyit, hiris halus'
2 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun limau purut
2 liter santan (dari 3 biji kelapa)
Air panas secukupnya
5 camca besar penuh kerisik
4 camca besar rempah kari daging Baba's
1 senduk nasi cili kisar
3 keping asam gelugor
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

2 biji bawang besar, saiz sederhana
18 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
12 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :

Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat. Masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik, asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap. Masuk hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya.




KEMBALI KE ATAS

11. DAGING BISTIK.

Bahan-Bahan:

1/2 kg daging batang pinang (dipotong kiub)
1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar marjerin
3 sudu besar minyak masak
1 sudu teh serbuk lada hitam
4 cm kulit kayu manis
Bahan perasa
Kacang pis untuk hiasan
Bahan (kuah):

300 ml air
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar cili boh
1 sudu besar tomato puree
1 kiub stok daging
Bahan (dikisar):

1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara-cara Menyediakan:

Gaul daging batang pinang bersama tepung gandum, serbuk lada hitam dan garam.
Perapkan selama 30 minit dalam peti sejuk.
Panaskan minyak serta marjerin dalam kuali sehingga cair.
Masukkan daging tadi dan goreng hingga perang. Angkat dan ketepikan.
Kemudian,masukkan kayu manis serta bahan kisar dalam kuali yang sama dan tumiskan sehingga naik wangi.
Masukkan pula ubi kentang dan kacau rata. Tuang air dan masak hingga kentang separa empuk.
Masukkan daging dan semua bahan2 kuah. Kacau rata dan tutup kuali dan masak dengan api perlahan hingga kentang dan daging empuk.
Setelah itu,masukkan bahan perasa dan taburkan kacang pis sebagai hiasan.
Siap untuk dihidang.



KEMBALI KE ATAS

12. Daging Masak Halia .

Bahan Bahan :

Bahan Perapan

2 sudu kecil madu
2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu kecil garam
3 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap masin
3 sudu makan kicap manis
3 sudu kecil tepung jagung
250-300 Gram Daging

Cara cara Memasak :

Gaul bahan perapan dengan daging dan perap dalam 20-30 Min .
Goreng bawang putih Halia dan cili kering sampai masak .
Masukkan daging perap tadi kacau sebati goreng sekejap .
Masukkan sedikit air dan goreng sampai daging masak dan air kering .
Masukkan daun bawang goreng sekejap terus tutup api dah siap.



KEMBALI KE ATAS

13. DAGING BAKAR.

Bahan-bahan:

600 gm daging (ambil bahagian yang ada lemaknya sedikit)
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada
4 ulas bawang merah
500 ml santan pekat
1 labu bawang besar
Garam

Cara-cara Menyediakan:

Tumbuk bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.
Campurkan dengan santan, serbuk lada dan garam.
Masukkan daging dan perapkan selama satu jam.
Panggang daging dan semasa membakar percikkan santan menggunakan serai.



KEMBALI KE ATAS

14. DAGING KICAP GORENG .

Bahan-bahan:
500 gram daging lembu bahagian peha - hiris nipis dan goreng hingga masak
3 biji kentang - kupas, potong dadu, goreng dan toskan minyaknya
2 sudu makan kicap pekat
1 labu bawang besar - potong bulat
1/2 sudu lada putih - tumbuk
secubit garam (jika perlu) dan gula
minyak

Bahan tumisan:
1 inci halia - hiris halus
3 biji bawang putih - hiris
3 biji bawang merah - hiris
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan tumisan hingga naik bau dan layu.
2. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
3. Masukkan daging goreng dan kentang goreng.
4. Tambahkan kicap pekat. Gaul rata.
5. Taburkan lada putih, garam dan gula.
6. Kacau sekali lagi dan tutup api.




KEMBALI KE ATAS

15.DAGING GORENG KUNYIT.

Bahan A :

1/2 kg daging dipotong kecil dan nipis.
1 sudu kecil kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan B :

1 labu bawang besar dihirit bulat.
1 biji Cili Hijau hiris serong
4 biji Cili Padi (di ketuk)
2 Ulas Bawang Putih (Hiris Nipis)
1 Inci Halia (Hiris Besar)

Bahan C :

Lobak Merah (dipotong nipis panjnag)
Bunga Kobis (dipotong kecil)

Cara-cara Menyediakan:

Gaulkan daging dengan kunyit dan garam. Perap dalam 15 minit.
Masukkan daging diperap tadi dalam kuali dan masukkan air hingga tenggelam dagingnya.
Masukkan sesudu minyak masak-untuk lembutkan daging. Rebus hingga kering airnya
Bila air dah kering, masukkan sedikit lagi minyak untuk menggoreng daging. Bila dah hampir garing, ketepikan daging di hujung kuali.
Masukkan Bahan B diatas, Kemudian goreng bagi naik bau..
Masukkan Bahan C (goreng sampai Lobak Merah dan Bunga Kobis lembut sikit).
Gaul dan ratakan semua bahan dan hidang.



KEMBALI KE ATAS

16. DAGING MASAK MERAH.

Bahan-bahan:

1 kg daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
Segenggam cili padi
1 batang carot
10 tangkai cili kering di blend dengan 3 bji bawang merah dan 3 biji ulas bawang putih
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
Kicap secukupnya

Cara:

1kg daging dihiris nipis, direbus dengan pewarna merah
Daging yang dah direbus, digoreng pula
Tumis bahan bahan di atas
Kemudian masukkan bahan bahan rencah
Tabur daun sup sebagai hiasan dan siap



KEMBALI KE ATAS

17. DAGING MASAK HITAM.

Bahan-bahan:

1 kg daging
1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah
Gula pasir/gula Melaka
1 sudu kecil air asam jawa
1 Bawang besar mayang – hiasan
Bahan (dikisar):

10 batang serai
10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
3 biji bawang besar kuning
6 biji buah keras
1 labu bawang putih
Cara-cara Menyediakan:

Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata.
Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.
Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.



KEMBALI KE ATAS

18. DAGING MASAK KURMA.

BAHAN-BAHAN:

500 gm daging | dihiris nipis
50 gm serbuk kurma
2 biji cili hijau | dibelah dua
2 kuntum bunga lawang
2 cawan santan
2 ulas bawang kecil | dihiris
2 ulas bawang putih | dihiris
1 ulas bawang besar | dihiris
1 batang kulit kayu manis
Sedikit air
Minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Rebus daging hingga lembut dan ketepikan.
2. Tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga berbau harum.
3. Kemudian masukkan serbuk kurma yang telah dibancuh dengan sedikit air.
4. Tumis seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yang telah direbus tadi.
5. Gaul rata sebelum dimasukkan santan, cili hijau dan perasakan dengan garam.
6. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat.
7. Sedia untuk dihidang.



KEMBALI KE ATAS

19. DAGING MASAK KANDAR .

Bahan-bahan :

1 kilo daging
20 ulas bawang kecil (dihiris)

Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang :

1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
1 batang kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
7 biji buah pelaga
10 kuntum bunga cengkih
15 tangkai cili kering (direbus)
2 labu bawang besar
1/2 labu bawang putih
2 inci halia (kesemua ini dikisar bersama bahan yg direndam diatas)

***bahan-bahan yang direndam, airnya itu kisarkan sekali. Jangan buang airnya.

1 cawan sos tomato
1 cawan kicap pekat
2 sudu besar kerisik
4-5 tangkai daun kari
Sedikit gula, garam, kiub ayam/ daging

Cara-cara :

1) Tumis bawang dan daun kari hingga kekuningan

2) Masukkan bahan-bahan kisar dan tumis hingga garing. Kemudian masukkan daging. Kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan ketika daging hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.

3) Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat. Kemudian masukkan diakhir sekali.



KEMBALI KE ATAS

20. DAGING SALAI MASAK LEMAK CILI API.

Bahan-Bahan:

Bahan-bahan utama :
1 kg daging salai
15 biji belimbing buluh
4 batang serai dititik
Semangkuk santan segar
3 keping asam gelugor
Bahan-bahan kisar :
4 ulas bawang merah
Segenggam cili padi kampung (lebih pun boleh)
1 inci belacan
1 inci halia
2 inci kunyit hidup

Cara-cara :

Masukkan kesemua bahan kisar kedalam periuk berserta daging salai dan renih sebentar sambil digaul dengan sudip
Tuangkan santan kedalam periuk bersama serai dan asam keping. Sentiasa kacau
Bubuh garam dan serbuk perasa jika suka
Apabila mendidih, masukkan pula belimbing dan kacau rata. Masak diatas api perlahan sehingga belimbing lembut




KEMBALI KE ATAS


Sumber : Facebook (Ilham Resipi)